6 Jenis Makanan Penyebab Anak Jadi Sembelit

Sembelit pada anak-anak tidak asing lagi. Kadang-kadang sampai trauma nak makan. Sembelit terjadi apabila anak membuang air besar kurang 3 kali dalam seminggu. Najis akan keras, kering dan juga lebih besar. Banyak factor terjadinya sembelit pada anak-anak. Antaranya ialah makan makanan kurang serat, terlalu banyak minum susu dan kurang minum air putih, kurang bergerak atau melakukan aktiviti fizikal, menahan untuk membuang air besar dan sebagainya.

Sembelit jika terus dibiarkan akan menyebabkan banyak kesan buruk. Ia perlu diatasi segera sebelum melarat. Dalam keadaan ini, anda juga perlu tahu 6 jenis makanan penyebab anak sembelit supaya tidak bertambah teruk.

Makanan yang Perlu Diberi kepada Anak Sembelit

Sebaiknya, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Antara factor utama punca sembelit terjadi ialah makan makanan yang kurang serat. Antara makanan yang terbaik diberikan semasa anak sembelit ialah;

Makanan Berserat Tinggi

Makanan berserat dapat membantu anak-anak semasa sembelit dengan menyerap air bagi memudahkan usus membuang sisa makanan. Antara jenis makanan yang kaya serat ialah;

  • Sayuran Hijau;, seperti brokolo, bayam, sawi.
  • Buah-buahan; epal, kiwi, apricot, manga, buah berry (strawberry, blueberry, raspberry).
  • Kekacang; Kacang Hijau, Kacang Merah,
  • Karbohidrat berserat tinggi; beras merah, beras hitam, gandum, oat.

Bukan semasa sembelit sahaja makanan berserat tinggi perlu diambil, malah ia perlu diambil setiap hari untuk melancarkan proses pencernaan.

Minum Air Secukupnya

Air putih atau “plain water” sangat penting untuk mengelakkan najis menjadi keras dan kering. Kekurangan cecair dalam badan juga boleh menyebabkan system badan terganggu seperti pening kepala, demam dan sebagainya.

Galakkan anak-anak meminum air sebanyak 8 hingga 10 Gelas sehari. Anda juga boleh memberikan anak-anak jus buah-buahan segar tanpa gula untuk lebih baik lagi.

Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Sembelit

Anda perlu menggalakkan anak-anak makan makanan yang kaya serat setiap hari. Semasa sembelit pula, cuba elakkan untuk memberikan anak-anak makan makanan yang kurang serat seperti;

#1. Kerepek, biskut atau makanan ringan yang lain

#2. Makanan yang diproses seperti roti, pizza, sosej nugget dan lain-lain

#3. Makanan segera

#4. Daging

#5. Makanan yang mengandungi minyak dan lemak yang banyak; seperti donut, kentang goring yang biasa ada di restoren makanan segera cenderung membuatkan pergerakan usus anak anda menjadi lambat. Sebaiknya, berikan makanan yang dikukus atau direbus semasa sembelit.

#6. Produk Tenusu; susu, keju, yogurt, aiskrim. Kandungan lemak lebih tinggi dan serat lebih rendah pada susu dan produk tenusu membuatkan pergerakan usus lambat dan tidak lancar. Namun, anda boleh berikan susu kepada anak anda, tetapi hadkan kepada 2 gelas sehari.

Baca juga CARA ATASI SEMBELIT TERUK PADA ANAK DENGAN BERKESAN.

 

 

 

You may also like

2 Comments

Leave a Reply to Intan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge