Alfalfa Complex

Nutrisi Hebat Semula Jadi

Kod Produk: 10159 (330 tablet), 10162 (700 tablet)

Mineral membantu mengaktifkan enzim yang melaksanakan proses tubuh.

Alfalfa bermaksud “raja segala makanan” dan ada sebab gelaran tersebut diberikan – ia sangat berkhasiat. Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sedalam 6 meter ke bawah, membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah. Tumbuhan ini membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.*