8 Tips Mengatasi Anak Picky Eater (Cerewet Makan)

Anak yang picky eater atau cerewet memilih makanan sebenarnya amat memeningkan kita sebagai ibu bapa. Hanya makan makanan tertentu sahaja. Sayur atau buah-buahan memang langsung tidak dipandang. Rupanya ia memberi tekanan kepada ibu bapa, dan saya juga alaminya sendiri apabila anak kedua sangat memilih makanan. Para ibu bapa jangan risau lagi, jom ikuti 8 tips mengatasi anak picky eater atau cerewet makan. Moga ia sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.

Punca Anak Tiada Selera Makan

Memasuki umur setahun ke atas, anak-anak sudah bijak untuk memilih makanan mereka sendiri dan pandai menolak makanan tertentu, terutamnya sayur dan buah-buahan.

Maka akan berlakulah kekurangan nutrisi dan kurang selera makan. Akhirnya nasi, sayur dan buah-buahan ditolak mentah-mentah. Mereka cenderung untuk minum susu sahaja atau makan makanan yang manis dan tidak berkhasiat. Ia akan membuatkan masalah kesihatan seperti tubuh kurus kering, sembelit, selalu kurang sihat dan sebagainya.

Tips Atasi Anak Picky Eater

1)Menghormati Selera Anak

Elakkan memaksa anak makan semasa mereka tidak lapar. Elakkan juga merasuah anak-anak dengan mengumpan “jajan” dan makanan segera lain sekiranya mereka mahu makan. Kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan. Sebaiknya, beri anak makan dalam kuantiti yang sedikit setiap kali makan untuk elakkan mereka rasa terpaksa makan.

2)Tetapkan Waktu Makan Anak

Sebaiknya tetapkan waktu makan anak setiap hari. Biasakan anak makan buah-buahan dan jus setiap hari. Tawarkan juga air dan snack diantara waktu makan. Elakkan memberikan susu sahaja sepanjang hari kerana ia menyebabkan anak tidak mahu makan.

3)Perkenalkan Makanan Baru Berulang Kali

Hati-hati dengan makanan baru. Mungkin kali pertama anak akan menolak. Tetapi jangan berputus asa. Lakukan dengan kerap, dan hilangkan bersama makanan kegemaran mereka.

4)Jadikan Waktu Makan Yang Sangat Menyeronokkan

Sesekali anda cipta kelainan pada makanan anak anda. Bentukkan makanan dengan karekter kegemaran mereka. Seperti jadikan mi sebagai rambut, telur sebagai selimut. Tentu mereka teruja untuk menjamah makanan.

5)Ajak Anak Beli Makanan

Anda boleh mengajak anak-anak memilih makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan ketika membeli belah. Beli apa yang mereka mahu makan. Dan jangan lupa, apabila di rumah, hidangkan makanan kegemaran mereka yang mereka beli tadi.

6)Tutup TV/Tablet Semasa Makan

Tumpukan sepenuh perhatian kepada makanan semasa makan.Tutup semua gajet atau tv yang boleh mengganggu tumpuan anak anda ketika makan.

7)Berhenti Taburkan Janji Manis

Jangan amalkan budaya menabur janji manis dengan anak-anak. Contohnya, makan nasi ni, nanti mama akan belikan gula-gula. Ia mungkin akan meningkatkan selera anak anda untuk makan makanan yang manis-manis.

8)Jangan Biarkan Anak Memilih Makanan

Semasa makan, galakkan anak berada sama di meja makan dan makan makanan yang disediakan walaupun dia tidak makan. Makan secara beramai-ramai akan meningkatkan lagi selera anak dan tentu mereka berasa lebih seronok.

Masalah Yang Bakal diHadapi Akibat Kekurangan Nutrisi

  • Boleh melemahkan sistem imun mereka
  • Menambahkan risiko lemah daya kognitif
  • Terdedah kepada jangkitan kuman

Mealshake Penggalak Selera Anak

Menurut pakar pemakanan, kekurangan beberapa jenis vitamin dan mineral boleh mengurangkan selera anak dan memilih untuk makan. Antara vitamin yang kurang ialah:

  • Vitamin B12
  • Vitamin A
  • Vitain B1
  • Vitamin B6
  • Vitamin B9
  • Vitamin C
  • Zink
  • Vitamin D

Gabungan kesemua vitamin di atas membantu dalam proses metabolisme menukarkan makanan kepada tenaga. Kekurangan vitamin B ini menyebabkan kurang selera makan anak. Kesemua vitamin ini tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu diambil dari sumber luar.

Dari mana untuk dapatkan vitamin dan minerla penting ini?. Jangan risau kerana Mealshake ada! Ia berfungsi sebagai penggalak selera anak mahupun orang dewasa yang tiada selera makan.

Ia adalah makanan tambahan yang mengandungi 19 vitamin dan mineral utama, protein, kaslium dan serat. Anak yang picky eater berisiko kekurangan zat, jadi mealshake inilah yang akan melengkapkan zat-zat tersebut.

Harus diingat, walaupun anda telah berikan mealshake ini, bukan bermakna anda tidak perlu berikan makanan yang berkhasiat lain. Mealshake hanya membantu menambahkan selera anak-anak, zat-zat dari makanan yang lain sangat diperlukan untuk mereka membesar.

Selain Mealshake, Omega Guard atau minyak ikan juga sangat bagus untuk anak anda. Iakaya dengan DHA dan EPA yang membantu dalam proses pembelajaran, membantu lebih  fokus, otak cepat tangkap pembelajaran dan menguatkan daya ingatan.

Testimoni Anak Bertambah Selera Makanan Selepas Ambik Mealshake

Sebagai ibu bapa , tentunya kita mahukan yang terbaik kepada anak-anak kita. Merekalah aset paling berharga yang kita ada, dan jangan sia-siakan. Kalau bukan kita ibu bapa, siapa lagi yang perlu cakna keperluan anak-anak kan?

Jom hubungi saya sekarang untuk dapatkan vitamin penggalak selera anak anda yang anda sayangi.

Nida (KN)

ID No: 987151

SMS/Whatsapp: 016-4225314

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge