Cara Atasi Ekzema pada Bayi

Ekzema, bukan sahaja menyerang bayi, malah orang dewasa juga. Ekzema adalah suatu keadaan kulit meradang yang kering dan gatal, merah dan merekah. Kadangkala terdapat lelehen cecair dan berdarah. Kawasan yang biasanya dijangkiti eczema ialah muka, belakang lutut, tangan, siku dan leher.

Ekzema juga bermaksud penghalang kulit tidak berfungsi dengan baik. Ia menyebabkan kulit lebih mudah dijangkiti infeksi dan alergi dan boleh bertambah teruk. Jom ketahui cara atasi eczema pada bayi.

Tanda atau Gejala Ekzema

Biasanya ibu bapa tidak perasan terhadap perubahan yang berlaku pada anak.

Beberapa tanda atau gejala yang boleh diamati jika diserang eczema ialah;

  • Tompok-tompok gatal, kering kulit pada tangan, muka, leher dan kaki.
  • Kemerahan, kulit bersisik
  • Bengkak kecil dan berair
  • Gatal akan lebih teruk pada waktu malam

Ekzema terjadi apabila kulit gagal berfungsi dengan baik. Untuk lebih faham jom kita lihat kitaran penyakit ini terjadi;

Pertama– Berlaku kecacatan pada penghalang kulit

Kedua– Kulit hilang kelembapan

Ketiga– Berlaku gatal-gatal pada kulit

Keempat– Bayi akan mula menggaru

Kelima– Keadaan kulit makin merosot disebabkan menggaru

Keenam– Bayi perlukan rawatan pemulihan

Siapakah Yang Berisiko Mendapat Ekzema?

Antara mereka yang berisiko mendapat eczema ialah jika ada atau terdapat ahli keluarga yang eczema, asma, resdung, alergik anak anda berisiko untuk mendapat eczema.

Para ibu bapa amat tertekan jika tidak dapat menyelesaikan masalah anak eczema. Bagi mereka yang eczema, tentulah rasa tidka selesa apabila dalam keadaan berpeluh dan akan menggaru pada kulit.

Ia akan menyebabkan perkembangan bayi akan terganggu.

Menurut Sumber Utusan Malaysia, Perunding Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Leong Kin Fon, kanak-kanak yang menghidap eczema akan menderita jika ibu bapa gagal menguruskan penyakit kulit itu dengan baik.

terdapat faltor yang memburukkan lagi keadaan dimana ibu bapa yang sangat sibuk dengan pekerjaan atau tugasan harian tiada masa untuk menyelesaikan masalah ini dan berharap ia akan sembuh dengan sendirinya. Kesian pada bayi yang menderita penyakit ini.

Punca Ekzema

Walaupun penyebab eczema tidak dapat dipastikan dengan jelas, namun berdasarkan pemerhatian, eczema boleh jadi berpunca daripada;

1) Kulit Terlalu Sensitif

Kulit terlalu sensitive kepada persekitaran dan habuk

2) Alahan Terhadap Bahan Pencuci

Ekzema juga boleh terjadi disebabakn oleh tindak balas atau alahan kepada bahan pencuci yang merengasa kulit seperti sabun basuh baju, sabun mandi, kosmetik dan sebagainya.

Sabun Pencuci Organik, Selamat Serta Berkesan

3) Sistem Imun Badan yang Lemah

4) Genetik

5) Alahan Kepada Bahan Nikel/Barang Kemas

6) Alahan Terhadap Sesetengah Makanan

7) Air yang mengandungi klorin yang tinggi

Cara Atasi Ekzema

Cara atasi atau rawatan eczema adalah bergantung kepada tahap keseriusannya. Jika ia bertambah teruk cara rawatan adalah berbeza bagi mereka yang baru mengalami masalah ini. Antara cara yang boleh atasi eczema ialah;

1. Pantang Makananan

Terutamanya bagi ibu yang menyusukan bayi. Antara makanan yang boleh mencetuskan eczema bertambah teruk ialah gula putih, seafood, telur, makanan yang mengandungi yis, kekacang dan lain-lain.

2. Tukar Bahan Pencuci

Tukar bahan pencuci di rumah seperti sabun basuh baju kepada yang organic bebas kimia, tanpa pewangi dan selamat untuk kulit bayi.

3. Sapu Krim

Krim sangat penting untuk mengekalkan kulit sentiasa lembap dan tidak kering. Sebaiknya, pilihlah krim yang organic dan selamat. Elakkan menggunakan steroid kerana ia boleh menyebabkan kulit semakin menipis jika digunakan dalam jangkamasa yang panjang.

Krim Organik Tanpa Steroid

4. Berikan Suplemen untuk Tingkatkan Imun Badan

Suplement boleh diberikan kepada bayi/kanak-kanak berumur setahun dan keatas bagi meningkatkan daya tahan badan untuk melawan eczema dan keradangan. Pilih supplement semulajadi yang selamat untuk jangka masa yang panjang.

5. Kurangkan Mendedahkan Bayi kepada Cahaya Matahari Secara Langsung

6. Cuci habuk di rumah, cadar dan perkakas lain yang memerangkap habuk dengan berkala.

7. Pastikan memakaikan pakaian yang serap peluh dan nipis agar bayi selesa dan tidak berpeluh.

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge