10 Cara Hilangkan Whiteheads dan Blackheads pada Wajah dengan Berkesan

Pernah tak anda duduk depan cermin selama berjam-jam picit whiteheads dan blackheads?. Mesti stress bila kulit muka berminyak, pori besar dan whiteheads berlambak-lambak. Nak ke spa tak ada masa. Tak de ke cara DIY sahaja di rumah tanpa perlu ke spa?.

Masalah whiteheads dan blackheads adalah berpunca daripada pori tersumbat oleh kotoran, minyak berlebihan dan juga sel kulit mati. Jadi, macammana nak hilangkan masalah ini?. Jom ikuti 10 cara hilangkan whiteheads dan balckheads pada wajah dengan berkesan.

10 Cara Hilangkan Whiteheads dan Blackheads

Tak kiralah di mana pun whiteheads dan balckheads di hidung, pipi, dahi atau dagu. Anda boleh cuba cara mudah ini. Walaupun ia Nampak mudah, sebenarnya ia adalah tisp untuk elakkan jerawat juga. Jom kita cek satu persatu cara-caranya.

Punca-punca Whitehead dan Blackhead Terjadi

1.Pastikan Basuh Muka dengan Bersih

Kita disarankan agar membasuh muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Semasa bangun dari tidur, dan semasa hendak tidur untuk menghilangakn minyak dan juga kotoran pada muka. Basuh muka bersih-bersih barulah sediakan kulit untuk langkah seterusnya pula.

2. Guna Air Suam

Untuk membersihkan muka dengan lebih berkesan, cuba guna air suam. Air suam dapat membuka pori-pori muka. Selepas itu, cuci muka dengan pencuci yang sesuai dengan kulit muka. Pencuci jenis gel oil adalah lebih berkesan kerana ia membersih jauh kedalam kulit dan tidak membuatkan kulit kering selepas dicuci. Pastikan anda membasuh kembali muka dengan air sejuk untuk tutup kembali pori di wajah anda.

3. Penggelupasan/Exfoliating

Proses penggelupasn kulit atau exfoliating sangat penting untuk membuang sel-sel kulit mati untuk menghalang pori dari tersumbat. Ia tidak perlu dibuat setiap hari. Memadai seminggu sekali sahaja. Jika tidak, kulit mudah merengsa dan tumbuh jerawat.

4. Minyak Rambut

Biasanya wanita jarang memakai minyak rambut. Jika anda seorang lelaki, elakkan rambut yang berminyak terkena kulit.

5. Cuci Rambut

Rambut yang kotor dan berminyak sangat bahaya jika terkena kulit. Sebaiknya bersihkan rambut dengan betul untuk elakkan masalah kulit termasuklah whiteheads dan blackheads.

6. Alatan yang Bersih

Pastikan alatan yang selalu bersentuhan dengan kulit kita bersih seperti cadar, bantal, selimut, smartphone dan juga spek mata dalam keadaan bersih. Usahakan alatan ini bersih dari kotoran dan juga bakteria.

Selain itu, terdapat juga petua semulajadi yang boleh hilangkan whiteheads dan blackheads dengan berkesan yang diamalkan sejak dulu lagi. Antaranya ialah;

7. Menggunakan Ais

Ais dapat meningkatkan aliran darah pada kulit dan sihatkan kulit.

Caranya mudah sahaja, anda perlu balut kiub ais dengan kain kemudian tekap pada kawasan yang bermasalah. Untuk lebih efektif lagi, anda juga boleh sediakan jus teh hijau, timun atau tomato yang dibekukan.

8. Cuka Epal

Ia berperanan untuk mengurangkan pori yang terbuka, menegangkan kulit dan menstabilkan pH kulit muka.

Caranya; Anda boleh campurkan cuka dalam air. Kemudian gunakan kapas untuk sapukan pada kulit. Biarkan ia kering. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.

9. Putih Telur

Putih telur bagus untuk mengecutkan pori dan menghilangkan minyak yang berlebihan di muka.

Caranya; Pukul putih telur kemudian sapukan pada muka sehingga kering. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu untuk kesan yang terbaik.

10. Soda Bikarbonat

Ia berupaya unutk membuang lebihan minyak, kotoran dan debu pada kulit muka.

Caranya; Buatkan pes dalam 2 sudu kemudian campurkan dengan air. Sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 10 hingga 15 minit kemudian bilas. Lakukan selalu untuk kesan yang menakjubkan!

Nah sekarang dah tahu kan cara hilangkan whiteheads dan balckheads dengan berkesan?. Tunggu apa lagi, anda wajib mencubanya hari ini juga!

Baca juga;

7 Punca Whitehead dan Blackhead Terjadi

Nutrisi Penting untuk Hilangkan Whitehead dan Blackhead

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge