Cara Hilangkan Jerawat Selama-lamanya Kulit Bertambah Licin dan Gebu

Orang perempuan terutamanya amat cemas bila tiba-tiba wajah yang licin tumbuh jerawat!. Tahukah anda, disebabkan jerawat yang merata-rata di wajah akan memberi kesan psikologi yang sangat dasyat kepada seseorang itu?.

“Semasa muka saya dipenuhi jerawat, saya terpaksa cancel untuk ke majlis kawan baik saya sebab saya malu dan rasa rendah diri. Sampaikan ayah saya pun ada tegur, kak, kenapa muka akak teruk sangat?”- Cik A.

Sebelum saya dengar sendiri pengakuan daripada mereka yang pernah alami masalah ini, saya pun tak tahu begitu mendalam kesan dia pada seseorang. Jerawat je kot!. Ya, kita tidak berada dalam kasut mereka. Yang melihat tak sama langsung dengan yang merasa.

Punca Jerawat

Sebelum buat keputuasan untuk memilih cara menghilangkan jerawat yang terbaik, anda perlu tahu apakah punca sebenar jerawat berlaku.

Jika hanya memakai krim jerawat untuk luaran sahaja, ia tidak akan membantu pun masalah jerawat anda yang berpunca daripada masalah ketidak seimbangan hormon. Antara punca-punca jerawat ialah;

#1. Masalah Hormon dalam Badan

Biasanya mereka yang baru memasuki usia remaja, wanita hamil, menopaus mempunyai hormon yang berubah-ubah. Hormon pada waktu ini sangat menggila. Kesannya, ia akan membuatkan kilangg minyak menjadi aktif dan banyak. Muka yang berminyak berisiko mendapat jerawat kerana habuk dan kotoran mudah melekat dan menyumbat pori-pori kulit.

#2. Sel Kulit Yang Lemah

Sel kulit kita akan menjadi lemah jika kolagen dalam badan berkurangan. Fungsi kolagen ialah melindungi sel kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas. Apa yang menakutkan, kolagen dalam badan kita akan mula menyusut seawal umur 20 tahun dan susut secara mendadak pada umur 30 tahun dan keatas. Apabila sel kulit lemah, maka mudahlah sinaran UV untuk menembusi kulit hingga lapisan dalam kulit. Jerawat senang muncul, dan bila muncul akan menyebabkan kesan parut dan susah nak hilangkan.

#3. Genetik

Faktor genetik atau keturunan juga menjadi punca terjadinya jerawat. Jika ia dialami oleh ibu atau bapa, anak-anak juga berisiko untuk mengalami masalah yang sama.

#4. Kosmetik

Kita pakai kosmetik untuk kelihatan cantik, tetapi kadang-kadang lain pula jadinya. Tersalah pilih kosmetik atau menggunakan kosmetik yang ada bahan kimia bahaya yang boleh merengsakan kulit menjadi punca kenapa kulit berjerawat. Penting untuk kita kaji dahulu sebelum membeli sesuatu produk supaya ia selamat digunakan. Sebaiknya, gunalah kosmetik yang semulajadi, ada kajian klinikal dan diyakini walaupun ia agak mahal sedikit berbanding yang biasa. Muka kita ada satu sahaja kan?. Berapa anda sanggup bayar jika ia dah rosak?

#5. Tak Cukup Tidur

Tidak mendapat tidur yang cukup dan berkualiti juga boleh menjadi punca jerawat. Jadikan masa tidur sebagai masa untuk memulihkan kulit dengan memberikan vitamin yang terbaik kepada kulit. Kesan tak cukup tidur juga akan membuatkan kulit pucat, nampak letih dan tak bermaya.

#6. Toksin

Badan penuh toksin akan menyebabkan banyak masalah termasuklah jerawat. Toksin biasanya berkumpul dalam badan kerana proses detoks tidak berlaku dengan lancar seperti sembelit. Sembelit membuatkan najis tersekat dan tidak dapat dikeluarkan. Jadi, caranya ia akan dikeluarkan melalui kulit sebagai jerawat. Sebaiknya, amalkan pemakanan yang sihat seperti banyakkan makan buah-buahan dan sayur sayuran yang kaya serat untuk menggalakkan pembuangan menjadi lebih lancar dan lawas.

Masalah jerawat adalah masalah yang biasa, semua orang lalui. Tapi yang membezakan ia teruk atau pun tidak. Walaupun banyak punca jerawat yang berpunca dari masalah dalaman, tetapi apa yang menjadi kesalahan ramai orang, mereka terlalu fokus membaikpulih luaran sahaja.

Sanggup berhabis untuk rawatan jerawat yang mahal di spa atau klinik, skincare dan sebagainya, tetapi selagi masalah dalaman tak selesai, anggap sahaja anda buang duit.

Untuk mula merawat masalah jerawat, saya cadangkan SET KULIT CANTIK sebagai rawatan dalaman yang terbukti selamat,semulajadi dan berkesan!

Set ini menjalani :

✅350 ujian terhadap bahan botanikal bagi mengesan racun, pencemaran dan lain-lain.

✅Lebih 250 ujian pengesanan racun yang dijalankan

✅Lebih 100,000 kajian dijalankan setiap tahun bagi memastikan bahan mentah berkualiti

✅Shaklee telah melabur 300 juta USD untuk R&D produk

Vitamin Yang Sesuai untuk Wajah yang Berjerawat

Antara vitamin yang dicadangkan ialah ESP, vitamin E, Vitamin C, GLA dan B Kompleks.

Vitamin E

🌸Mengandungi selenium yang kaya dengan antioksida yang membantu mengurangkan jerawat, garis halus, parut jerawat dan bintik-bintik pada muka

Vitamin C

🌸Vitamin C melawan kedutan, menggalakkan penghasilan kolagen, dan mencantikkan kulit

B Kompleks

🌸Membantu membina sel-sel baru

🌸Bantu sel-sel baru lebih segar dan tak cacat

🌸Mengurangkan stress dan mengelakkan tekanan emosi

ESP

🌸Kaya dengan asid amino untuk wajah yang lebih muda

🌸Merangsang pembentukan sel kulit baru yang cantik

GLA

🌸Membantu menstabilkan hormon

🌸Melembapkan kulit

Anda perlu ambil ke semua ni?. Ambil semua mestilah lagi cantik. Anda boleh hubungi saya untuk buat pilihan berdasarkan punca masalah jerawat anda di talian 016-4225314.

Nida (KN)

ID NO: 987151

Whatsapp: 016-4225314

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge