Cara Hilangkan Keloid dengan Berkesan Tanpa Pembedahan

Keloid ialah parut yang tumbuh lebih besar dan lebih luas dari kecederaan asal. Ia adalah Tisu parut diatas luka untuk membaiki dan melindungi kecederaan apabila kulit tercedera. Tisu parut yang tumbuh berlebihan, keras dan licin dipanggil keloid. Keloid boleh menjadi lebih besar daripada luka sebenar.

Ia boleh dijumpai pada bahu, dada, telinga, dan pipi. Walaupun ia tidak merbahaya kepada kesihatan, namun ia memberi impak tidak baik kepada kebimbangan kosmetik dan mencacatkan penampilan seseorang.

Punca Keloid

Antara punca keloid ialah:

1.Keloid boleh muncul pada mana-mana bahagian kulit yang rosak akibat pembedahan, luka terbakar, terkena minyak panas, cacar air, tatu, atau sebagainya. Tisu tebal akan tumbuh dan keluar dari kawasan penyembuhan, dengan menjadikan parut lebih tebal daripada kecederaan yang asal. Bagi sesetengah orang, kesan calar juga boleh menyebabkan keloid.

2. Genetik. Jika ibu atau bapamempunyai keoid, anak-anak juga berisiko untuk mengalaminya

3. Kekurangan nutrisi. Untuk menjaga kulit, semestinya sel-sel kulit kita memerlukan nutrisi yang cukup. Proses regenerasi kulit akan berlaku dengan baik jika pengambilan nutrisi cukup. Salah satu alasan kenapa nutrisi cukup adalah kerana sangat diperlukan untuk proses penyembuhan. Jika nutrisi tidak mencukupi, proses penyembuhan luka akan lambat dan timbulnya keloid.

3. Luka Terbakar. Luka terbakar juga boleh merosakkan tisu saraf kulit akibat terkena suhu yang tinggi. Akibatnya, proses regenerasi kulit tidak dapat berlaku dengan baik dan muncullah keloid.

Jenis Dan Lokasi

Ia biasanya dijumpai pada kawassan kulit yang beregangan tinggi. Biasanya ia berlaku pada dada, leher, bahu dan sebagainya.

Gejala Keloid

Keloid berlaku disebabkan oleh luka atau penumbuhan tisu parut. Gelaja keloid antaranya ialah:

  • Kawasan setempat yang berwarna merah atau merah jambu
  • Kawasan kulit yang licin dan tebal
  • Kulit rasa gatal
  • Lebih besar dari luka asal
  • Sakit

Ia mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk berkembang sepenuhnya. Anda mungkin boleh mengalami ketidakselesaan atau rengsa pada pakaian, namun ia tidak merbahaya. Ia lebih kepada kebimbangan kosmetik. Anda akan berasa resah jika terdapat keloid pada lokasi yang sangat jela sdilihat seperti pada telinga, atau bahagian muka. Jika terdedah kepada cahaya matahari, ia akan berwarna lebih gelap dari kulit anda. Jadi, elakkan dari terkena sinaran matahari secara langsung.

Rawatan Untuk Hilangkan Keloid

Disebabkan ia mengganggu penampila seseorang, berbagai cara dilakukan untuk menghilangkkannya. Ada beberapa cara untuk menghilangkan keloid, iaitu:

1.Suntikan Cortisone

Carapertama yang boleh dilakukan untuk menghilangkan keloid ialah melalui suntikan. Biasanya suntikan akan dilakukan sekali setiap bulan sehingga keloid betul-betul hilang. Ia tidak sakit kerana menggunakan dos ubat yang tidak tinggi. namun, suntikan cortisone ke dalam tubuh akan menyebabkan ruam pada keloid yang telah rata.

2. Penggunaan Laser

Cara penggunaan laser juga menjadi pilihan disebabkan tidak berasa sakit. Ia dipilih biasanya sebagai alternatif  untuk mengurangkan ruam disebabkan oleh suntikan cortisone. Ia perlu dilakukan berulang kali untuk mendapat kesan yang maksima. Namun, kos untuk rawatan laser adalah mahal berbanding kos lain.

3. Pembedahan

Satu lagi cara untuk hilangkan keloid ialah dengan melakukan pembedahan. Ia dilakukan dengan memotong keloid pada kulit. Namun, risiko untuk keloid kembali selepas pembedahan adalah sangat tinggi.

4. Menggunakan Silikon

Ia memang jarang digunakan, namun ia efektif untuk menghilangkan keloid. Untuk hilangkan keloid, biasanya doktor akan menyarankan silikon ditampal pada keloid.

5. Suntikan Interferon

Ia dilakukan untuk meningkatkan sistem imun tubuh. Namun, ia kadangkala tidak bertahan lama.

Petua Hilangkan Keloid Secara Semulajadi

Ada juga cara semulajadi untuk hilangkan keloid, antaranya ialah:

1. Menyapu Daun Lidah Buaya

Pokok lidah buaya terkenal dengan pelbagai fungsi untuk kesihatan kulit. Lidah buaya mengandungi zat antiradang dan membantu mempercepatkan penyembuhan keloid. Caranya, anda bersihkan terlebih dahulu kawasan keloid dengan air suam untuk membuka liang pori supaya nutrisi dapat diserap dengan baik. Sapukan gel lidah buaya pada keloid. Lakukan 10 hingga 15 minit dan sehingga lidah buaya kering. Lakukan 3 kali seminggu untuk kesan yang terbaik.

2. Bawang Putih

Bawang putih bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah ia mengandungi banyak khasiat tersendiri untuk kulit. Kandungan kimia dalam bawang putih membantu menghilangkan keloid. Bawang putih juga bersifat antiradang.  Caranya, lumatkan seulas bawang putih, kemudian ambil getahnya dan sapukan pada keloid. Biarkan 10 hingga 15 minit kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan selalu sehingga keloid hilang.

3. Cuka Epal

Cuka epal juga boleh menghilangkan keloid. Selain efektif terhadap keloid, ia juga boleh menghilangkan ruam pada keloid. Caranya, sapukan cuka epal kepada keloid. Biarkan sehingga kering. Lakukan 3 atau 4 kali seminggu untuk kesan yang cepat.

4. Baking Soda

Baking soda sangat berkesan untuk menghaluskan kulit dan menyamarkan keloid. Caranya, campurkan bakin soda dengan sedikit air. Kemudian sapukan pada keloid. Biarkan seketika kemudian bilas dengan air bersih.

5. Madu

Madu juga banyak khasiat untuk kulit. Disamping terbaik untuk kulit, ia juga bagus untuk menghilangkan keloid. Madu mengandungi vitamin,, mineral, antioksidan yang mampu mengatasi berbagai masalah kulit seperti keloid. Caranya, campurkan madu dengan sedikit perahan limau nipis. Kemudian sapukan pada keloid. Amalkan selalu untuk kesan yang terbaik.

6. Bawang Merah

Bawang merah juga berkesan untuk menghilangkan keloid. Caranya, ambik 3 biji bawang merah. Cuci bersih dan hancurkan bawang merah. Ambil airnuya sahaja dan oleskan pada keloid. Biarkan beberapa minit kemudian bersihkan dengan air suam.

7. Lemon

Lemon merupakan buah yang kaya dengan vitamin c. Kandungan vitamin c tersebut sangat baik untuk menghilangkan keloid. Caranya amat mudah, potong lemon,kemudian oleskan pada keloid. Lakukan sekerap mungkin untuk kesan yang terbaik!

PARUT HIDUP (KELOID) CEASER HILANG SECARA SEMULAJADI SEJAK AMALKAN SET KULIT SHAKLEE’

TESTIMONI 5: ZAINORA YAHAYA

Keloid?

Siapa pernah alami? Saya pernah mengalami keloid kronik di bahagian ceaser selepas lahir anak pertama.

Masalah keloid tidak semua orang akan alami jika mengalami luka sehingga menyebabkan parut atau keloid yang boleh meninggal parut yg semakin besar dari hari ke hari. Antara punca berlakunya keloid ini adalah disebabkan oleh faktor pemakanan, hormon dan genetik seseorang itu.

Saya pernah alami keloid yang hodoh & menyeksakan. Ia bukan sekadar keloid biasa, ia merupakan parut yang hidup di bahagian ceaser selepas lahirkan anak pertama saya. Semasa anak pertama saya masih tidak kenal Shaklee ini, memang saya tak terfikir supplement boleh bantu mencegah keloid daripada terus membesar.

Masalah keloid ini terjadi apabila sel yang bertanggungjawab untuk menyembuh luka mengalami proses penyembuhan yang tidak teratur, turut membesarkan dan menggandakan sel untuk mengisi ruang antara luka sehingga menjadi lebih besar daripada parut itu sendiri.

Untuk lebih mudah difahami, keloid terjadi kerana sel badan tidak mengesan yang luka itu telah sembuh, jadi ia terus membaiki kawasan luka tersebut sehingga menyebabkan parut menjadi semakin besar (keloid).

Selepas ceaser anak pertama keloid membesar memang tak selesa sangat, ia rasa gatal bila berpeluh, gatalnya Allah je lah tau.. memang tak selesa & pedih bila bergesel dengan seluar, lagi-lagi seluar berzip.

Pernah jumpa dokter untuk rawat keloid ini. Dokter suggest ambil suntikan steriod bagi mengecutkan keloid, seramnya bila dokter cakap suntikan steriod tu kena cucuk di sekeliling keloid & perlu cucuk seminggu sekali.

Allahukabar seram, memang tak jadi lah saya nk buat. So saya biarkan saja keloid tu & redha dengan ketidakselesaan keloid itu.

Alhamdulillah saya lahir anak kedua dokter buang parut keloid yg besar tu. Ketika itu saya bimbang kalau keloid kembali lagi. Sejak lahir anak kedua saya ambil SET KULIT Shaklee antaranya ialah Vitamin C, B Complex, GLA Complex & ESP, syukur masalah keloid tiada lagi sehingga lah saya lahir anak ke-3, keloid tiada lagi tubuh di bahagian ceaser saya. Sekarang saya gembira sangat.

Saya sedar ketidakstabilan sel-sel hormon dalam badan kita boleh menyebabkan proses penyembuhan pada bahagian luka tidak sempurna. Dengan set kulit ini banyak membantu merawat masalah kulit saya yang lain seperti jerawat & kulit kering. Selain itu, set ini mampu mengempiskan keloid dan mencerahkan kulit lagi-lagi bahagian keloid.

Kesimpulannya jika anda mengalami keloid kronik seperti saya, jangan biarkan ketidakselesaan menganggu aktiviti harian anda. Setiap masalah ada penyelesaian, begitu juga dengan penyakit yang kita hidapi, antara kita saja mahu merawatnya dengan konsisten atau biarkan sahaja.

Alhamdulillah, bagi sesetengah orang, keloid itu biasa, namun tidak semua. Jom kita lihat apa yang beliau amalkan:

1.ESP.

protein tumbuhan terbaik

menggangtikan sel kulit yang lama, rosak kepada sel kulit yang baru dan lebih sihat

membantu penyembuhan luka

kekurangan protein boleh membantutkan proses penyembuhan luka dan menyebabkan keloid

2.Vitamin C

  • Mengandungi bioflavonoid, berfungsi meningkatkan kuasa serapan vitamin c
  • tinggi antioksidan untuk mengelakkan radikal bebas musnahkan sel kulit
  • melindungi sel kulit dari rosak
  • menggalakkan pengeluaran kolagen

3.B Kompleks

  • memberi kesihatan untuk kulit, kuku dan mata
  • kesan kekurangan vitamin b mengebabkan mudah lupa
  • penting untuk saraf
  • elakan stress

4. GLA compleks

  • menstabilakn hormon dalam badan
  • mencantikkan kulit

Kini anda telah tahu cara paling mudah untuk hilangan keloid yang menghantui anda selama ini. HUbungi saya untuk dapatkan set keloid anda sekarang! Saya akan guide anda secara exclusive bagis etiap pembelian produk shaklee. Anda boleh hubungi saya seperti di bawah:

Nida (KN)

ID NO: 987151

Whatsaap: 016-4225314

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge