11 Tanda-tanda Kehamilan Sebelum Lewat Datang Haid yang Bagus Anda Tahu Lebih Awal!

Biasanya, bagi anda pasangan yang baru berumahtangga, agak sukar untuk mengenalpasti samada anda hamil atau tidak. Yelah, tiada pengalaman lagi kan?. Untuk kehamilan seterusnya, ia agak mudah untuk meneka berdasarkan pengalaman hamil yang lepas. Tetapi harus diingat, tidak semua pengalaman hamil anak  kedua dan seterusnya sama dengan yang pertama.

Jadi, disini saya kongsikan beberapa tanda-tanda awal kehamilan yang boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan samada anda hamil atau tidak. Ia adalah berdasarkan pengalaman dan kebiasaan yang dialami oleh kebanyakan wanita.

Tanda-tanda Kehamilan

Tanda-tanda hamil ada banyak, dan setiap kehamilan adalah tidak sama diantara satu sama lain. Antaranya ialah;

1. Saiz Payudara yang Semakin Membesar

Salah satu tanda awal yang anda sudah hamil ialah payudara akan lebih lembut, nyeri atau sakit. Perubahan lain yang berlaku ialah payudara lebih besar dan padat. Ia adalah disebabkan oleh perubahan hormone semasa hamil. Ia juga adalah persediaan awal payudara untuk mengeluarkan susu. Lebih banyak khasiat dan darah dibekalkan pada payudara yang membuatkan ia membesar dan menegang. Anda digalakkan untuk menukar saiz bra untuk lebih selesa dan pengaliran darah yang baik.

2. Lewat Datang Haid

Ini adalah salah satu tanda awal yan popular. Selepas proses penempelan bermula, badan ibu akan menghasilkan gonadotropin chorionic manusia (hCG). Hormon ini berfungsi menhentikan ovary melepaskan ovum setiap bulan sepanjang kehamilan. Sebab itulah juga ia melewatkan kedatangan haid. Jika anda tidak dating haid anda boleh mengikuti beberapa tips, antaranya ialah:

  • Buat ujian kehamilan
  • Jika ujian positif, segeralah berjumpa dengan doctor untuk emmbuat temujanji yang pertama.
  • Jika anda mengambil sebarang ubat, minta nasihat doctor samada ia boleh diteruskan atau tidak sepanjang kehamilan.

3. Mengalami Rasa Mual dan Pening

Boleh dikatakan 3 daripada 4 ibu hamil akan merasai mual dan pening pada waktu pagi. Morning sickness biasanya dialami semasa trimester pertama. Semasa di awal kehamilan, satu hormone kehamilan akan dirembeskan dan membuatkan rasa mual dan pening. Walaubagaimanapun, tidak semua orang mengalaminya. Ada yang rileks sahaja, ada yang masuk trimester kedua dan seterusnya morning sickness akan hilang dan tidak kurang juga ada yang mengalaminya sepanjang tempoh hamil sehinggalah sampai waktu bersalin.

Walaupun ada ibu yang tidak boleh makan atau minum semasa tempoh ini, usahakan untuk minum dan makan secukupnya kerana anak dalam kandungan juga perlukan nutrient untuk membesar. Anda boleh makan buah-buahan untuk sementara sehingga keadaan pulih seperti biasa.

4. Kerap Buang Air Kecil

Biasanya ibu hamil akan kerap membuang air kecil. Ini adalah disebabkan oleh perubahan hormone yang berlaku. Selain itu, badan kita juga perluakn banyak darah semasa hamil. Semua darah akan melalui buah pinggang untuk ditapis. Sebab itulah rasa nak sentiasa mahu membuang air kecil. Banyakkan minum air kosong untuk gantikan semula air yang keluar dari badan tadi.

5. Rasa Letih, Lesu dan Mengantuk

Semasa proses kehamilan berlaku, hormone progesterone akan melambung tinggi. Dos progesterone yang tinggi akan membuatkan badan rasa lesu dan mengantuk. Jadi, menjaga pemakanan sangat penting ketika waktu ini. Pilih makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah dan memberikan tenaga kepada anda semasa hamil.

Antara Tips yang Boleh diamalkan Semasa Mengandung ialah;

  • Berusaha untuk dapatkan tidur yang cukup.
  • Minum air kosong dengan secukupnya, dehidrasi akan membuatkan kita lebih cepat penat.
  • Ambil makanan yang kaya dengan vitamin B untuk kawal mood dan memberikan tenaga.
  • Ambil makanan yang tinggi zat besi untuk elakkan anemia berlaku.

6. Kesan Pendarahan

Selepas 10 hingga 14 hari persenyawaan berlaku, embrio akan tertanam pada lapisan Rahim. Ia boleh menyebabkan berlaku pendarahan. Dan ramai yang keliru dan menyangka ia adalah period/haid.

Tanda-tanda pendarahan yang disebabkan oleh implantasi ialah;

  • Warna darah samada merah jambu, coklat atau merah.
  • Rasa sakit boleh jadi ringan, sederhana atau teruk.
  • Pendarahan berlaku mungkin dalam 3 hari.
  • Kekejangan pada abdomen mirip kedatangan haid.

7. Perubahan Emosi yang Sukar Dijangka

Antara kesan kepada emosi isteri ialah cepat marah atau merajuk. Pada masa ini sokongan suami amat diperlukan. Anda boleh mengamalkan B Kompleks untuk mengawal emosi dan mengelakkan rasa letih dan lesu yang mengeruhkan lagi keadaan.

8. Kejang di Bahagian Bawah Badan

Terdapat kekejangan pada kaki dan abdomen berlaku secara tiba-tiba. Ia berlaku keranan badan sedang menyediakan Rahim untuk membesar bagi proses kehamilan.

9. Hilang atau Kurang Selera Makan

Terdapat banyak punca hilang selera makan semasa mengnadung. Antaranya ialah;

  • Alahan mengandung
  • Kekurangan vitamin yang merangsang selera makan seperti vitamin B.
  • Perubahan hormone.
  • Deria bau sensitive dari biasa.

Biasanya ramai ibu yang kurang selera makan semasa di awal kehamilan. Dan ada juga berlarutan sehingga bayi lahir. Dapatkan nasihat doctor dan ambil pemkanan tambahan untuk memastikan bayi dan ibu mendapat zat secukupnya semasa mengandung untuk tumbesaran dan kesihatan.

10. Kerap Sakit Kepala

Ibu yang mengandung juga biasanya lebih kerap mengalami masalah sakit kepala. Ini berlaku kerana hormone estrogen dan progesterone yang dihasilkan oleh badan ibu untuk menyokong perkembangan tumbesaran bayi dalam kandungan.

11. Selera Makan Bertambah

Sebenarnya, banyak perkara yang diluar kebiasaan akan berlaku semasa mengandung. Salah satunya ialah selera makan bertambah. Walaupun sebenarnya anda bukan seorang penggemar makanan, semasa mengandung, ia boleh jadi selera makan anda akan meningkat. Anda boleh mengawal pemakanan anda dengan mengambil supplement tertentu untuk mengelakkan berat badan anda naik secara berlebihan.

Adakah puan mengalami perkara diatas?. Tahniah saya ucapkan!. Selamat menempuhi alam baru sebagai ibu dan banyakkan menggali ibu kehamilan supaya dapat emmbantu anda menjalani tempoh kehamilan yang mengujakan!

BACA JUGA:

10 Makanan yang Membantu anda Cepat Hamil!

Nutrien yang Diperlukan untuk Bantu Anda Cepat Hamil

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge