Cara Pulihkan Muka Breakout Teruk dengan Cepat

Muka breakout dengan teruk!. Saya percaya ramai yang mengalaminya setelah mencuba pelbagai produk penjagaan wajah yang tinggi bahan kimia bahaya. Lambakan produk di pasaran kadangkala membuatkan kita rambang mata mahu pilih yang mana. Founder produk kecantikan pula seakan memukau pandangan mata!.Siapa yang tidak tertawan melihat kulit founder yang halus, mulus sampai nampak urat hijau. Tetapi adakah mereka memakai produk yang sama?. Jangan tertipu, kebanyakan mereka berhabis puluhan ribu ringgit untuk kelihatan cantik bak puteri. Sekaligus, kita juga mahu kelihatan cantik seperti mereka. Tapi, apabila kita yang pakai, lain pula jadinya.

Jom ikuti perkongsian Puan Farah yang menjadi mangsa produk timbang kilo sehingga mengalami breakout teruk. Apa yang beliau buat sehingga kulit licin kembali?. Anda perlu baca cara pulihkan muka breakout teruk dengan cepat.

Nama saya Farah Qurratun Aini. Isteri dan ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya nak ceritakan kisah benar bagaimana kulit saya boleh breakout teruk dan kembali cantik selepas bersama Shaklee.

Terjebak dengan Produk Timbang Kilo

Dulu semasa bujang saya terjebak dengan produk timbang kilo. Masa tu takde ilmu pon pasal kandungan yang bahaya dalam kosmetik timbang kilo. Tapi jenama produk tu dulu memang terkenal lah.
Minggu pertama pakai memang cantik kulit. Putih bersih. Licin dan lembab. Keadaan macam tu elok selama 3 bulan. Bulan ke empat masa tu dah nak kahwin, dah mula tumbuh jerawat. Risau ! Tapi nasib baik jurusolek pandai tutup jerawat yang ada.

Jerawat Makin Teruk Selepas Berkahwin

Selepas kahwin, makin teruk. Berjerawat penuh . Merah-merah lagi. Masa ni dah tertekan. Orang pula makin bertanya kenapa kulit macam tu. Malu nak berdepan dengan orang. Bila pakai produk tu semakin pedih jadi saya berhenti pakai produk tu.

Suami bawa saya ke klinik kulit untuk dapatkan rawatan. Mana klinik kulit tak pergi. Semua klinik pergi. Bayaran bukan murah. Ratus-ratus semuanya. Tapi kesan tetap sama malah makin teruk pon ada. Jadi suami tak bagi teruskan pakai produk klinik.
Kemudian saya mengandung. Dalam tempoh mengandung hormon tak stabil pula maka kulit kembali teruk. Sampaikan saya dirujuk ke doctor pakar kulit di hospital kerajaan. Saya dibekalkan ubat yang dikawal maknanya ubat sapu yang kuat. Saya pakai juga sebab masa tu terpaksa pakai untuk bagi kulit reda dari alahan yang teruk.

Selepas bersalin saya teruskan sesi dengan pakar kulit tu. 3 bulan sekali. Tapi sebabkan saya tak guna selalu ubat yang dibekalkan maka saya discaj sendiri appoiment dengan doctor pakar. Sebab risau juga efek ubat tu. Yang saya perasan ubat tu hanya sembuhkan lapisan luar sahaja. Jika tak pakai ubat tu, naik kembali merah-merah dan gatal-gatal.

Tekanan sangat masa ni. Dah tak larat nak segan dengan orang. Dah sengsara rasa nak melayan pertanyaan orang lirikan mata yang terkejut tengok kulit muka. Keyakinan diri pon takde masa tu .

Tekad Rawat Kulit dari Dalam

Jadi saya nekad untuk rawat kulit saya dari dalam. Jika rawat dari luar sahaja ia hanya sembuhkan lapisan kulit luar sahaja. Di lapisan dalam masih ada baki-baki bahan kimia yang bahaya.

Saya mulakan dengan GLA Complex untuk stabilkan hormon. Saya perasan bila hormon tak stabil kulit muka semakin teruk. Jadi saya mulakan dengan stabilkan hormone dahulu dengam mengambil GLA Complex. Kemudian saya konsisten set radiant 4 shaklee iaitu ESP, SR VitaC Plus, Gla Complex dan Collagen serta Vivix.

Selepas sebulan saya consume tanpa miss terutamanya collagen tu saya dapati kulit muka lebih elok berbanding sebelum nya. Dan ramai yang menegur kulit muka makin ok dari dahulu. Cuma masa ini masih kelihatan parut-parut lagi.
Dan bila skincare youth masuk, saya terus beli tanpa lepaskan peluang dan pakai setiap hari.

Suami Tegur Kulit Makin Cantik, Tona Sekata, Parut Makin Pudar.

Alhamdulilah saya rasa semakin cantik sekarang dan suami sendiri tegur kulit makin cantik, tona kulit lebih sekata dan parut-parut kelihatan semakin pudar. Kalau suami sendiri yang tegur tu betul lah kan..kulit makin baik dan makin cantik.

Saya sangat gembira dan keyakinan diri kembali yakin untuk berjumpa dengan orang dan berselfie. Syukur , produk Shaklee mengembalikan keyakinan diri saya.

Itulah Shaklee Effect saya !
Terimakasih Shaklee.

Senarai Vitamin (SET RADIANT 4) Yang diambil Oleh Puan Farah ialah;

1.GLA

🌸GLA berfungsi menstabilkan hormon dalam badan.

🌸Kadangkala hormon yang tak stabilkan menyebabkan masalah jerawat dan jeragat yang teruk.

🌸GLA juga mengandungi vitamin E yang sangat baik untuk kulit. Melembapkan dan menghilangkan parut jewarat. Ia juga mengelakkan kulit menjadi kering.

2. ESP

🌸Protein yang terbaik, tiada kalori dan senang diserap ialah protein tumbuhan.

🌸Menggantikan sel kulit mati dan rosak akibat jerawat kepada sel baru yang lebih sihat dan tahan lasak.

🌸Kekurangan protein dalam badan akan menyebabkan proses penyembuhan lambat berlaku.

🌸Cerahkan kulit seluruh badan

🌸Hilangkan strechmark

🌸Kulit lebih lembap

🌸Hilangkan kulit kering dan bersisik

3. Vitamin C SR

🌸Menguatkan daya tahan sel kulit

🌸Menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit

🌸Menghilangkan parut

🌸Cerahkan kulit

🌸Kulit lebih licin dan senang untuk makeup

🌸Kulit kurang berminyak

🌸Elak jerawat biasa atau jerawat pasir

4. Kolagen Powder

🌸Top up kolagen dalam badan

🌸Menegangkan kulit

🌸Mencerahkan kulit dengan lebih ceat

🌸Hilangkan garis-garis halus

🌸Hilangkan jeragat, jerawat

🌸Tona muka lebih sekata

Penjagaan Luaran dengan YOUTH Shaklee

YOUTH Shaklee baru dilancarkan di Malaysia!. Ia adalah skincare 100% semulajadi dan berkesan!. Ia juga bukan skincare biasa kerana memberi efek pantas seawal 3 hari pemakaiannya. Hampir tiada skincare di dunia yang berasaskan tumbuhan dan buah-buahan sahaja yang memberikan kesan sebegitu cepat!. wow!. sangat menakjubkan!

Testimoni dan pengakuan dari pengguna youth ternyata bukanlah syok sendiri kerana, ia juga diukur menggunakan mesin khas yang canggih bagi memeriksa kulit. Ternyata, 100% pengguna yang menggunakan youth dapati kulit mereka mempunyai perubahan dari sebelumnya. Dan 2/3 pengguna mengalami efek yang sangat memberangsangkan iaitu kelihatan lebih muda dari sebelumnya!. Ia adalah satu pencapaian yang sangat mengagumkan dalam dunia kosmetik.

Testimoni SET RADIANT.

Testimoni Youth

Wow sangat kan! Jadi, jika anda mempunyai apa-apa masalah kulit yang menghantui anda setelah sekian lama, gunalah YOUTH dan set radiant 4. Ia memang berkesan dan ternyata selamat dan semulajadi. Jika anda berminat dengan rangkaian produk shaklee, jangan segan untuk hubungi saya di talian 016-4225314. Saya sedia membantu anda.

Nida(KN)

ID NO: 987151

Whatsaapp: 016-4225314

website; www.ohlawa.com

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge