Rawatan Gout Secara Semulajadi yang Berkesan

Penyakit gout melibatkan keradangan pada sendi dan akan dideritai seumur hidup. Jarang penyakit gout sembuh, kecuali boleh mengawal paras asid urik dengan lebih berdisiplin. Gout terjadi apabila paras asid urik dalam badan melebihi paras normal. Seterusnya ia akan membawa kepada pembentukan kristal yang terkumpul secara berlebihan. Penyakit gout boleh dikawal dengan menjaga pemakanan, mengelakkan makanan yang tinggi purin.

Hal ini kerana, makanan yang tergolong dalam purin tinggi boleh menyebabkan paras asid urik tinggi dalam darah. Untuk itu, penting untuk anda ketahui rawatan gout secara semulajadi yang berkesan jika anda mengalami penyakit gout.

Apakah Penyakit Gout?

Gout merupakan sejenis penyakit keradangan pada sendi yang menyerang secara tiba-tiba. Bahagian badan yang biasa di serang oleh gout ialah pada ibu jari kaki. Gout juga boleh dirujuk kepada tingginya paras asid urik dalam darah seseorang. Ia akan menyebabkan pengumpulan kristal yang berlebihan pada bahagian sendi dan akan membawa kepada berlakunya masalah ini.

Apakah Punca Gout?

1.Tahap Asid Urik Dalam Badan Melebihi Paras Normal. Ia akan menyebabkan pengumpulan kristal dalam badan kesan daripada asid urik tersebut. Kemudian, ia akan berkumpul pada sendi dan menyebabkan radang berlaku pada bahagian itu.

2. Amalan Pemakanan. Pengambilan diet yang sihat boleh mengelakkan sakit gout. Namun, pengambilan sesetengah makanan yang tidak dikawal boleh menyebabkan sakit gout ini. Contoh makanan yang perlu dikawal ialah jenis tinggi purine, termasuklah ikan bilis, udang, organ dalaman haiwan, cendawan dan banyak lagi. Makanan jenis ini menyebabkan peningkatan asid urik dalam darah.

3. Genetik. Sesetengah gen dalam badan kita jika diaktifkan akan menyebabkan sakit gout. Jadi, pengawalan asid urik dalam badan haruslah dikawal supaya tidak mengaktifkan gen-gen tertentu.

4. Masalah Kesihatan yang Lain. Seperti penyakit buah pinggang. Kerosakan buah pinggang akan menyebabkan penyingkiran toksin dalam badan terganggu. Jadi, asid urik akan berlebihan dalam badan kerana buah pinggang gagal untuk menyingkirkannya.

5. Ubat-ubatan. Sesetengah ubat-ubatan boleh membawa masalah gout ini. Contohnya niacin, aspirin, ACE inhibitor, betta blockers dan lain-lain.

Apakah Gejala atau Tanda-tanda Gout?

Ia boleh menyerang sesiapa sahaja pada bila-masa masa. Terdapat beberapa gejala gout iaitu:

  • Kemerahan pada sendi
  • Sendi berasa panas
  • Demam
  • Letih lesu
  • Sakit pada kawsan yang terlibat lebih teruk pada waktu malam.

Rawatan Masalah Gout

Walaupun masalah gout tidak hilang secara total,namun langkah rawatan sangat perlu bagi mengawal penyakit ini. Antaranya ialah:

Pemakanan Seimbang. Ia bukan bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata. Pemakanan yang seimbang dan mengelakkan makan makaanan yang mencetuskan gout perlu dielakkan bagi mengelak daripada mengganggu aktiviti harian.

Pengambilan Ubat-ubatan. Ubat adalah perkara yang utama diambil untuk mencegah penyakit gout ini. Ubat yang selalu diberikan ialah “allopurinol” serta “colchicine”. Selain itu juga ubat NSAID’s juga turut diberikan untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan yang dialami.

Mengamalkan Makanan Yang Kaya Vitamin. Seperti vitamin C, Kopi atau buah ceri yang mengandungi antioksidan yang boleh mengelakkan tercetusnya keradangan akibat gout.

Rawatan Penyakit Gout Secara Semulajadi

1.Cuka Epal

  • Ia sangat membantu merawat arthritis dan juga gout. Ia bersifat keasidan dan membantu mengurangkan sakit. Anda juga boleh tambahkan madu untuk bertindakbalas sebagai antiradang.
  • Caranya, campurkan 1 sudu cuka epal dalam segelas air suam dan minum 2-3 kali sehari.
  • Anda juga boleh ambil 1 sudu cuka epal dicampur dengan 1 sudu madu. Minum 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang.

2.Halia

Hali bersifat antiradang membantu megekana keradangan. Ada beberapa cara untuk merawat gout dengan menggunakan halia, antaranya:

  • Campurkan serbuk halia, serbuk kunyit dan serbuk halia kering. Campurkan dengan nisbah yang sama. Kemudian, ambil  1 sudu campuran ini dan campurkan dalam segelas air suam. Minum sebanyak 2-3 kali sehari.
  • Tambah 1/2  sudu kecil halia dalam secawan air mendidih dan kacau. Minum sehari sekali.
  • Campurkan halia dalam masakan atau boleh dimakan secara mentah.
  • Anda juga boleh menampal paste halia pada kawasan yang terkena gout. Buat sehari sekali.

3. Jus Lemon

  • Badan perlu dialkalikan dan meneutralkan asid urik dalam badan untuk mengelakkan sakit gout. Anda boleh lakukan dengan sendiri iaitu campuran jus lemon dan juga baking soda.

4. Buah Ceri

  • Buah ceri terkenal dengan sifat antioksidannya. Ia juga mengandungi anthoccyanins yang boleh mengurangkan keradangannya.
  • Untuk hasil yang terbaik, pesakit gout dicadangkan mengambil 15-20 biji buah ceri dalam sehari.

5. Pisang

  • Pisang juga boleh melawan penyakit gout. Kristal asid urik boleh ditukarkan dalam bentuk cecair dan boleh dibuang melalui urine semasa membuang air kecil. Pisang juga mengandungi vitamin C sederhana yang boleh mengurangkan kesakitan.
  • Amalkan makan pisang 1 hingga 2 biji sehari untuk atasi gout.

6. Epal

  • Malic asid dalam epal membantu meneutralkan asid urik dalam badan dan seterusnya mengurangkan kesakitan.

Dan jika anda perlukan ubat yang lebih mujarab dan kesan yang cepat, anda boleh mengambiil vivix sekarang!. Ramai sudah rasai keberkesanannya dan kesannya sangat menakjubkan!. Kalau dulu tidak boleh salah makan sikit, tunggulah nanti malam tak dapat tidur. Tetapi selepas amalkan vivix, selamba sahaja makan udang galah!

Ada beberapa Testimoni Vivix untuk penyakit gout ini antaranya ialah:

#Testimoni 1

#Testimoni 2

#Testimoni 3

Sekiranya anda mengalami masalah ini, segelah dapatkan vivix anda hari ini!. Hubungi saya di talian 016-4225314 untuk vivix anda hari ini.

Nida KN

ID NO: 987151

Whatsapp: 0164225314

Instagram: shakleebangi_bynida

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge