Sustained Release Vita-C Plus™

Vitamin C Semula Jadi

Kod Produk: 10104 (180 tablet)

Alami semula nikmat kesihatan. Nutrien yang betul memainkan peranan penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan.

Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.*

Tahukah Anda?
Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.