Apakah Dimentia, Tips Elak dan Cara Merawat

“Ibu menjadi seorang yang pemarah dan suka mengasingkan diri di dalam bilik. Sebelum ini dia suka bersosial. Selain itu, dia juga selalu lupa tentang sesuatu perkara apabila disoal.”

Kelainan pada sikap dan tingkahlaku seorang wanita yang beruur 72 tahun yang dikhuatiri mengalami masalah dimentia. Ia adalah perkara biasa yang melanda tak kira wanita atau lelaki apabila menginjak usia 60 tahun dan keatas. Apa itu Dimentia? Ketahui apakah dimentia, tips elak dan cara merawat yang terbaik untuk masalah ini agar tidka bertambah teruk.

Apakah Dimentia?

Dimentia merupakan satu penyakit yang mengganggu fungsi otak, dan berlaku secara berterusan. Ia menurunkan fungsi mental seseorang sehingga boleh mnegganggu aktiviti seharian. Antara kesan dimentia yang mengganggu fungsi otak ialah;

  • Kehilangan memori
  • Bahasa
  • Pemikiran
  • Orientasi
  • Penaakulan
  • Tabiat sosial

Apakah Punca Dimentia Terjadi?

Dimentia terbahagi kepada beberapa jenis, dan penyebab atau puncanya adalah berbeza-beza. Antara jenis-jenis dimentia ialah Alzheimer, Dimentia Vaskular, atau Dimentia dengan Lewy Body. Kesemua jenis ini menunjukkan tanda yang sama, namun terdapat juga tanda yang lebih spesifik.

i) Penyakit Alzheimer

Alzheimer berlaku apabila berlaku pengecutan pada otak (atrophy) dan mengecil. Selain itu, jumlah saraf dalam otak juga berkurangan dan kehilangan beberapa kimia yang berfungsi menjalankan kerja-kerja otak. Sejenis plak juga terbentuk pada sekitar otak. Punca berlaku plak ini belum diketahui. Jika banyak tisu otak yang terlibat, keadaan seseorang mungkin bertambah teruk.

ii) Penyakit Dimentia Vaskular

Ia berlaku dalam 1 diantara 5 kes Dimentia. Ia disebabkan oleh penyumbatan darah beku pada saluran otak yang boleh menyebabkan stroke. Tisu otak yang tidak menerima darah dengan baik akan menjejaskan fungsi otak dan terjadi dimentia dalam jangka masa yang panjang.

iii) Penyakit Dimentia dengan Lewy Body

Terdapat gumpalan kecil protein yang terbentuk pada saraf otak. Punca masalah ini tidak diketahui.

Adakah Selalu Lupa Tanda Dimentia?

Tidak semua yang mengalami masalah memori adalah Dimentia. Ia boleh berlaku disebabkan aktiviti harian yang terlalu sibuk, stress serta kurang fokus. Selain itu, penyakit mental dan fizikal juga boleh menyebabkan gangguan kehilangan memori dan kerap lupa.

Golongan yang Lebih Berisiko Mnegidap Dimentia

Terdapat 47.5 juta orang menghidap dimentia diseluruh dunia dan meningkat sebanyak 7.7 juta orang setiap tahun, mengikut kajian yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO) iaitu badan kesihatan seluruh dunia. Jadi, jangan risau, anda bukan berseorangan berhadapan dengan masalah sebegini.

Antara golongan yang berisiko mengidap dimentia ialah;

#1. Umur; mereka yang berusia lanjut lebih berisiko untuk mengalami masalah ini. Walaubagaimanapun, terdapat separuh dari manusia yang berusia 95 tahun tidak mengalami masalah ini.

#2. Jantina; Wanita lebih berisiko daripada kaum lelaki

#3. Penyakit kronik; mengalami masalah penyakit kronik yang tidak terkawal seperti jantung, darah tinggi, kencing manis lebih terdedah kepada masalah ini.

#4. Masalah Akal; Mengalami masalah terencat atau masalah pembelajaran lebih berisiko mengalami dimentia

#5. Kekurangan Aktiviti Fizikal

#6. Minum Alkohol

#7. Keturunan

Tanda-tanda Dimentia

Terdapat tanda-tanda bagi mereka yang mengalami dimentia, antaranya ialah;

1.Kehilangan fungsi mental. Kehilangan fungsi mental ialah tanda yang paling utama penghidap dimentia. Memori yang pertama lupa ialah perkara yang baru terjadi. Pada masa yang sama, mereka boleh bercerita tentang zaman kanak-kanak dengan baik sekali.

Mengalami masalah sukar untuk memahami bahasa yang disampaikan. Kekeliruan akan timbul jika berada di tempat yang baru. Sukar mempelajari skil-skil yang baru. Mereka juga mengalami masalah dalam berfikir dan membuat keputusan.

2.Perubahan tabiaat atau tingkahlaku. Pesakit akan mengalami masalah cepat marah dan kemurungan pada tahap awal penyakit. Apabila ia berlarutan, keadaan semakin  mencabar apabila mereka bertukar karekter yang sebenar dan boleh menyerang orang-orang yang berada disekelilingnya serta lebih agresif. Halusinasi dan delusi juga boleh dialami oleh mereka.

3. Masalah dalam aktiviti harian. Sesetengah pesakit juga akan mengabaikan kebersihan diri mereka. Mereka lupa adakah telah mandi atau belum, lupa untuk membasuh pakaian dan sebagainya.

Kesan Jangkamasa Panjang Dimentia

Apabila keadaan semakiin teruk, mereka akan megalami pergerakan yang terbatas, sukar menahan kencing, kehilangan percakapan dan akan bergantung sepenuhnya kepada penjaga mereka.

Diagnosis Dimentia

Penyakit ini sukar disahkan dalam sesetengah penyakit. Hal ini kerana penyakit yang berlaku pada tahap awal adalah sukar untuk disahkan.

Rawatan Dimentia

Rawatan yang akan diberikan ialah memberi fokus kepada mengawal serta menghalang simton dari berlaku dengan lebih teruk lagi. Seseorang yang mengalami masalah ini akan dirujuk kepada beberapa orang pakar iaitu psikitri dan neurologi. Doktor akan mencadangkan rawatan yang terbaik untuk masalah ini mengikut tahap keseriusan dimentia.

Dimentia Boleh Dicegah

Sama seperti penyakit kronik lain, dimentia juga boleh dielakkan dengan menjaga pemakana, pengambilan nutrisi yang berkaitan, mempelajari benda baru, meningkatkan fungsi otak dan sebagainya.

Pengambilan Nutrisi Otak yang Boleh Mencegah Dimentia

Selain rawatan dan langkah pencegahan, nutrisi juga penting untuk otak. Antara makanan yang membantu mengurangkan risiko Dimentia iaitu;

Suka saya kongsikan makanan yang mengelakkan kita menjadi pelupa dan mengurangkan risiko dimentia. Jom kita lihat antara makanan yang mengurangkan risiko ini;

☘️Avocado– Mengandungi asid oleic berfungsi melindungi saraf neuron dan melancarkan darah ke otak.

☘️Kekacang– Menstabilkan aras kandungan gula dalam badan sekaligus meningkatkan fungsi otak.

☘️Blueberry– Dikenali juga sebagai “brainberries” berfungsi sebagai antioksidan, iaitu makanan terapi kepda pesakit Dimentia.

☘️Bijirin– Kandungan lemak omega mampu meningkatkan lagi kemampuan otak ke tahap maksima. Ia juga tinggi serat dan fiber yang membekalkan vitamin dan mineral kepada badan.

☘️Coklat– Mengandungi antikoksidan yang tinggi mampu memperbaiki fokus, meningkatkan konsentrasi serta merangsang endorfin yang membantu otak yang sihat.

Selain itu, penyakit dimentia juga boleh dihindari dengan penjagaan kesihatan termasuk penjagaan pemakanan. Antaranya ialah;

☘️Vitamin E Compleks; Vitamin E membantu pengangkutan oksigen kepada sel-sel otak serta melambatkan penyusutan dan risiko dimentia.

☘️B Kompleks; Vitamin B12 mengelakkan risiko “hilang ingatan” dan meningkatkan fungsi otak. Kekurangan vitamin B juga boleh menyebabkan otak mengecut.

☘️Lecithin; Meningkatkan fungsi otak

☘️Omega Guard; Kandungan EPA dan DHA yang tinggi meningkatkan fungsi otak.

Jika terdapat ahli keluarga yang mengalami simpton-simpton diatas, segeralah berjumpa dengan doktor. Kerana rawatan awal dapat menyelamatkan dari dimentia. Dapatkan vitamin diatas untuk segera atasi masalah anda dan lalui hari-hari dengan penuh bahagian. Hubungi saya sekarang juga di talian 016-4225314.

Atau klik untuk oder sekarang!

Kawasan COD; UKM, Bandar Seri Putra, Bangi Lama, Taman Impian Putra, Bandar Seri Putra, KUIS, Bukit Mahkota, Nilai 3 dan kawasan berdekatan.

Call / Sms/ Whatsapp; 016-4225314

Fanpage; Harisatun Nida Abd Rashid MJE

Facebook; Harisatun nida bt Abd Rashid

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge