Cara Hilangkan Bengkak Tonsil Anak dengan Berkesan

Bengkak tonsil atau tonsilitis amat mudah menyerang kanak-kanak . Namun sebenarnya, sesiapa sahaja boleh diserang oleh tonsil.

Apakah tonsil sebenarnya? Tonsil ialah bengkak atau keradangan pada bahagian tisu dalam tonsil akibat dari jangkitan virus atau bakteria merbahaya. Fungsi tonsil ialah menghalang bakteria atau patogen dari masuk ke dalam badan melalui mulut. Sebab itulah ia mudah dijangkiti kerana ia mudah terdedah kepada kuman dan bakteria yang bahaya.

Biasanya bengkak tonsil ini surut dengan sendir. Tetapi mengambil masa yang agak lama. Jika bengkak tonsil disebabkan oleh virus, pengambilan antibiotik perlu diambil untuk membantu mempercepatkan penyembuhan.

Ia akan berulang sekiranya sistem imun badan kita lemah. Selalunya, bagi mereka yang kerap diserang tonsil, doktor akan menasihatkan untuk membuang tonsil secara pembedahan.

Gejala Bengkak Tonsil

Terdapat gejala atau tanda bengkak tonsil yang boleh dikenalpasti, antaranya ialah;

  • Bengkak tonsil yang menyakitkan
  • Sakit ketika menelan makanan
  • Sakit tekak
  • Tompok putih atau kuning pada tonsil
  • Demam
  • Nafas berbau
  • Lepuh yang menyakitkan pada tekak
  • Hilang suara
  • Sakit kepala
  • Tonsil kemerah-merahan

Sangat penting untuk mendapatkan rawatan untuk mengelakkan tonsil lebih kronik. Ia akan menyebabkan kesukaran bernafas, gangguan pernafasan ketika tidur, jangkitan merebak ke sekeliling tisu tonsil dan jangkitan boleh menyebabkan nanah di belakang tonsil.

Cara Hilangkan Bengkak Tonsil Secara Semulajadi

Rawatan tonsil biasanya akan diberikan antibiotik, atau pilihan terakhir ialah melakukan pembedahan membuang tonsil jika ia berlaku dengan kerap.

Antara ikhtiar lain untuk mencegah tonsil dari berulang ialah dengan pendekatan semulajadi. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah;

#1. Kurangkan Gejala atau Tanda Tonsil dengan Rawatan Semulajadi

Terdapat beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan bengkak tonsil iaitu;

  • Berkumur dengan air garam suam. Ia hanya sesuai untuk anak yang berumur 8 tahun dan keatas. Caranya, kita boleh membuat air garam sendir dengan mencampurkan satu sudu teh garam dengan air suam 240ml.
  • Minum air suam untuk legakan rasa perit pada tekak. Ada juga yang gemar minum air sejuk atau ais krim vanila. Anda boleh amalkan ikut keselesaaan.
  • Ambil tekstur makanan yang lembut seperti sayuran, smoothie, bubur memandagkan kesukaran untuk menelan makanan.
  • Elakkan minum minuman yang panas, berasid dan manis
  • Dapatkan Rehat Yang Cukup
  • Proses penyembuhan akan terganggu sekiranya anda di dalam keadaan yang tertekan. Cuba dapatkan rehat yang cukup untuk kurangkan tekanan dan proses penyembuhan dapat berjalan dengan baik.

#2. Kuatkan Sistem Pertahanan Tubuh

Antara cara yang berkesan untuk mengelakkan keradangan berlaku pada mana-mana bahagian tubuh ialah dengan menguatkan sistem imun badan dengan mengambil nutrien yang penting.

Antara makanan yang boleh diamalkan ialah;

  • Sayur-sayuran hijau
  • Buah-buahan
  • Makanan yang kaya dengan omega 3
  • Makanan yang kaya dengan antioksidan
  • Herba dan rempah ( madu, kulit kayu manis, bawang, kunyit)

#3. Pengambilan Suplemen

Pengambilan suplement juga salah satu cara menguatkan sistem imun badan.

Dalam shaklee, terdapat beberapa suplement yang membantu menguatkan imun badan sekaligus mengelakkan tonsil menjadi bengkak dengan berulang-ulang, antaranya ialah;

 ✅ Nutrieferon- Menggalakkan pengeluaran interferon secara semulajadi. Seterusnya ia megelakkan tonsil dari terus membengkak.

Vitamin C- Membantu menguatkan fungsi imun badan. Membantu sel darah putih menghalang pembiakan bakteria dan merebak ke organ lain dalam badan.

Garlic Kompleks- Antibiotik semulajadi. Menghalang tubuh dari dijangkiti bakteria.

Omega Guard- Mempunyai kemmapuan sebagai antiradang. Mengecutkan tonsil membengkak dan melegakan kesakitan.

TONSIL, BATUK & SELSEMA ANAK-ANAK CEPAT HILANG DENGAN SET KANAK-KANAK

Assalamualaikum.

Saya mengenali produk Shaklee kerana SET BERPANTANG semasa berpantang anak sulong, Muhammad Yusuff dan anak kedua juga masih setia dengan Set Berpantang Shaklee.

Alhamdulillah, sangat bagus dan berkesan bagi saya.Apabila anak-anak membesar, diuji dengan kesihatan yang tidak mengizinkan. Bermulanya asthma anak sulong dan pelbagai rawatan telah dicuba. Tetapi asthma masih berulang.

Beliau juga kerap selsema dan batuk. Sehinggalah,saya memberikannya SET KANAK-KANAK SHAKLEE. Alhamdulillah, nampak perubahannya apabila masalah asthma dah hilang. Cuma kadangkala selsema bertandang dan cepat hilang apabila diberi Omega Guard dan Chewable Vitamin C. Kini anak sulong sudah berusia 3 tahun dan Yusuff sentiasa aktif.

Tapi, ada satu masalah yang dialami Yusuff iaitu tonsil dan kerap demam. Pernah jumpa doktor dan disahkan tonsil tahap 2. Kata doktor, tonsil mungkin akan ganggu aktiviti seharian beliau dan buatkan beliau lemah dan tidak aktif.Selepas itu,saya nekad berikan Yusuff 3 biji Chewable Vitamin C sehari dan juga berikan Nurtiferon 3 kali seminggu. Tidak lupa juga Omega Guard setiap hari & juga Mealshakes.

Alhamdulillah, sudah 2 bulan tidak demam dan aktif macam biasa. Anak kedua saya, Muhammad Hud berusia 8 bulan juga mudah selsema dan batuk. Semasa berusia 5 bulan, Hud kerap demam, selsema dan batuk. Apabila usia Hud 7 bulan,saya berikannya Omega Guard, Chewable Vitamin C & juga secubit Nutriferon, Alhamdulillah, sehingga sekarang (11.6.2016 nanti usia 9 bulan) beliau dah tak demam seperti dulu.Syukur alhamdulillah.

Dengan pengambilan makanan tambahan untuk anak-anak, kesihatan mereka dari hari ke hari semakin baik. Mereka cepat belajar dan cepat memahami. Sebagai ibu, kesihatan anak-anak sangat penting dan kini, saya dah tak risau lagi.

Jika anak anda mengalami masalah bengkak tonsil yang kerap, bantu mereka dengan pengambilan makanan yang sihat dan suplement. Usah bertangguh lagi, bengkak tonsil jika tidak dirawat akan menjadi lebih teruk lagi.

Untuk info lanjut, anda boleh hubungi saya di 016-4225314.

Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya, saya sedia membantu anda.

Nida KN

ID NO: 987151

Whatsapp/Call: 016-4225314

FB: Harisatun Nida bt Abd Rashid

Ig: shakleebangi_bynida

Kawasan COD: Bandar Baru Bangi-Bangi Lama-UKM-Teras Jernang-Bandar Seri Putra-Bukit Mahkota-Nilai 3 dan kawasan Sekitar.

Pos seluruh Malaysia

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge