Cara Kuatkan Rahim Selepas Keguguran Agar Cepat Hamil Kembali

Sebelum ini saya telah kongsikan beberapa sebab keguguran kandungan di awal kehamilan berlaku. Kali ini saya akan kongsikan cara kuatkan Rahim selepas keguguran agar cepat hamil kembali. Walaupun keguguran berlaku sekitar 15% dari keseluruhan kehamilan, tetapi ia bukan mudah jika berlaku kepada kita. Ada yang mengalami keguguran berkali-kali dan semakin risau jika ia berlaku dan hamil lagi, adakah ia akan gugur lagi?

Dan berita gembira untuk anda yang mengalaminya, terdapat 80 hingga 95% wanita yang mengalami masalah keguguran akan merasai pengalaman hamil kembali yang sihat dan sempurna! Jadi, jangan bersedih!

Tanda-tanda Keguguran

Tanda biasa keguguran berlaku ialah sakit seperti datang bulan, kekejangan pada bahagian perut dan berlaku pendarahan. Ada juga keguguran dikesan semasa membuat pemeriksaan antenatal dan doctor tidak menjumpai denyutan jantung bayi.

Jika terdapat perkara diluar kebiasaan pada kandungan anda, segeralah berjumpa dengan doctor. Antaranya ialah;

  • Berlaku pendarahan yang teruk
  • Rasa nak demam dan tidak sihat
  • Sakit pada bahagian abdomen seperti datang haid,

Sebab Berlaku Keguguran

Keguguran biasanya berlaku disebabkan oleh kromosom dan embrio tidak normal. Apabila terdapat tanda abnormal pada janin, badan akan memberi tanda dan menyingkirkan janin tersebut daripada dilahirkan. Secara positifnya, ia mengelakkan bayi yang akan dilahirkan cacat dan sebagainya.

Secara amnya, sebab berlakunya keguguran ialah;

1. Masalah Pada Rahim

  • Kecacatan pada Rahim itu sendiri, Rahim terbelah dua oleh satu dinding
  • Ketumbuhan dalam Rahim seperti fibroid
  • Pangkal Rahim yang lemah, membuka terlalu cepat dan tiada tanda-tanda awal untuk bersalin.

2. Masalah pada Kromosom

  • Biasanya keguguran berlaku pada minggu ke 13 yang berkait rapat dengan keabnormalan kromosom.
  • Kromosom ialah struktur dalaman sel. Ia membawa gen-gen seperti warna rabut, jantina dan sebagainya.
  • Masalah terjadi apabila terdapat kegajilan pada struktur dan bilangan kromosom yang dibawa.
  • Kebanyakan masalah terjadi secara spontan dan tiada kaitan dengan ibu atau bapa.

Jadi, untuk menjayakan sesebuah kehamilan ialah;

  • Kualiti sperma yang sihat
  • Ovum yang matang
  • Rahim yang kuat dan sihat

Cara Kuatkan Rahim Selepas Keguguran

Rahim adalah “rumah” pertama janin. Rahim yang sihat dan kuat penting untuk memastikan kehamilan berjalan lancer sehingga akhir.

1. Makan Makanan yang Segar dan Sihat

Elakkan makan makanan yang diproses kerana ia mengandungi bahan kimia yang menyumbang kepada Rahim lemah.

2. Elakkan Makan Makanan yang Bersifat Tajam.

3. Elakkan mengangkat Benda-benda yang Berat

4. Amalkan Pemakan Tambahan

Ia adalah penting untuk menguatkan Rahim.

Jadi, jangan bersedih dan risau sekiranya anda mengalami keguguran. Berfikir secara positif dan teruskan usaha!. Saya doakan anda berpeluang mendapat kehamilan yang sihat dan sempurna untuk seterusnya!

BACA JUGA:

Cara semulajadi kuatkan Rahim dengan mudah

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge