Set Kuatkan Rahim Shaklee Selepas Keguguran

Selepas mengalami keguguran, untuk menguatkan Rahim, anda digalakkan mengambil suplemen tambahan bagi menguat dan menghasilkan telur yang baik dan sihat. Ini adalah kerana selepas keguguran, Rahim perlu disuburkan semula oleh nutrisi yang mencukupi. Rahim yang sihat dan subur akan mengurangkan risiko untuk keguguran berlaku dan membentuk janin yang sihat.

Jom kita lihat 4 vitamin yang boleh membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan untuk menguatkan Rahim dan kehamilan yang sihat. Ia adalah vitamin semulajadi yang selamat untuk diamalkan, iaitu;

1. ESP (Energyzing Soy Protein)

  • Membantu membaiki sel-sel yang telah rosak selepas keguguran berlaku.
  • Membantu pertumbuhan sel-sel yang kuat dan sihat.
  • Membantu menstabilkan hormone wanita supaya hamil semula.
  • Menguatkan Rahim semasa hamil.

Mengandungi protein yang tinggi yang diperlukan oleh tubuh. Ia sangat diperlukan untuk membentuk sel-sel organ dan tisu badan serta komponen utama hormone manusia.

Kekurangan protein dalam badan akan menyebabkan imun badan lemah iaitu unsur melawan penyakit, masalah penghadaman, kandungan air dalam badan tinggi, masalah penghasilan hormone dan boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ.

Rahim yang lemah berpunca daripada sel-sel yang lemah dan rosak dan perlu dipulihkan untuk mengekalkan fungsinya.

Jadi ESP sangat disyorkan bagi wanita untuk menguat dan menyihatkan Rahim.

2. Vitalea

  • Vitalea mengandungi semua jenis vitamin untuk keperluan tubuh orang dewasa.
  • Membantu menghasilkan sel darah merah yang sihat untuk proses pembentukan bayi yang sihat dan sempurna.
  • Bantu mengekalkan HB yang baik.
  • HB mempengaruhi berat dan kesihatan bayi dalam kandungan.

3. B Kompleks

  • Asid folik dalam B Kompleks sangat diperlukan di awal kehamilan untuk mengelakkan kecacatan berlaku pada tulang belakang bayi.
  • Mengurangkan stress pada ibu-ibu hamil.
  • Menggalakkan pengaliran darah ke seluruh tubuh dengan lancer.
  • Mengelakkan rasa letih, lesu.
  • Memberi tenaga.

4. Vitamin C

  • Bertindak sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas yang menyebabkan keguguran berlaku.
  • Meningkatkan system imun tubuh untuk melawan virus menyerang Rahim.
  • Mengekalkan bacaan HB yang baik.
  • Mengoptimumkan penyerapan vitamin dan mineral dalam badan.

Keempat-empat vitamin ini adalah sangat penting untuk membantu pertumbuhan Rahim yang sihat selepas mengalami keguguran. Rahim yang memudahkan proses kehamilan berlaku dan mengurangakan risiko keguguran daripada berlaku.

bagi yang berminat untuk mendapatkan SET KUATKAN RAHIM ini, anda boleh terus hubungi saya Nida 016-4225314.

Continue Reading

Cara Kuatkan Rahim Selepas Keguguran Agar Cepat Hamil Kembali

Sebelum ini saya telah kongsikan beberapa sebab keguguran kandungan di awal kehamilan berlaku. Kali ini saya akan kongsikan cara kuatkan Rahim selepas keguguran agar cepat hamil kembali. Walaupun keguguran berlaku sekitar 15% dari keseluruhan kehamilan, tetapi ia bukan mudah jika berlaku kepada kita. Ada yang mengalami keguguran berkali-kali dan semakin risau jika ia berlaku dan hamil lagi, adakah ia akan gugur lagi?

Dan berita gembira untuk anda yang mengalaminya, terdapat 80 hingga 95% wanita yang mengalami masalah keguguran akan merasai pengalaman hamil kembali yang sihat dan sempurna! Jadi, jangan bersedih!

Tanda-tanda Keguguran

Tanda biasa keguguran berlaku ialah sakit seperti datang bulan, kekejangan pada bahagian perut dan berlaku pendarahan. Ada juga keguguran dikesan semasa membuat pemeriksaan antenatal dan doctor tidak menjumpai denyutan jantung bayi.

Jika terdapat perkara diluar kebiasaan pada kandungan anda, segeralah berjumpa dengan doctor. Antaranya ialah;

  • Berlaku pendarahan yang teruk
  • Rasa nak demam dan tidak sihat
  • Sakit pada bahagian abdomen seperti datang haid,

Sebab Berlaku Keguguran

Keguguran biasanya berlaku disebabkan oleh kromosom dan embrio tidak normal. Apabila terdapat tanda abnormal pada janin, badan akan memberi tanda dan menyingkirkan janin tersebut daripada dilahirkan. Secara positifnya, ia mengelakkan bayi yang akan dilahirkan cacat dan sebagainya.

Secara amnya, sebab berlakunya keguguran ialah;

1. Masalah Pada Rahim

  • Kecacatan pada Rahim itu sendiri, Rahim terbelah dua oleh satu dinding
  • Ketumbuhan dalam Rahim seperti fibroid
  • Pangkal Rahim yang lemah, membuka terlalu cepat dan tiada tanda-tanda awal untuk bersalin.

2. Masalah pada Kromosom

  • Biasanya keguguran berlaku pada minggu ke 13 yang berkait rapat dengan keabnormalan kromosom.
  • Kromosom ialah struktur dalaman sel. Ia membawa gen-gen seperti warna rabut, jantina dan sebagainya.
  • Masalah terjadi apabila terdapat kegajilan pada struktur dan bilangan kromosom yang dibawa.
  • Kebanyakan masalah terjadi secara spontan dan tiada kaitan dengan ibu atau bapa.

Jadi, untuk menjayakan sesebuah kehamilan ialah;

  • Kualiti sperma yang sihat
  • Ovum yang matang
  • Rahim yang kuat dan sihat

Cara Kuatkan Rahim Selepas Keguguran

Rahim adalah “rumah” pertama janin. Rahim yang sihat dan kuat penting untuk memastikan kehamilan berjalan lancer sehingga akhir.

1. Makan Makanan yang Segar dan Sihat

Elakkan makan makanan yang diproses kerana ia mengandungi bahan kimia yang menyumbang kepada Rahim lemah.

2. Elakkan Makan Makanan yang Bersifat Tajam.

3. Elakkan mengangkat Benda-benda yang Berat

4. Amalkan Pemakan Tambahan

Ia adalah penting untuk menguatkan Rahim.

Jadi, jangan bersedih dan risau sekiranya anda mengalami keguguran. Berfikir secara positif dan teruskan usaha!. Saya doakan anda berpeluang mendapat kehamilan yang sihat dan sempurna untuk seterusnya!

 

 

 

Continue Reading

Penyebab Keguguran Kandungan di Awal Kehamilan yang Perlu Anda Tahu

Keguguran di awal kehamilan. Baru dapat berita yang menggembirakan bagi pasangan yang baru berkahwin, keguguran pula berlaku. Kadangkala ia berlaku secara berulangkali. Walaupun ia dianggap sebagai ujian dari Allah dan belum ada rezeki lagi, kita juga perlu tahu, apakah punca atau penyebab keguguran kandungan di awal kehamilan. Didalam artikel ini, saya akan kongsikan apakah penyebab sebenar berlaku keguguran di kalangan ibu hamil.

Continue Reading

9 Cara Berkesan Lembutkan Tumit Kaki yang Merekah

Tumit kaki merekah. Bukan sahaja menjejaskan penampilan kaki anda, tetapi membuatkan kaki kering, kasar serta menggelupas. Kadang-kadang rasa sakit biarpun memijak cadar. Nak berjalan pun tak selesa.

Walaupun ia tidak membahayakan kesihatan, tetapi sebenarnya ia menandakan kulit anda terlampau kering. Kekurangan air di dalam badan akan menyebabkan kaki anda terlampau kering.

Betul tak?. Jom saya kongsikan cara berkesan lembutkan tumit kaki yang merekah yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.

Continue Reading

Pulihkan Wajah Rosak Akibat Tersalah Guna Produk Beracun dengan Shaklee

Ramai juga yang menghubungi saya berkaitan masalah kulit wajah rosak kesan daripada menggunakan produk timbang kilo atau beracun. Bukan setakat wajah yang mengalami masalah jerawat, kulit muka terlampau kering, telampau berminyak tetapi mereka juga mengalami masalah gangguan emosi. Yang paling menakutkan, baru-baru ini saya telah dihubungi oleh seorang mangsa skincare beracun yang tak boleh tidur hamper 4 bulan. Bila nak tidur muka rasa gatal dan panas. Seolah-olah kulit rasa terbakar.

Continue Reading

Cara Pulihkan Kembali Muka Rosak Teruk disebabkan Oleh Tersalah Pakai Produk Beracun

“Muka akak rosak teruk sebab pakai satu skincare ni. Sekarang akak malu nak jumpa orang, dan rasa nak berhenti kerja!. Muka akak rasa pedih, ketat dan macam terbakar. Dah 4 bulan akak tak boleh tidur memikirkannya. Setiap malam akak terpaksa telan ubat tidur. Kehidupan akak terjejas teruk! Akak sedih sangat..”

Tidak terjangkau begitu sekali masalah yang dihadapi kesan daripada mengamalkan produk beracun. Pada mulanya memang kulit cantik sangat, halus bak telur dikupas. Namun, lama-kelamaan ia sedikit demi sedikit menghakis lapisan kulit dan menyebabkan timbul ruam kecil, rasa gatal, pedih, panas seakan terbakar. Ia adalah kesan dari kulit rosak dan mendatangkan pelbagai masalah.

Continue Reading

Cara Hilangkan Jerawat Kesan Daripada Guna Produk Pemutih Wajah

Jerawat terjadi disebabkan oleh banyak factor. Antara factor-faktornya ialah disebabkan hormone dan diet yang tidak seimbang. Namun, ada juga disebabkan oleh kesan daripada penggunaan produk penjagaan kulit atau kosmetik yang banyak bahan kimia bahaya. Walaupun jerawat tidak menyakitkan, namun ia memberi impak besar kepada kesan psikologi seseorang iaitu rasa rendah diri, hilang keyakinan dan malu untuk berjumpa dengan orang ramai.

Continue Reading

CVG Gathering di Taman Sri Empangan

Alhamdulillah. Hari ini berkesempatan untuk menghadiri satu aktiviti yang dianjurkan bersama sahabat Celikvitamin.com bertempat di Taman Sri Empangan, berhadapan dengan PICC Putrajaya. Selain untuk merapatkah ukhwah, antara objektif lain adalah untuk sama-sama duduk bersama berbincang tentang hala tuju, perancangan dalam CVG sendiri.

Continue Reading
1 2 3 14