6 Petua Kawal Kencing Manis yang Berkesan

Kencing manis merupakan salah satu penyakit kronik yang amat popular di Malaysia khususnya. Dianggarkan seramai 3.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas mengidap kecing manis sekarang. Dan 73% kematian di Malaysia disebabkan oleh penyakit ini. Angka yang amat membimbangkan.

Bagaimana Ia Berlaku?

Ia berlaku apabila tahap glukos di dalam darah tinggi dari biasa berpunca daripada kekurangan daya keberkesanan insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.

Pankreas berfungsi mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dalam salur darah kepada sel badan.

Jika anda mengalami penyakit kencing manis, glukos tidak dapat masuk ke sel sel yang berkaitan dan terjadilah pengumpulan glukos dalam darah seterusnya meningkatkan gula darah dalam.

Punca Penyakit Kencing Manis

Terdapat pelbagai punca penyakit kencing manis terjadi. Penting untuk mengetahui punca sebenar penaykit ini untuk mengelakkan ia dari berlaku. Kita selalu dengar pepatah mencegah lebih baik dari mengubati bukan? Antara punca-punca penyakit kencing manis berlaku ialah:

#1. Pengambilan Gula dan Makanan Bergula yang Tinggi.

Ramai yang salah faham, gula menjadi punca utama penyakit ini terjadi. Tidak juga. Ia juga boleh berpunca daripada pengambilan minuman yang bergula tinggi, madu, pastry, kek, gula-gula dan pelbagai lagi. Kesemua makanan ini menyebabkan gula dilepaskan dengan cepat di dalam darah. Kebanyakan minuman di pasaraya dimaniskan dengan glukosa dan sirap jagung yang mengandungi fruktosa yang tinggi. Bukan tidak boleh makan langsung, tetapi perlu diambil secara edikit atau sederhana sahaja.

#2. Pengambilan “Refine Carbs” yang Banyak.

Ia termasuklah nasi putih, pastry, roti, pasta dan lain-lain lagi dengan kadar yang banyak. Proses untuk mendapatkan “refine carbs’ menyebabkan makanan kehilangan banyak mineral seperti kromium.

#3. Kurang Beraktiviti Fizikal

Bagi individu yang kurang menjalankan aktiviti fizikal cenderung kepada mendapat berat badan yang berlebihan. Dan sekaligus meningkatkan risiko kencing manis. Toksin dalam badan juga tidak dapat dikeluarkan melalui peluh dan menyebabkan toksin berkumpul di dalam badan dan menyebabkan pelbagai risiko penyakit lain, selain kencing manis.

#4. Merokok

Individu yang merokok juga boleh meningkatkan risiko kencing manis. Ia adalah kerana pengumpulan banyak toksin dan racun di dalam tubuh yang membuatkan banyak fungsi tubuh terganggu.

#5. Kurang Ikan dalam Diet Seharian

Ikan mengandungi Omega 3 yang bagus untuk melindungi badan dari diserang kencing manis.

#6. Genetik atau Sejarah Keluarga

Jika ibu bapa atau ahli keluarga anda mengalami kencing manis, risiko untuk anda mengalaminya adalah tinggi iaitu sebanyak 60 hingga 70%. Jika kedua-dua ibu bapa mengalami diabetis, 80% anak-anak berisiko mengidap diabetis juga.

Gejala atau Tanda-tanda Penyakit Kencing Manis

  • Berat badan turun mendadak
  • Kerap kencing pada waktu malam
  • Penglihatan semakin menurun
  • Kaki dan tangan sering kebas
  • Luka lambat sembuh
  • Kerap haus

Komplikasi Kencing Manis

Antara komplikasi kencing manis yang sangat ditakuti jika lambat mendapatkan rawatan ialah;

1)Kaki terpaksa dipotong akibat kencing manis.

2) Buta

3) Kegagalan buah pinggang dan terpaksa jalani dialisis seumur hidup.

4) Mati pucuk

5) Luka lambat sembuh

Cara doctor cuci luka pesakit kencing manis, sangat menyeramkan!

Langkah-langkah yang Perlu diambil Oleh Pesakit Kencing Manis untuk Mengawal Gula dalam Darah

Jika anda telah mengidap kencing manis, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga supaya dapat mengelakkan ia lebih teruk lagi. Antaranya ialah;

1. Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat. Contohnya sekeping roti canai kosong mengandungi sekurang-kurangnya 160 kalori. Untuk membakar kalori tersebut, seseorang itu perlu bersenam selama 30 minit. Jika tidak, paras gula dalam darah akan meningkat dan membahayakan pesakit kencing manis.

2. Kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi, mee, kue teow, roti dan sebagainya.

3. Kurangkan pengambilan kuih-muih dan minuman manis yang mengandungi banyak gula.

4. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Selama 45 minit bagi satu sesi.

6 Petua Turunkan Paras Gula Dalam Darah

Salah satu kaedah turunkan paras gula dalam darah ialah dengan menggunakan kaedah moden atau tradisional.

Antaranya dengan mencuba 6 petua semulajadi dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang sedia ada di sekeliling kita. Khasiatnya tidak dapat dinafikan lagi kerana ia telah digunakan sejak turun temurun lagi.

Antaranya ialah:

1. Peria Katak

Ia biasanya dijadikan bahan masakan dikalangan masyarakat Melayu, namin ia juga digunakan untuk dijadikan ubat merawat kencing manis dan penyakit lain juga.

Ia mengandungi 3 zat aktif anti-diabetis termasuk charatin iaitu merendahkan tahap glukos dalam darah, vitine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai Polipeptida-p.

Leptin dalam peria katak jugak bertindak menurunkan kemampuan glukos dalam darah, menurunkan selera makan individu.

Salah satu cara mengawal kadar gula dalam darah ialah dengan mencampurkan peria kata dengan epal hijau. Caranya, kisar sebiji peria katak dan epal hijau dengan 4 cawan air kosong. Kemudian tapis ambil jus sahaja.

Selain epal hijau, anda juga boleh campurkan dengan batang sederi, cili benggala hijau atau timun.

Amalkan setiap hari untuk menurunkan kadar gula dalam darah dan juga kolestrol.

2. Ginseng

Terdapat kajian membuktikan bahawa ginseng Amerika berupaya membantu dalam penurunan kadar glukos darah ketika berpuasa.

Ia mempunyai banyak manfaat yang baik untuk kesihatan. Ia telah diamalkan sejak 2000 tahun dahulu lagi di China sebagai pembekal tenaga dna penawar yang baik.

Ia dikatakan dapat menurunkan kadar glukos bagi pesakit diabetis atau kencing manis.

Antara ginseng yang boleh dikenali ialah ginseng Asia (Panax ginseng), ginseng ini juga dikenali sebagai ginseng Korea.

Walaupun ia mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, ia juga mempunyai kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan seperti pening, sukar tidur, masalah alergik dan penghadaman.

3. Lidah Buaya

Kajian menunjukkan pengambilan jus lidah buaya mampu meningkatkan kadar glukos dalam darah, sekaligus merawat kencing manis.

Ia boleh menurunkan lemak dalam darah, menyembuhkan luka dan meredakan bengkak dengan pantas.

Cara mengawal gula dalam darah dengan menggunakan pokok lidah buaya ialah, ambil 1 batang lidah buaya, kemudian bersihkan dan kupas serta durinya. Rendam selama 30 minit bersama air garam. Kemudian bilas dengan air. Rebus bersama 3 gelas air sehingga mendidih.

Amalkan minum 3 kali sehari sebanyak setengah gelas.

4. Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis mampu mengawal glukos dalam darah dan merupakan ejen terbaik untuk melawan kencing manis dalam badan. Disamping itu, ia juga meningkatkan kepekaan badan kepada insulin dalam darah supaya menjadi lebih baik supaya dapat menyeimbangkan gula dalam badan.

5. Halia

Terdapat satu kajian menunjukkan, halia dapat mengawal kandungan gula dalam darah dalam tempoh masa yang panjang. Pengkaji dari University of Sydney telah menemukan bahawa, ekstrak dari Halia Buderim yang diperkaya dengan gingerol menjadi bahan utama yang mampu meningkatkan kadar glukos dalam sel otot tanpa penggunaan insulin sekali gus menormalkan kadar bacaan gula dalam darah.

6. Kacang Bendi

Kacang bendi terkenal dengan pelbagai khasiat yang tidak perlu disangkal lagi kepada individu yang berisiko menghidap penyakit kencing manis dan penyakit kronik yang lain.

Kawal Kencing Manis dengan Set Kencing Manis Shaklee

Disamping mengamalkan beberapa petua diatas, anda juga boleh berikhtiar dengan set kencing manis Shaklee yang diakui ramai, selamat serta berkesan untuk mengawal kencing manis yang anda hadapi supaya ia tidka berlarutan sehingga meragut nyawa. Antara suplemen yang disyorkan ialah;

1. Vivix Shaklee

  • Mencegah penghasilan protein AGE yang berlebihan yang boleh menyebabkan pengerasan salur darah dan kematian sel.
  • Sebagai detoks seluruh badan dari pelbagai ubat-ubatan yang diambil
  • Detoks penting untuk memastikan pengambilan vitamin lain lebih efektif

2. ESP

  • Bantu penghasilan hormone insulin
  • Mengenyangkan
  • Melepaskan glukos dalam darah secara perlahan-lahan

3. GLA Kompleks

  • Membantu mengawal keradangan
  • Membantu sakit saraf

4. Vitamin C Sustained Release

  • Menguatkan imun badan
  • Bantu elak katarak

5. Zink Kompleks

  • Membantu mempercepatkan penyembuhan luka

Testimoni

Jadi, jika anda mengalami penyakit kencing manis atau diabetis, jangan berlengah lagi untuk dapatkan set kencing manis Shaklee sekarang juga. Kencing manis jika tidak dirawat akan menyebabkan satu demi satu kerosakan pada badan anda seperti komplikasi diatas yang telah dialami oleh ramai pesakit diabetis. Hubungi saya segera untuk konsultasi secara percuma dan dapatkan produk Shaklee anda.

Suplemen NATURAL adalah pilihan saya

Tidak pada vitamin sintetik

Tidak kepada vitamin berperisa tambahan

Tidak kepada Vitamin mengandungi pewarna tiruan

Jadi tunggu apa lagi?. Hubungi saya sekarang!

Hanya dengan satu klik sahaja.

Set Kencing Manis Shaklee

Jangan ragu-ragu untuk bertanya. Saya memang nak bantu anda.

Kawasan COD: Bangi-Bandar Seri Putra-UKM-UPM-Hospital Serdang-Uniten Bangi-KUIS-USIM-Bukit Mahkota-Nilai 3

Call/Sms/Whatsapp: 016-4225314

Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid

Ig: shakleebangi_bynida

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge