7 Punca Terjadinya Whitehead dan Blackhead

Jika jerawat, ia biasanya berwarna kemerah-merahan dan bernanah, lain pula dengan whitehead dan blackhead. Ia bintik putih dan hitam yang terdapat pada wajah biasanya pada dahi, hidung, pipi, dan juga dagu.

Whitehead dan blackhead terjadi apabila kulit mengeluarkan banyak minyak dan dan sel-sel kulit mati menyebabkan pori-pori terbuka dan tersumbat. Bila tersumbat, lama-kelamaan ia akan menjadi whitehead dan blackhead. Jom ketahui 7 punca terjadinya whitehead dan blackhead pada wajah.

 

Punca-punca Whitehead dan Blackhead

Antara punca-punca whitehead dan blackhead terjadi ialah;

1.Keturunan atau Genetik

Antara punca terjadinya whitehead dan blackhead ialah genetic. Iaitu samada mak atau ayah kita mempunyai masalah yang sama dan kita juga turut berisiko untuk mewarisinya. Namun, jangan bimbang. Ia bukanlah penamat usaha anda. Masih ada cara untuk elakkan whitehead dan blackhead berlaku dengan mengamalkan beberapa petua atau amalan yang boleh mengawal penghasilan sembum secara berlebihan dan penjagaan wajah yang betul.

Petua Hilangkan Whitehead dan Blackhead

Sekurang-kurangya, ia tidaklah seteruk yang disangka dan mencantikkan kulit kita seterusnya menambahkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.

2. Perubahan Hormon

Perubahan hormone juga boleh mengganggu keadaan kulit kita. Ia boleh berlaku kepada lelaki mahupun wanita. Dari kanak-kanak menginjak remaja, dari mengandung menginjak ke bersalin. Perubahan hormone akan berlaku tak kira usia. Sukar hamil atau mengalami cyst adalah salah satu perubahan hormone yang teruk dialami oleh sesetengah individu.

Dalam kes ini, kelenjar minyak juga turut berubah. Ia akan menghasilkan minyak yang berlebihan sehingga menyumbat pori-pori kulit. Penyumbatan pori-pori akan  berlaku. Dan salah satu kesan dariapda perubahan hormone ini ialah masalah whitehead dan blackhead berlaku.

3. Pakai Produk Penjagaan Kulit atau Kosmetik yang Salah

Pemakaian pencuci muka, BB Cream, foundation, krim malam yang tidak sesuai dengan kulit kita akan menyebabkan terjadinya whitehead dan blackhead. Sebaikknya, cari produk penjagaan kulit yang tidak menyumbat pori. Tambahan pula jika produk yang kita guna berasaskan minyak atau jenis berminyak, sudah tentulah ia memberi kesan yang lebih teruk lagi kepada kulit kita. Liang pori akan tersumbat teruk dan menyebabkan whitehead dan blackhead serta jerawat terjadi. Jadi, pilihlah produk yang sesuai dengan jenis kulit kita.

Produk Penjagaan Sesuai dengan Semua Jenis Kulit

4. Pemakanan

Antara makanan yang menyebabkan whitehead dan  blackhead ialah makanan yang berasaskan produk tenusu, makanan manis dan makanan yang berminyak, terutamanya makanan bergoreng. Begitu juga makanan yang berlemak. Ia akan tersimpan di dalam badan. Untuk mengeluarkan lemak-lemak tersebut, kelenjar minyak akan bekerja dengan lebih keras. Cara untuk mengeluarkan lemak-lemak tersebut, ia akan menghasilakn lebihan minyak. Seperti biasa, apabial minyak berlebihan, pori-pori akan tersumbat.

5. Kehamilan

Peningkatan hormone estrogen secara lebih banyak dari wanita biasa juga boleh menyebabkan segolongan wanita hamil secara tiba-tiba naik jerawat dan whitehead. Sebab itulah kita lihat ramai wanita sebelum hamil tiada masalah kulit tiba-tiba mengalami pelbagai masalah kulit semasa hamil.

6. Kurang Bersihkan Kulit

Penting untuk memastikan kulit sentiasa bersih. Bukanlah perlu bersihkan kulit sepanjang masa. Memadai melakukan rutin pembersihan kulit sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan sebelah malam sebelum masuk tidur. Awas!. Jangan sesekali tidur dengan wajah yang kotor dan tidak dicuci untuk mengelakkan bakteria dan kotoran menyumbat pori wajah.

7. Amalan Merokok dan Minum Alkohol

Kedua-dua amalan ini sangatlah tidak sihat. Ia menyebabkan aliran darah tersekat dan tidak lancar. Cuba perhatikan mereka yang merokok dan minum alcohol. Nampak lebih tua dari usia dan kulit bermasalah samada jerawat, whitehead atau blackhead. Lama-kelamaan, kulit akan kehilangan nutrisi dan kulit tidak kuat serta mudah rosak.

Baca juga;

> Cara Hilangkan Whitehead dan Blackhead dengan Berkesan

> Nutrisi Penting untuk Hilangkan Whitehead dan Balckhead pada Wajah

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge