8 Tips Mengatasi Anak Picky Eater (Cerewet Makan)

Anak yang picky eater atau cerewet memilih makanan sebenarnya amat memeningkan kita sebagai ibu bapa. Hanya makan makanan tertentu sahaja. Sayur atau buah-buahan memang langsung tidak dipandang. Rupanya ia memberi tekanan kepada ibu bapa, dan saya juga alaminya sendiri apabila anak kedua sangat memilih makanan. Para ibu bapa jangan risau lagi, jom ikuti 8 tips mengatasi anak picky eater atau cerewet makan. Moga ia sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.

Punca Anak Tiada Selera Makan

Memasuki umur setahun ke atas, anak-anak sudah bijak untuk memilih makanan mereka sendiri dan pandai menolak makanan tertentu, terutamnya sayur dan buah-buahan.

Maka akan berlakulah kekurangan nutrisi dan kurang selera makan. Akhirnya nasi, sayur dan buah-buahan ditolak mentah-mentah. Mereka cenderung untuk minum susu sahaja atau makan makanan yang manis dan tidak berkhasiat. Ia akan membuatkan masalah kesihatan seperti tubuh kurus kering, sembelit, selalu kurang sihat dan sebagainya.

Continue Reading