Bagaimana Cara Hilangkan Buasir dengan Berkesan?

” Doktor, saya alami buasir”.

Pengakuan itu cukup memalukan. Segan untuk berterus terang tentang masalah sebenar yang seseorang itu alami. Tambahan lagi jika ia melibatkan kawasan yang sensitif. Mahu atau tidak, terpaksa juga berterus terang bagi menyembuhkan buasir yang dialami seseorang. Jom kita ketahui bagaimana untuk hilangkan buasir dengan berkesan.

Apakah Itu Buasir?

Buasir ialah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rectum dan dubur. Ia menjadi masalah apabila meradang atau membengkak. Buasir boleh dibahagikan kepada dua keadaan, iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.

Kedua-dua masalah ini mempunyai simpton dan masalah yang berbeza.

a) Buasir Dalaman

Ia terjadi apabial saluran vena membengkak pada bahagian dalam rectum. Kebiasaannya, pesakit akan mengadu darah keluar semasa membuang air besar, namun tidak berasa sakit. Terdapat juga pesakit yang merasa suatu benjolan yang keluar semasa membuang najis. Ia berlaku sementara sahaja, ia akan hilang sendiri atau pesakit perlu menolak balik ia kedalam dubur.

b) Buasir Luaran

Ia terjadi apabila saluran vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Biasanya, pesakit akan mengadu berasa sakit, pedih, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Namun, rasa sakit antara seseorang pesakit dengan pesakit yang lain ialah berbeza. Sakit yang kuat mungkin berlaku disebabkan oleh salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

Punca Buasir

Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan biasa berlaku. Namun, ia biasanya berlaku kepada orang dewasa yang berumur 30 tahun dan keatas serta wanita hamil. Antara punca-punca lain ialah:

  • Wanita hamil disebabkan oleh perubahan hormone atau pembesaran janin yang menekan bahagian dubur.
  • Sembelit yang berpanjangan
  • Kurang bersenam atau beraktiviti fizikal
  • Obesiti
  • Makanan makanan yang tidak seimbang
  • Kurang mengambil makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan

Cara Hilangkan Buasir dan Mengurangkan Kesakitan

1.Minum Air Secukupnya

Cairan dalam badan boleh mengelakkan masalah sembelit.

2. Elakkan Berdiri atau Duduk dengan Terlalu Lama

Ini kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada perut dan salur darah. Lakukan senaman dengan kerap supaya semua otot dapat meregang secara sihat.

3. Elakkan Menahan Jika Ingin Membuang Air Besar

Jika berasa mahu membuang air besar, jangan lengah-lengahkan. Ini boleh menyebabkan nakis kering dan sukar untuk dikeluarkan.

4. Amalkan Pemakanan yang Sihat

Amalkan makan makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia dapat melembutkan najis dan boleh mengelakkan sembelit berlaku.

5. Mandi dengan Air Suam untuk Melegakan dan Mengurangkan Kegatalan

6. Jika terdapat bengkak pada dubur, gunakan ais untuk surutkan bengkak atau berendam dalam besen berisi air suam dan sedikit garam

7. Bawang Putih. Untuk menggunakan bawang putih, anda perlu menumbuk atau hancurkan beberapa uals bawang putih dan campurkan sedikit air untuk dijadikan pes. Kemudian sapu pada tempat bengkak buasir. Lakukan setiap hari sehingga ia benar-benar kecut dan hilang.

8. Manjakani. Ia dikatakan antara herba yang mujarab untuk merawat buasir. Caranya seperti menggunakan bawang putih juga. Campurkan serbuk manjakani dengan sedikit air dan jadikan pes. Kemudian sapukan pada tempat bengkak buasir. Lakukan setiap hari sehingga buasir betul-betul hilang.

Jadi, jika anda mengalami buasir jangan biarkan ia berlarutan sehingga perlu dibedah. Rawatan awal dapat mengelakkan ia daripada dibedah yang pastinya amat berisiko dan menelan kos yang besar. Semoga maklumat ini dapat membantu anda semua hilangkan buasir anda.

Saya ada cara berkesan untuk hilangkan buasir yang anda hadapai. Nak tahu?. klik je NUTRISI PENTING UNTUK HILANGKAN BUASIR DENGAN BERKESAN DAN SELAMAT. Atau anda boleh hubungi saya terus di talian 016-4225314 kalau nak cepat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge