Cara Melegakan Gastrik Kronik (Chronic Gastritis) Secara Semulajadi

Penyakit Gastrik Kronik berlaku apabila lapisan dalam perut mengalami keradangan. Ia dikelaskan sebagai peyakit kronik dan akut. Biasanya ia boleh mengakibatkan komplikasi seperti kanser perut jika dibiarkan dalam jangkamasa yang panjang.

Oleh itu, penting untuk pesakit ketahui cara melegakan gastrik kronik secara semulajadi supaya dapat mengelakkan ia lebih teruk.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Gastrik Kronik?

Terdapat kelenar-kelenjar di dalam organ perut yang berfungsi menghasilkan asid dan enzim untuk mencerna makanan yang kita makan. Namun, asid yang dihasilkan boleh mengakibatkan perut luka, tetapi perut kita akan dilindungi oleh lapisan di dalam perut dari dijejaskan oleh asid dan enzim tersebut. Penyakit gastrik adalah disebabkan oleh keradangan yang berlaku samada secara tiba-tiba (akut) atau secara berpanjangan (kronik). Bagi gastrik kronik, ia mengambil masa yang lama untuk berlaku yang menyebabkan sel-sel bertukar menjadi sel yang tidak normal.

Punca Gastrik Kronik

Gatrik kronik terbahagi kepada 3 jenis (mengikut punca kejadian) iaitu:

1.Jenis A: Disebabkan oleh kecelaruan sistem pertahanan badan yang menghasilkan antibodi yang boleh merosakkan sel-sel perut iaitu dikenali sebagai “pernicious anemia”. Ia berpunca daripada kekurangan Vitamin B1, kekurangan zat besi dan anemia, serta kanser.

2.Jenis B: Merupakan jenis yang biasa berlaku. Ia disebabkan oleh sejenis bakteria iaitu “Helicobacter pyloryang” yang boleh merosakkan lapisan dalam perut. Gastrik kronik yang disebabkan oleh bakteria ini boleh menyebbakan ulser perut, kanser, dan juga ulser usus.

3.Jenis C: Ia berlaku disebabkan tindak balas kimia seperti ubat tahan sakit yang dikenali sebagai NSAIDs (non-sterodal anti-imflammatory drugs). Bahan-bahantersebut boleh menghakis lapisan dalam perut dan menyebabkan ulser.

Faktor lain yang boleh menyebabkan gastrik kronik termasuklah:

  • Merokok
  • Stress berlebihan
  • Usia lanjut
  • Genetik
  • Ambil makanan pedas dengan kerap
  • Ambil kopi atau teh secara berlebihan
  • Masalah penyakit lain seperti HIV serta jangkitan parasit.

Tanda-tanda Gastrik Kronik

Antara tanda-tandanya ialah:

  • Pedih ulu hati
  • Kadangkala sakit naik hingga ke dada, mirip serangan sakit jantung
  • Perut rasakembung dan penuh
  • Selalu sendawa
  • muntah-muntah atau rasa loya
  • Jika teruk, asid boleh naik keatas dan boleh menyebabkan sesak nafas
  • Masalah muntah darah
  • Najis berwarna hitam akibat darah yang teroksidasi melalui saluran pencernaan
  • Kekurangan zat besi dan vitamin disebabkan oleh ketidakseimbangan asid dalam perut
  • Kekurangan sel darah merah dan anemia
  • Rasa kenyang walaupun makan sedikit
  • Berat badan menurun
  • Rasa kebas akibat kekurangan vitamin B12

Gastrik kronik adalah risiko yang paling bahaya yang boleh menyebabkan kanser perut. Hal ini adalah kerana sel-sel perut mula bertukar kepada sel yang tidak normal disebabkan oleh keradangan. Ia adalah penyebab kematian yang tinggi.

Rawatan Gastrik Kronik.

Penyakit gastrik kronik adalah penyakit yang boleh dirawat dengan rawatan yang betul untuk mengurangkan risiko kanser. Ia boleh dibahagikan kepada 2 rawatan iaitu rawatan ubatan dan bukan ubatan:

Rawatan Ubatan:

  • Ubat Antasid. Ia bersifat alkali berfungsi meneutralkan asid dalam perut.
  • Ubat H2 Blocker. Ia berfungsi untuk menyekat H2 pada perut supaya dapat mengurangkan penghasilan asid.
  • Ubat Proton Pum Inhibator. Ia berfungsi merencatkan pam proton dalam sel perut yang berfungsi menghasilkan asid.
  • Ubat antibiotik. Berfungsi untuk membasmi kuman dalam perut.

Rawatan Bukan Ubatan termasuklah:

  • Berhenti merokok kerana rokok boleh meningkatkan asid dalam perut
  • Hentikan pengambilan alkohol kerana ia boleh memberi keradangan pada dinding perut
  • Kurangkan pengambilan makanan pedas dan berasid kerana ia boleh menyebabkan hakisan pada dinding perut.
  • Makan dengan sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan lebih banyak asid dihasilkan
  • Kawal stress dengan baik

Rawat Gastrik Kronik dengan Vitamin Shaklee

Seeloknya, gastrik perlulah di rawat dari peringkat awal lagi dengan pengambilan nutrien yang diperlukan oleh badan, meningkatkan sistem pertahan badan. Antara vitamin yang anda boleh amalkan ialah:

1.ESP

  • Mengurangkan jus dalam perut yang disebbakan oleh asid
  • Ia bersifat alkali dan boleh meneutralkan asid perut
  • Rasa kenyang lebih lama
  • Mengandungi 20 zat asid amino yang membantu membaiki dinding-dinding perut yang rosak akibat hakisan asid

2.Ostematrix

  • Kaya dengan kalsium dan bersifat alkali.
  • Mengurangkan asid dalam perut
  • Papermint Ginger Plus
  • Membantu membuang angin yang disebabkan oleh asid
  • Bantu proses pencernaan
  • Melegakan ketidakselesaan perut

3.B kompleks

  • Pesakit gastrik biasanya bergantung kepada ubat tahan sakit yang memburukkan lagi keadaan.
  • Mengelakkan stress
  • Mengurangkan kecelaruan sistem pertahanan badan

Testimoni Set Gastrik Shaklee

Jadi, jika anda mengalami gastrik kronik, jangan biarkan tanpa rawatan kerana ia boleh membawa kepada lebih teruk lagi iaitu kanser dan sebagainya. Ia juga turut menjejaskan kualiti hidup seseorang yang terpaksa menanggung kesakitan akibat gastrik kronik. Anda bolehlah berikhtiardengan SET GASTRIK SHAKLEE yang memang diakui ramai boleh mengurangkan rasa sakit dan mendapat kehidupan yang lebih berkualiti. Anda boleh hubungis saya seperti di bawah untuk dapatkan set ini berserta bimbingan produk secara eksklusif!

Nida (KN)

ID NO: 987151

Whatsapp: 016-4225314

Instagram: shakleebangi_bynida

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge