Cara Hilangkan Panau dengan Berkesan

Panau atau istilah perubatan (Tinea Versicolour) suatu penyakit kulit yang tidak menyakitkan, tetapi akan menyebabkan kegatalan pada bahagian kulit yang terkena panau.Ia adalah sejenis kulat pada kulit yang berlaku disebabkan oleh beberapa sebab. Golongan yang paling berisiko terkena panau ialah remaja, kuat berpeluh dan sistem imun yang lemah.

Jangan risau, bagi mereka yang mengalami masalah panau, ia boleh dihilangkan dengan cara hilangkan panau dengan berkesan.

Punca Panau

Antara punca panau ialah:

  • Ia disebabkan oleh sekumpulan kulat yang dikenali sebagai “Malassezia”.
  • Perlu diketahui bahawa kumpulan kulat jenis ini merupakan sejenis flora kulat normal yang biasa wujud pada kulit manusia.
  • Jenis kulat “Malassezia ” kerap ditemui pada kulit yang mempunyai pengeluaran sebum yang tinggi (kulit berminyak).
  • Kawasan paling kerap ditemui panau ialah belakang badan, kepala dan termasuklah muka.

Golongan Berisiko Terkena Panau

  • Remaja berisiko tinggi terkena panau kerana kelenjar sebum lebih aktif pada usia ini.
  • Berada di kawasan iklim tropika. Iklim yang panas dan lembap berisiko mendapat panau sebanyak 40% lebih tinggi, termasuklah Malaysia.

Risiko lain termasuklah:

  • Aktif secara fizikal
  • Hiperhidrosis (berpeluh secara berlebihan)
  • Memakai pakaian yang ketat (tiada pengudaraan)
  • Lemah sistem imun
  • Pengambilan steroid
  • Malnutrisi
  • Mandi ketika berpeluh tidak menyebabkan panau kerana punca utama panau ialah dari bakteria “Malassezia”.

Gejala Panau

Ia boleh wujud pada masa yang lama pada tubuh seseorang tanpa disedari, termasuklah kawasan tubuh bahagian belakang badan. Ia juga boleh merebak pada kawasan leher, lengan, abdomen dan kawasan lain.

Muncul tompok-tompok berwarna di atas kulit yang terdiri daripada pelbagai bentuk bergantung kepada warna kulit seseorang.

  • Tompok bulat dan bujur
  • Kulit bersisik
  • Ruam
  • Gatal-gatal

Diagnosis

Ia biasanya dibuat secara klinikal, ujian makmal tidak diperlukan melainkan doktor ingin membuat pengesahan. Prosedur yang dibuat adalah ” skin scraping” di mana bahagian kulit yang berpanau akan dikikis untuk dilihat di bawah mikroskop.

Rawatan Panau

Panau boleh disembuhkan dengan rawatan yang berkesan. Ubat panau boleh diberikan dengan 2 cara iaitu ubat sapu dan ubat makan.

Kesan sampingan ubat panau.

Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum mengambil ubat panau untuk keselamatan ialah:

  • Sejarah allergi
  • Kesan sampingan
  • Tindak balas dengan ubat lain
  • Ubat yang sesuai semasa mengandung

Kesan sampingan yang mungkin dialami ialah:

  • kegatalan
  • timbul ruam merah
  • sakit perut
  • cirit-birit

A) Ubat Sapu

Ubat sapu adalah lebih baik kerana ia digunakan pada kawasan luar badan. Ia terbahagi kepada 2 iaitu antikulat dan tidak spesifik kepada kulat. Contonh ubat sapu ialah:

  • Clotrimazole
  • Ketoconazole
  • Miconazole
  • Tioconazole
  • Terbinafine

Contoh ubat yang tidak spesifik kepada kulat ialah:

  • Losyen selenium
  • Propylene glycol

B) Ubat Makan

Contoh ubat makan ialah itraconazole, ketoconazole, dan luconazole. Pengambilan ubat-ubat ini lebih terkawal dan hanya diberikan pada kes-kes tertentu sahaja. Antaranya:

  • Panau terlalu banyak
  • Rawatan ubat sapu tak berjaya
  • Panau berulang

Cara Hilangkan Panau Dengan Berkesan

Tahukah anda ada cara yang mudah untuk menghilangkan panau dengan berkesan iaitu pengambilan suplement shaklee, yang boleh meningkatkan imun badan, membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan.

1.Garlic Kompleks

Antibiotik semulajadi yang tumbuh untuk mengelakkan ia merebak kepada kulit.

2.Alfafa

Sebagai antikulat dan memperbaiki kulit dengan berkesan

3.Vitamin C

Bertindak sebagai menguatkan imun kulit dan membunuh virus

4.Herbal Blend

Krim sapu untuk melegakan keradangan, gatal-gatal dan ruam pada kulit.

Kini anda telah mengetahui cara paling berkesan menghilangkan panau yang anda alami bukan?. Jadi, tunggu apa lagi. Hubungi saya di talian 016-4225314 sekarang untuk dapatkan set ini.

Nida (KN)

ID NO: 987151

Whatsapp: 0164225314

 

 

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge