Batuk Kering dan Cara Penyembuhannya dengan Berkesan

Batuk kering memang membuatkan aktiviti harian terganggu. Batuk kering ialah batuk yang tidak menghasilkan lendir atau kahak. Ada beberapa punca yang menyebabkan terjadinya batuk kering antaranya disebabkan oleh elergi, asma, terkena asap dan sebagainya. Ia boleh dialami oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Dengan itu, penting untuk kita ketahui apakah batuk kering dan cara penyembuhannya dengan berkesan.

Punca Batuk Kering Terjadi

Ia disebabkan oleh bakteria yang bernama ” Mycobacterium tuberculosis”. Organ yang utama menjadi sasaran ialah pada paru-paru. Namun, organ lain juga berisiko dijangkiti seperti otak, tulang belakang, sendi dan lain-lain. Ia boleh menjangkiti orang dewasa dan kanak-kanak.

Kuman “Mycobacterium tuberculosis” disebarkan melalui udara. apabila orang yang dijangkiti kuman ini batuk, bersin atau meludah, ia akan menjangkiti orang yang terdedah atau disekitarnya. Hal ini adalah kerana, batuk kering merebak melalui titisan air di udara. Apabila ia masuk ke dalam badan, tempat utama ia akan menuju kepada paru-paru dan akan merebak keseluruh badan.

Gejala Batuk Kering

Antara gejala batuk kering ialah:

  • Demam
  • Menggigil kesejukan
  • Berpeluh malam
  • Kekurangan berat badan
  • Kurang selera makan

Ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu berlaku di dalam paru-paru atau dikenali sebagai pulmonari atau diluar paru-paru yang melibatkan organ-organ lain yang dikenali sebagai diluar pulmonari.

Apabila melibatkan pulmonari, ia akan menyebabkan sakit dada, atau batuk kering yang berlarutan selama 2 minggu. Apabila melibatkan organ lain, gejala yang boleh dikenalpasti terbahagi mengikut sistem dalam badan kita.

Sistem yang melibatkan organ lain ialah, limfa, abdomen, sendi, tulang belakang dan lain-lain.

Rawatan Batuk Kering

Rawatan batuk kering memerlukan komitmen yang tinggi dari pesakit sendiri. hal ini kerana untuk membendung masalah ini

Ubat yang disarankan oleh doktor haruslah dimakan dengan teratur. Selain itu, individu yang dijangkiti juga perlu berhati-hati supaya tidak menjangkiti orang lain pula.

1)Pertama, Isolasi: Jika masuk ke wad, pesakit haruslah diasingkan dengan pesakit yang lain. Staf juga perlu pakai sarung tangan dan topeng untuk merawat pesakit.

2)Kedua, Ubat. Selepas doktor memberikan ubat kepada pesakit, pesakit akan dipantau oleh doktor.

3)Ketiga, Pengambilan ubat harus berterusan selama 2 hingga 6 bulan. Selama tempoh ini, pesakit akan dinasihatkan berkenaan kesan negatif terhadap ubat yang diberikan. Salah satu efek ialah air kencing akan bertukar warna oren atau kemerah-merahan.

Golongan yang Berisiko Dijangkiti

  • Pesakit diabetis, HIV/AIDS. Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja, namun mereka yang lebih berisiko ialah mereka yang mempunyai imun badan yang lemah, pesakit diabetis, HIV/AIDS.
  • Bayi dan Orang Tua. penyebab utama ialah sistem imun menjadi lemah kerana tidak berupaya untuk menghalang virus menyerang.
  • Tahap Nutrisi Rendah. Tahap nutrisi rendah dalam badan juga berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Cara Mengesan Bakteria Dalam Badan

  • X-Tray. Terdapat berbagai cara untuk mengesan bakteria ini dalam badan. Paling biasa ialah melakukan x-tray. Paru-paru akan di x-tray untuk melihat samada ada pertumbuhan bakteria atau tidak di dalam paru-paru.
  • Sampel Kahak. Sampe kahak juga boleh diambil dan dihantar ke makmal untuk dikaji.

Langkah Pencegahan

  • Memakai Topeng Muka N95. Ia adalah topeng paling efektif untuk mencegah jangkitan ini.
  • Amalkan 7 langkah Mencuci Tangan dengan Betul.

Jenis-jenis Penyakit Batuk Kering

Terdapat 2 jenis penyakit batuk kering, aktif dan tidak aktif.

  • Tidak Aktif: Apabila seseorang dijangkiti batuk kering, bakteria akan berada di dalam badan mereka. Tetapi tidak akan menunjukkan sebarang simpton. Namun ia boleh menjadi aktif bila-bila masa sahaja.
  • Aktif: Pesakit menunjukkan simpton jangkitan ini. Ia boleh menjangkiti orang lain. Oleh itu, langkah membendung harus diambil untuk elakkan orang lain dijangkiti.

Petua Tradisional Hilangkan Batuk Kering

Antara petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan batuk kering ialah:

1.Air Garam. Berkumur dengan air garam boleh menghilangkan gatal-gatal pada kerongkong. Campurkan 1/4 atau 1/2 sudu teh garam dengan air suam. Anda boleh lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga batuk-batuk hilang.

2. Madu. Madu boleh menghilangkan batuk kering. Madu mengandungi sejenis zat yang boleh melegakan batuk. Caranya, anda boleh campurkan 2 sudu teh madu dengan air suam atau lemon. Dan amalkan selalu sehingga benar-benar pulih.

3. Minum Air Putih . Minum banyak air putih untuk meredakan gatal-gatal keronkong anda. Mulai dengan 2 gelas dan ulangi sehingga air cukup.

4. Bawang Putih. Allicin dalam bawang putih dapat melawan bakteria dan kuman yang menyebabkan batuk kering. Selain itu, bawang putih juga kaya dengan antioksidan, antikulat yang baik untuk kesihatan.

5. Teh Hijau. Minum teh hijau semasa batuk kering boleh meningkatkan sistem imun tubuh dan menghilangkan kegatalan pada kerongkong. Ia juga berperanan menghalang virus dari memasuki saluran pernafasan.

Hilangkan Batuk Kering dengan Vitamin

Kadang-kadang, kita tidak mempunyai cukup masa untuk mengamalkan petua diatas, dan ada cara paling berkesan dan mudah untuk menghilangkan batuk kering ialah dengan pengambilan suplemen semulajadi iaitu shaklee.

Antara yang boleh diambil ialah:

1.Vivix.

Vivix sangat berkesan dan menakjubkan!. Ia adalah hasil penemuan saintis selepas menjalankan banyak kajian. Vivix mengandungi antioksidan yang tinggi, meningkatkan imun badan, menghalang virus dari terus menyerang sel sihat badan anda. Kemampuan vivix membaikpulih dari peringkat sel DNA menjadikan ia supelemnt no 1 dan paling terbaik.

2.Vitamin C.

Vitamin c juga mempunyai antioksidan yang boleh melawan radikal bebas, mematkan kuman dan menghalang  virus menyerang sel sihat. Ia juga bertindan meningkatkan imun badan.

3. Garlic Kompleks

Ia berfungsi sebagai antibakteria, antikulat, antikuman yang boleh membunuh virus dalam badan. Selain itu, ia juga meningkatkan imun badan.

Testimoni

Kenapa mahu menanggung kesakitan lagi?. Joma ambik shaklee untuk hilangkan batuk kering yang anda alami. Semoga anda bertambah sihat dari biasa dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih cemerlang!

Bagaimana Untuk Dapatkan Shaklee?

Anda boleh hubungi saya di talian 016-4225314. Saya akan bantu anda cara pengambilan suplemen yang betul.

Nida (KN)

ID No: 987151

Whatsapp: 016-4225314

Instagram: shakleebangi_bynida

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge