Cara Hilangkan Migrain atau Sakit Kepala Ketika Mengandung

Migrain atau sakit kepala ketika mengandung amat menyeksakan. Painkiller amat terbatas untuk diambil ketika hamil. Jadi bagaimana cara untuk menghilangkannya?. Jika anda salah seorang daripada wanita yang mengalami migrain ketika mengandung, artikel ini akan membantu anda.

Jom ketahui cara hilangkan migrain atau sakit kepala ketika mengandung dengan berkesan.

Punca Migrain

Walaupun punca sebenar migrain tidak dapat dipastikan, namun ia berkait rapat dengan perubahan pada saraf neurokimia dan aliran darah dalam otak.

Para pengkaji berpendapat, sel otak yang terlebih rangsangan akan mengeluarkan bahan kimia. Ia akan merengsakan salur darah pada otak. Jadi, salur darah akan membengkak dan ia akan membuatkan rasa sakit.

Punca Migrain Ketika Mengandung

Perubahan hormon semasa mengandung bukanlah satu punca utama migrain ketika mengandung. Namun, faktor lain seperti tekanan, pemakanan, cuaca, tidak cukup tidur dan sebagainya turut menjadi punca migrain. Sesetengah migrain hanya beberapa jam, ada jug asampai berlarutan hingga beberapa hari tidak hilang. Ia sangat susah dijangka. Penting untuk mengenalpasti punca migrain semasa mengandung agar langkah mengatasi dapat diambil dengan tepat. Antaranya ialah;

  • Sensistif terhadap bunyi bising atau cahaya terang
  • Mengambil makanan yang berkafein
  • Makanan yang mengandungi MSG yang tinggi
  • Tidak cukup tidur

Cara Hilangkan Migrain Ketika Mengandung

Antara cara yang boleh diamalkan untuk menghilangkan migrain ketika mengandung ialah;

  • Makan ikut jadual yang ditetapkan
  • Elakkan stress
  • Rehat yang cukup
  • Minum air kosong 2 hingga 3 liter sehari
  • Jauhi penyebab migrain
  • Mandi dengan air suam ketika migrain melanda

Anda perlu berhati-hati menggunakan ubat-ubatan ketika mengandung kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Rawatan Migrain Ketika Mengandung

Pengambilan ubat-ubatan ketika mengandung perlulah dirujuk kepada doktor terlebih dahulu. Anda perlu mengambil kira keselamatan kandungan anda untuk mengelakkan birth defect atau kecacatan, keguguran atau keadaaan di mana fetus tidak membesar dengan normal.

Cara Selamat untuk Hilangkan Migrain Ketika Mengandung

Pemakanan seimbang dan sihat adalah kunci bagi kesihatan ibu mengandung. Dalam tempoh ini, pengambilan makanan bukan sahaj untuk keperluan ibu, malah bayi juga kerana bayi bergantung sepenuhnya untuk dapatkan nutrien dan zat daripada ibu.

Setiap ibu mahukan anak di dalam kandungan sihat dan sempurna semasa dilahirkan. Jadi, anda perlu berhati-hati berkaitan pengambilan ubat-ubatan atau drugs yang boleh memberi kesan kepada bayi anda.

Antara cara yang selamat untuk hilangkan migrain semasa mengandung ialah;

Ostematrix

✅ Kalsium lengkap dengan Magnesium dan juga Vitamin D

✅ Memberi kesan relaks kepada ibu

✅ Merilekskan otot ibu

✅ Menguatkan tulang dan gigi

✅ Memberikan tidur yang selesa dan mengawal jantung

Tidur yang selesa dan cukup akan membuatkan ibu lebih tenang dan tidak stress

B Kompleks

✅Kajian menunjukkan, kekurangan vitamin B berisiko tinggi untuk mendapat migrain

✅Bagi yang selalu sakit kepala, mulakan langkah pertama ambik B Kompleks

ESP

✅Protein dari tumbuhan yang berkualiti tingi

✅Protein adalah makanan sel

✅Sel yang tidak sihat akan membuatkan banyak penyakit berlaku

✅Protein diperlukan untuk penghasilan hormon, enzymes dan neurotrasmitter lebih -lebih lagi bagi wanita mengandung dan warga tua.

Vitamin C

✅Ia menguatkan imun badan dari serangan pelbagai penyakit atau virus

✅Imun lemah penyakit akan mudah menyerang termasuk migrain

✅Menyerap nutrisi denagn lebih efisyen

Sakit Kepala Melampau Hilan Setelah Amalkan Set Migrain Shaklee

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 17: MIZAN ADLIA

Assalamualaikum W.B.T

Nama saya Mizan Adlia binti Mohd Shoib, berasal dari Selangor dan berusia 36 tahun. Saya merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Labuan. Masalah migrain saya memang bermula semasa saya belajar lagi. Akan tetapi tidaklah sekerap mana.

Setiap kali diserang migrain saya hanya makan 1-2 biji panadol sahaja untuk melegakan rasa sakit kepala. Saya juga tidak pernah merujuk kepada doktor berkaitan masalah migrain memandangkan setiap kali diserang sakit kepala, saya sedaya upaya menahan rasa sakit tersebut dan juga hanya bergantung kepada ubat tahan sakit.

Lama kelamaan saya dapati migrain saya semakin kerap menyerang. Saya tidak boleh terlalu sejuk, tidak boleh terlalu panas, keadaan yang terlalu bising juga akan menyebabkan migrain saya menyerang. Apatah lagi ketika lapar.

Keadaan semakin teruk apabila saya memasuki alam pekerjaan. Saya akan mengalami migrain sehingga berhari-hari walaupun 4-5 biji panadol saya telan (2 biji sekali ambil dan kebiasaannya dalam tempoh 1 hari). Kadangkala sudah mengambil ubat tahan sakit, migrain saya tetap tidak hilang.

Menarik-narik rambut, tidur dalam gelap, tidur dengan air mata, muntah memang itulah situasi biasa yang akan dialami ketika diserang migrain apabila saya merujuk masalah saya kepada doktor, doktor memberikan saya ubat migrain yang dikenali sebagai Caffox dan juga ubat tahan sakit iaitu Ponstan.

Saya perlu makan kedua-dua jenis ubat ini kerana jika makan salah satu, migrain saya tidak akan pulih.Menurut doktor yang merawat saya perlukan Caffox kerana Caffox akan melancarkan aliran dari ke otak manakala Ponstan sebagai ubat tahan sakit. Tetapi akibat pengambilan Ponstan, saya di serang gastrik yang melampau.

Saya perlu makan makanan berat secukupnya sebelum dan selepas saya mengambil Ponstan. Setiap kali saya mengambil Caffox di klinik, saya perlu melalui ujian kehamilan terlebih dahulu kerana menurut doktor wanita hamil tidak boleh mengambil Caffox.Saya berbincang dengan doktor yang merawat saya supaya dos untuk ubat tahan sakit dikurangkan agar saya tidak terseksa dengan gastrik pula.

Doktor memberikan saya Paracetamol dos lebih rendah dari Ponstan. Akan tetapi lain pula jadinya. Dos yang diberi langsung tidak membantu mengurangkan sakit, akibatnya saya dengan sendirinya menambah dos supaya dapat meredakan migrain. Pada tahun 2013 saya mula mencuba Set Migrain Shaklee iaitu Ostematrix dan B Complex. Dua minggu pertama, migrain saya bukan bertambah baik, malah bertambah teruk sakitnya.

Sehinggakan terdetik difikiran untuk berhenti sahaja dari mengambilkan Set Migrain ni. Pada saya seolah-olah set ini langsung tidak memberi kesan, malah membuatkan migrain saya semakin teruk. Tetapi saya kuatkan hati untuk teruskan set migrain Shaklee dan berazam untuk menghabiskan sekurang-kurangnya set yang pertama ini.

Setelah beberapa minggu barulah saya rasa perubahan positif set migrain ini. Dalam tempoh tersebut saya tidak diserang migrain walaupun sekali. Kemudian saya teruskan set sehingga 4 bulan (kandungan B Complex untuk 4 bulan) dan Alhamdullah migrain saya semakin berkurangan. Sekarang migrain hanya akan menyerang pada waktu-waktu tertentu sahaja contohnya beberapa hari sebelum period sahaja.

Kini saya boleh melakukan apa sahaja tugas tanpa risaukan faktor-faktor yang berkemungkinan akan menyebabkan migrain saya kembali. Sehingga kini saya masih mengamalkan Ostematrix setiap malam. Selain menyembuhkan migrain, Ostematrix juga membantu mengurangkan masalah kekejangan kaki saya (simpul biawak) akibat kekurangan magnesium.

Pada mereka yang mengalami masalah seperti saya, suka saya cadangkan agar mencuba Set Migrain Shaklee yang sangat hebat. Formula dari bahan semulajadi membuatkan saya amat yakin dengan Shaklee kerana dengan Shaklee saya mampu lebih cergas dan bebas melakukan tugas. Itulah Shaklee Effect saya!!

Jangan biarkan diri anda dihantui oleh serangan migrain lagi!. Nikamti saat hamil dengan penuh relaks dan bahagia. Untuk dapatkan produk atau info, anda boleh hubungi saya di talian 016-4225314. Nak beli vitamin lebih murah dan jimat?. Jangan lupa hubungi saya. Saya akan bongkarkan rahsianya.

Nida (KN)

Call/Sms/ Whatsapp: 016-4225314

Facebook: Harisatun nida bt Abd Rashid

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge