12 Punca Wajah Selalu Ada Jerawat Tanpa Anda Sedari

Wajah selalu ada jerawat?. Hilang yang lama, datang yang baru. Tinggal parut hitam pula tu. Dah la susah nak hilangkan!. Arghhh.

Adakah anda salah seorang daripadanya?. Untuk mengatasi masalah ini, anda sebenarnya perlu tahu apakah punca wajah selalu ada jerawat tak henti-henti. Antara sebab terjadinya jerawat ialah pengeluaran minyak yang berlebihan, pembiakan bakteria pada kulit, genetic dan sebagainya. Jom ketahui 13 punca wajah selalu ada jerawat yang kita tak sedar.

Kenalpasti Punca Jerawat Supaya Mudah Diatasi

Apakah Jerawat

Jerawat secara amnya ialah satu fenomena biological yang terjadi pada kulit disebabkan oleh keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak pada kulit manusia. ia timbul pada kulit yang selalu berminyak pada muak dan badan.

Punca Jerawat

1.Memakai Kosmetik atau Skincare yang Menyumbat Pori (pore-clogging)

Mineral oil adalah salah satu contoh bahan yang terdapat dalam losyen atau pelembap yang menyebabkan pori tersumbat dan menyebabkan jerawat. Silicon yang terdapat dalam kosmetik atau skincare juga menjadi punca pori tersumbat. Sebaiknya, baca dahulu kandungan bahan dalam kosmetik atau skincare sebelum anda membelinya. Pilih skincare yang “non-comedogenic yang memebri maksud bahan yang digunakan tidak menyebabkan pori tersumbat.

Skincare 100% Semulajadi Tak Menyumbat Pori

2. Wajah Terlalu Terdedah Kepada Bahan Kimia

Penggunaan terlalu banyak bahan kimia seperti salicylic asid, benzoyl peroxide atau sulfur semasa membuat rawatan wajah boleh menyebabkan wajah kering dan mengeluarkan banyak minyak pada kulit. Bahan aktif tersebut akan menyebabkan lapisan kulit paling atas seakan-akan terbakar jika digunakan dengan kerap.

3. Makan Makanan Pedas

Makanan pedas mengandungi asid yang boleh membuatkan kulit merengsa, menjejaskan pH kulit dan seterusnya boleh menyebabkan kulit menjadi rosak. Walaubagaimanapun, bukan makanan pedas sahaja yang boleh menyebabkan wajah merengsa, makanan lain seperti produk tenusu, roti dan makanan lain juga boleh bertindak balas bergantung kepada badan seseorang. Kurangkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan kulit sensitive dan meradang dan sebaiknya anda perlu mengenalpasti bahan yang boleh membuatkan tindakbalas kepada kulit.

4. Produk Penjagaan Rambut

Bahan pembersih seperti sulphate, pelembap, silicon dalam shampoo atau conditionar boleh menyebabkan jerawat pada wajah, Pastikan anda lebih berhati-hati semasa menggunakan bahan tersebut untuk mengelakkan wajah ditumbuhi oleh jerawat.

5. Scrub Wajah Terlalu Kasar

Bagi mereka yang mempunyai kulit yang berjerawat, perbuatan menyental kulit dengan kasar akan membuatkan wajah lebih teruk lagi. Bakteria akan mudah tersebar ke kawasan lain pada wajah dan menyebabkan wajah ditumbuhi jerawat.

6. Merokok

Tahukah anda, asap rokok bukan sahaja boleh menyebabkan kasner, malah ia juga boleh menyebabkan kandungan kolagen di dalam kulit merosot dan kurang elastin?. Maka, kulit akan mudah muncul garis halus, pori semakin besar dan kulit menjadi kering. Oleh itu, jangan merokok dan jauhi perokok.

7. Elakkan Memicit Jerawat

Memicit jerawat sebenarnya bukanlah perbuatan yang boleh menghilangkan jerawat, malah ia boleh menyebarkan bakteria yang berada didalam jerawat ke permukaan kulit.

8. Stress/Tekanan

Stress atau tekanan juga boleh menyebabkan jerawat! Sejenis hormone akan dirembeskan semasa stress yang menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan dan menyumbat pori. Kawal tekanan dan sentiasalah berfikiran positif untuk mengelakakn ia berlaku.

9. Menggunakan Sabun Pencuci yang Tidak Seseuai

Penggunaan sabun pencuci baju yang tidak sesuai juga boleh merengsakan kulit bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitive. Sebaiknya, pilih sabun pencuci yang organic dan bebas bahan kimia untuk lebih selamat.

10. Pemakaian Topi yang Menyentuh Kulit

Pemakaian topi memang Nampak stylo. Namun, anda harus berhati-hati jangan sampai topi anda terus menyentuh kulit. Bakteria pada topi atau eksesori lain boleh dipindahkan kepada kulit dan menyebabkan jerawat.

11. Tidak Membersihkan Kulit atau Badan Selepas Bersenam

Tindakan tidak membersihkan kulit selepas bersenam atau ke gym adalah mengundang kepada masalah kulit. Badan yang berpeluh mudah dijangkiti bakteria dan memerngkap habuk dan kotoran yang boleh menyebabkan pori tersumbat dan tumbuh jerawat pada kulit.

12. Berjemur di Tengah Panas Tanpa Perlindungan UV

Sel kulit akan mudah rosak jika terdedah kepada cahaya matahari secara langsung tanpa memakai pelindung uv. Sel kulit yang lemah akan menyebabkan banyak masalah kulit bukan sahaja jerawat, jeragat, kulit kering, malah kanser kulit juga!. Jadi, jangan lupa untuk memakai sunscreen atau pelindung uv sebelum anda keluar rumah.

Baca Juga:

Ubat Resdung Jerawat di Farmasi

Pelindung UV Terbaik 100% Semulajadi dan Tidak Menyumbat Pori

Tip Pilih Serum untuk Wajah Jerawat

Cara Hilangkan Jerawat dengan Berkesan

Cara Hilangkan Parut Jerawat Berlubang

 

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge