9 Cara Berkesan Lembutkan Tumit Kaki yang Merekah

Tumit kaki merekah. Bukan sahaja menjejaskan penampilan kaki anda, tetapi membuatkan kaki kering, kasar serta menggelupas. Kadang-kadang rasa sakit biarpun memijak cadar. Nak berjalan pun tak selesa.

Walaupun ia tidak membahayakan kesihatan, tetapi sebenarnya ia menandakan kulit anda terlampau kering. Kekurangan air di dalam badan akan menyebabkan kaki anda terlampau kering.

Betul tak?. Jom saya kongsikan cara berkesan lembutkan tumit kaki yang merekah yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.

Punca Tumit Kaki Merekah

Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Untuk mencegah, kita perlu tahu apakah punca sebenarnya membuatkan tumit kaki merekah dan kasar. Antaranya ialah;

  • Diet yang kurang sihat
  • Berdiri terlalu lama di atas lantai yang keras.
  • Memakai kasut yang salah
  • Disebabkan oleh penyakit seperti diabetis, eczema dan tyroid.
  • Kekurangan air. Ia boleh menyebabkan kaki kering, bersisik dan menyebabkan rekahan berlaku.
  • Berat Badan yang Berlebihan. Berat badan yang berlebihan juga boleh membuatkan tumit menjadi pecah kerana kaki mendapat tekanan dari berat badan.
  • Penuaan. Kulit hilang elastic dan menyebabkan rekahan berlaku.
  • Kekurangan vitamin seperti vitamin E, Magnesium, Vitamin C dan Zat Besi.

Cara Lembutkan Tumit Kaki Merekah

1. Menggunakan Belimbing Buluh

Caranya, ambil beberapa biji belimbing buluh dan lenyek kasar. Kemudian sapukan pada tumit. Amalkan selalu untuk kesan yang terbaik. Tumit merekah bukan sahaja hilang, malah ia juga akan menjadi lembut.

2. Rendam Kaki dalam Air Suam

Rendamkan kaki dalam air suam selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, gosokkan tumit kaki dengan batu asah pisau. Dan anda juga boleh sapukan getah betik muda pada tumit kaki merekah untuk menghilangkannya.

3. Limau Nipis dan Bawang Putih

Ambil perahan limau nipis dan campurkan dengan beberapa ulas bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki untuk hilangkan tumit merekah.

4. Geselkan Kaki Pada Rumput

Lakukan setiap hari.

5. Bawang Merah

Gosokkan bawang merah pada tumit kaki setiap hari. Lakukan selalu untuk kesan yang maksima.

6. Asam Keping

Sediakan beberapa keeping asam keeping. Campurkan dalam sebesen air suam dan rendam kaki selama 30 minit. Lakukan setiap malam.

7. Gunakan Krim

Anda juga boleh gunakan krim untuk lembutkan kulit bahagian tapak kaki yang merekah. Kesan lembapan krim dapat mengelakkan kulit menjadi kering.

8. Kasut yang Sesuai

Pilih kasut yang menyerap tekanan dan lembut pada kaki.

9. Minum Air Secukupnya

Air sangat penting untuk kulit agar sentiasa lembap dan tak kering. Kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan banyak masalah lain seperti letih dan sebagainya.

Jadi, pastikan sentiasa menjaga kebersihan kaki untuk lebih cantik, berkeyakinan dan lebih sihat.

Baca juga;

Nutrisi Atasi Masalah Tumit Merekah

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge