8 Tips Hilangkan Perut Buncit Dengan Cepat

Perut buncit selalunya sinonim dengan kaum lelaki. Walaupun kata mereka, perut buncit simbol kepada kekayaan, betul ke?. Tetapi awas!. Perut buncit mendatangkan banyak masalah seperti dengkur, sukar bernafas, cepat penat dan juga boleh menurunkan tahap kesuburan seseorang!

Jika anda salah seorang yang mengalami masalah ini, jom ikuti 8 Tips Hilangkan Perut Buncit dengan Cepat.

Apakah Punca Perut Buncit?

Perut buncit berpunca daripada banyak sebab, antaranya ialah:

1) Masalah Penghadaman

2) Ketidakupayaan memecahkan gula semulajadi iaitu laktose. Ia adalah dari sumber tenusu seperti coklat, keju dan susu.

3) Jangkitan parasit di dalam usus

4) Cacing yang berada dalam usus kecil

5) Kegagalan organ untuk menyerap nutrien dengan baik

6) Masalah usus kecil tersumbat.

Ini adalah sebahagian sahaja punca-punca perut buncit. Ada banyak lagi punca lain yang menyebabkna perut bincit terjadi.

Tips Hilangkan Perut Buncit Supaya Kempis Kembali

1) Lakukan Sit-Up Atau Senaman Tekan Tubi Untuk Mengempiskan Perut.

Pastikan anda lakukan kaedah ini dengan konsisten untuk daatkan hasil yang terbaik dan lebih cepat. Pastikan juga anda menggunakan pelapik belakang yang selesa untuk mengelakkan kecederaan tulang belakang.

Anda boleh menonton video ini untuk lebih jelas.

2) Kunyah Makanan Supaya Betul-betul Halus

Sebelum menelan makanan, anda perlu pastikan ia betul-betul halus. Ia adalah penting untuk proses peritalsis yang baik. Sebaiknya praktikkan mengunyah makanan dalam kiraan 40 kali sebelum menelan.

3) Rajinkan Bersenam

Seeloknya selepas makan kita tidak terus cari bantal untuk tidur. Sebaiknya buat senaman ringan seperti menggoyangkan badan, atau berjalan naik turun tangga dalam rumah. Lakukan senaman sekurang-kurangkan 3 kali seminggu untuk mengeluarkan toksin dalam badan dan juga melancarkan peredaran darah untuk organ berfungsi dengan baik.

4) Daftarkan Diri di GYM

Apa salahnya melabur sikit untuk kesihatan dengan mendaftar ke gym yang berdekatan, berbanding menikmati makanan segera saban bulan. Saya pasti, kini terdapat lambakan gym di kawasan rumah anda. Tinggal pilih sahaja.

5) Amalkan Teh Hijau

Teh hijau berfungsi mengeluarkan toksin dalam badan kita. Ia juga dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Diikuti dengan bersenam,, ia memang terbaik.

6) Amalkan Pengambilan Jus Limau

Sebelum makan pagi, sebaiknya anda amalkan pengambilan jus limau terlebih dahulu. Ia bagus untuk membuang sisa makanan di dalam perut anda. Ia secara tidak langsung mengempiskan perut anda.

7) Banyakkan Minum Air Suam

Pengambilan air yang banyak akan mencairkan sodium, iaitu garam dalam badan kita dan menyingkirkan air keluar dari badan. Minum air masak dengan banyak boleh melancarkan fungsi organ hempedu dan melancarkan proses pembuangan air dalam badan. Elakkan mengambil minuman sejuk ketika makan. Ia boleh mengganggu sistem penghadaman dan ia memberikan masalah perut buncit secara tidak langsung.

8) Kurangkan Pengambilan Makanan Bergaram

Tahukah anda, badan yang mengandungi banyak garam boleh menyebabkan perut menjadi buncit? Kenapa? Garam menghalang air keluar dari dalam badan. Dan airyang banyak di dalam perut akan menyebabkan penghasilan gas-gas yang berpotensi membesarkan diameter perut anda. Jadi, kurangkan pengambilan garam di dalam makanan anda.

Amalkan Set Detoks Shaklee

Antara faedah detoks kepada badan kita ialah:

  • Menurunkan berat badan
  • Mengawal selera makan
  • mencantikkan kulit
  • menjadikan pemikirn lebih fokus
  • Pernafasan makin segar
  • Cantikkan rambut
  • Menjadikan tubuh lebih sihat
  • Melambatkan penuaan
  • Memperbaiki kesihatan secara menyeluruh
  • Menghilangkan alergi/resdung/ekzema

Testimoni Set Detoks Shaklee

Banyak sangat manfaat dari Program Detox Shaklee ni. Apa kata anda hilangkan perut boroi anda tu dengan detox Shaklee. Cantik pun dapat. Jom rasai sendiri dan jadi lelaki idaman malaya!. Jadi, tunggu apa lagi? Jom hubungi saya sekarang!

Nida (KN)

ID No: 987151

Whatssapp/SMS: 016-4225314

Instagram: shakleebangi_bynida

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge