7 Kebaikan Buah Delima Ketika Mengandung

Wanita hamil perlu menjaga pemakanan semasa mengandung supaya bayi dalam kandungan mendapat khasiat serta zat dan untuk kesihatan ibu juga.

Salah satu tips yang boleh diamalkan ialah memakan buah delima. Buah delima adalah sangat berkhasiat dan terbukti secara saintifik.

Dalam islam juga, buah delima disebutkan dalam al Quran merupakan buah di dalam syurga.

Dalam beberapa Hadith Rasulullah juga turut disebut tentang khasiat buah delima.

Kenapa Ibu Hamil Perlu Bersungguh-sungguh Menjaga Pemakanan?

Ada 2 sebab kenapa kita perlu jaga pemakanan semasa hamil, iaitu;

1.Berat Badan Mudah Bertambah Semasa Mengandung

Setiap individu dinasihatkan untuk meminta pendapat doktor berat badan yang ideal semasa mengandung. Berat badan ideal adalah berlainan bagi setiap individu dan ia penting untuk mengelakkan risiko semasa hamil.

Berat badan dikira iaitu, jika berat badan sebelum hamil ialah 50kg, dan semasa hamil 55kg, jadi pertmbahan berat badan ialah sebanyak 5kg.

Biasanya berat badan yang ideal, 3 bulan pertama kita disyorkan untuk menambah berat badan sebanyak 100 kalori setiao hari, manakala bulan-bulan seterusnya, kita perlu menambah sebanyak 300 kalori setiap hari.

Jadi, pemakanan perlu dijaga untuk mengelakkan berat  badan berkurang atau berlebihan yang boleh menyebabkan masalah lain pula ketika mengandung.

2. Makan untuk Dua Orang!

  • Bila hamil, anda makan untuk 2 orang. Anda harus ingat, segala makanan yang anda makan akan dikongsi dengan bayi anda.
  • Bijirin, karbohidrat serta sayuran sangat diperluakn dalam diet seharian. Ia berserat dan mengelakkan masalah sembelit.
  • Protein pula penting untuk tumbesaran dalam tubuh sepanjang proses kehamilan. Ia boleh didapati dari makanan seperti kekacang dan daging.
  • Berat bayi yang terlalu rendah atau risiko bayi lahir pramatang adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi semasa hamil.
  • Asid folik pula sangat penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi. Ia boleh didapati dalam makanan seperti brokoli, asparagus ,kacang hijau, sayuran hijau yang gelap dan sebagainya.
  • Kalsium. Jika badan kekurangan ambil kalsium, tubuh akan meminjam daripada tulang untuk pembentukan tulang bayi. Tulang akan hilang tumpat dan kepadatan jika sumber tidak mencukupi. Pastikan ambil kalsium dengan cukup semasa mengandung untuk elak osteoporosis dan gigi rapuh.

7 Kebaikan Delima yang Perlu Anda Tahu

Buah delima bagus untuk badan. Ia makanan terbaik untuk ibu mengandung dan juga kanak-kanak. Antara kebaikan buah delima ialah;

#1. Antioksidan

Kajian menunjukkan bahawa, kadnungan antioksidan dalam delima adalah 2 3 kali ganda lebih tinggi dari anggur merah. Ia juga lebih baik dari beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima adalah lebih tinggi. Antioksidan berfungsi untuk melawan radikal bebas dalam badan kita. Ia dapat melindungi badan daripada penyakit kanser,penuaan dan sebagainya.

#2. Baik untuk Kesihatan Jantung

Jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan sakit jantung serta penyakit yang lain. Ia boleh mencegah tompokan plak yang boleh menyebabkan pengerasan arteri. Bagi pesakit koroneri pula, meminum pati delima setiap hari selama 3 bulan menunjukkan aliran darah ke jantung sebanyak 1%.  Aliran darah menurun sebanyak 18%.

#3. Menurunkan Kadar Kolestrol dalam Darah

Antioksidan di dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolestrol jahat) pada tikus. Hal ini dapat menurunkan kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik. Ia adalah satu penelitian dibuat oleh American Journal of Clinical Nutrition.

#4. Dapat Mencegah dan Mengubati Kanser

Buah delima mempunyai khasiat mencegah dan mengubati kanser. Pati delima dipercayai dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan mengekalkan sel-sel yang sihat. Buah delima juga boleh mencegah pertumbuhan sel kanser payudara. Ekstrak biji delima yang kaya dengan polifenol pula dapat memulihkan sel-sel leukimia menjadi normal.

#5. Membantutkan Sel Kanser Payudara dan Prostat

Dalam satu kajian terhadap 50 orang lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 250g jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan kemoterapi atau terapi hormon.

#6. Buah Delima Sumber Nutrisi

Sebiji buah delima mengandungi sekitar 40% vitamin c yang diperlukan oleh orang dewasa setiap hari. Ia juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin, vitamin E dan A.

#7. Melindungi Otak Bayi Semasa Kelahiran

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pediatric Research, dengan meminum pati delima semasa hamil, ia dapat melindungi otak bayi ketika dilahirkan.

Bagi ibu hamil, buah delima sangat baik diamalkan kerana ia mengandungi asid folik yang tinggi dapat mencegah kecacatan pada tiub saraf dan menyebabkan kecacatan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit sumbing pada bayi. Ia juga boleh mengelakkan kejang kaki pada wanita hamil.

Makanan Tambahan yang Saya Amalkan Semasa Mengandung

Ini adalah makanan tambahan yang saya ambil semasa mengandung.

Kenapa saya ambil?

Jawaapannya, untuk memastikan bayi di dalam kandungan betul-betul dapat nutrisi yang cukup kerana dari pemakan harian kita, pasti ada lompong-lompong nutrisi yang tak cukup kerana faktor individu dan juga persekitaran.

Kalsium: OSTEMATRIX

Ibu mengandung memerluakn sebanyak 1000mg sumber kalsium sehari iaitu bersamaan dengan 4 biji pil kalsium sehari. Tubuh kita mampu menyerap sebanyak 500mg sahaja pada satu-satu masa. Tetapi, perlu diingat, pengambilan kalsium berlebihan akan meningkatkan risiko sembelit, batu karang dan menghalang badan dari menyerap zat besi dan juga zink.

Kenapa Perlu Pilih Ostematrix?. Sampai Saya Beria-ia Promote?

1.4 biji ostematrix bersamaan dengan 1000mg kalsium yang diperlukan oleh tubuh. Ia dalam bentuk tablet, sangat mudah untuk ditelan.

2. Ostematrix mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat, kalsium sitrat malet serta magnesium dan vitamin D yang tidak menyebabkan sembelit dan lebih selamat dari risiko terkena batu karang.

3. Kombinasi antara kalsium dan Magnesium serta vitamin D dapat menrangsang penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.

4. Sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami alahan pada produk tenusu atau CMA(Cow Milk Alergy). Dengan ostematrix, anda hanya perlu ambik 4 biji ostematrix sahaja setiap hari bersamaan dengan segelas susu. Mudahkan?

Apa yang penting ialah kita tahu berapa sukatan atau ukuran bagi setiap apa yang kita makan. Maka, tubuh badan kita akan mampu menerima dan menyerap vitamin dengan lebih baik. Sebab itu, ilmu juga penting untuk makan apa pun.

Atau anda juga boleh mencuba Set Hamil. Di dalam set ini terdiri daripada;

Trimester 1;

  • Vitalea (Multivitamin)
  • B Kompleks
  • Vitamin C
  • Ostematrix

Trimester 2 & 3

  • Vitalea
  • Omega (Fish Oil)
  • B Kompleks
  • Vitamin c
  • Ostematrix

Sila hubungi saya untuk dapatkan suplemen dan konsultasi bukan sahaja sesuai dengan tubuh anda, tetapi juga dengan bajet anda. Hubungi saya dengan segera!

Suplemen NATURAL adalah pilihan saya

Tidak pada vitamin sintetik

Tidak kepada vitamin berperisa tambahan

Tidak kepada Vitamin mengandungi pewarna tiruan

Jadi tunggu apa lagi?. Oder sekarang!

Hanya dengan satu klik sahaja

SET HAMIL TRIMESTER PERTAMA

SET HAMIL TRIMESTER KEDUA DAN KETIGA

Jangan ragu-ragu untuk bertanya. Saya memang nak bantu anda.

Kawasan COD: Bangi-Bandar Seri Putra-UKM-UPM-Hospital Serdang-Uniten Bangi-KUIS-USIM-Bukit Mahkota-Nilai 3

Call/Sms/Whatsapp: 016-4225314

Facebook: Harisatun Nida bt Abd Rashid

Ig: shakleebangi_bynida

 

 

 

 

 

 

 

 

 

You may also like

3 Comments

Leave a Reply to Farhana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge