Cara Pulihkan Kembali Muka Rosak Teruk disebabkan Oleh Tersalah Pakai Produk Beracun

“Muka akak rosak teruk sebab pakai satu skincare ni. Sekarang akak malu nak jumpa orang, dan rasa nak berhenti kerja!. Muka akak rasa pedih, ketat dan macam terbakar. Dah 4 bulan akak tak boleh tidur memikirkannya. Setiap malam akak terpaksa telan ubat tidur. Kehidupan akak terjejas teruk! Akak sedih sangat..”

Tidak terjangkau begitu sekali masalah yang dihadapi kesan daripada mengamalkan produk beracun. Pada mulanya memang kulit cantik sangat, halus bak telur dikupas. Namun, lama-kelamaan ia sedikit demi sedikit menghakis lapisan kulit dan menyebabkan timbul ruam kecil, rasa gatal, pedih, panas seakan terbakar. Ia adalah kesan dari kulit rosak dan mendatangkan pelbagai masalah.

Dari nak cantik, terpaksa pula menanggung azab sampai menjejaskan kehidupan dan pekerjaan. Bukan itu sahaja, duit juga banyak habis untuk melakukan rawatan demi rawatan untuk pulihkan bukan setakat muka, tapi satu badan terjejas!. Anda sanggup hadapi risiko ini?. Tentulah tidak bukan?

Anda perlu teliti memilih produk penjagaan wajah di pasaran sekarang. Walaupun pihak KKM membuat pemantauan, tetap ada produk berbahaya yang terlepas dan berleluasa sekarang ini. Ketahu cara pulohkan kembali kulit muka yang rosak teruk akibat tersalah pakai produk beracun.

Punca Kulit Rosak

Punca utama kulit rosak ialah;

1. Kesan Dari Bahan Kimia Beracun, Merkuri

Merkuri ialah sejenis logam atau raksa yang dicampurkan dalam kebanyakan bahan kosmetik untuk tujuan memutihkan wajah. Antara kesan pemakaian produk mengandungi merkuri ialah;

  • Liang pori tiada, jerawat sukar muncul
  • Kulit kemerahan dan sensitif
  • Biasanya jerawat muncul semasa period setiap bulan
  • Jerawat timbul dengan banyak dan menghasilkan kulit berminyak
  • Kulit bertukar ruam dan kehitaman
  • Kulit semakin menipis
  • Terjadi pigmentasi
  • Kulit lemah
  • Warna kulit asal luntur
  • Kulit putih dengan cepat

Kesan merkuri pada jangkamasa yang panjang ialah kegagalan buah pinggang, kanser kulit, risiko kerosakan organ yang lain. Ia sangat bahaya kerana boleh menyerap ke dalam salur darah melalui liang roma kulit.

2. Hidrokinon

Fungsi hidrokinon ialah menghalang penghasilan melanin, kulit akan menjadi cerah dan pada masa yang sama kulit akan menjadi nipis.

  • Muka akan menjadi merah dan pedih jika terdedah di bawah cahaya matahari secara langsung
  • Kesan buruk lain ialah, sukar untuk bernafas, mual, muntah, sakit kepala dan sebagainya.

3. Tretinon

Tretinon digunakan untuk merawat jerawat, tetapi jika ia digunakan secara berlebihan akan menyebabkan kulit waah menggelupas. Bagi wanita hamil yang menggunakannya, janin dalam kandungan berisiko untuk cacat. Jadi, berhati-hatilah semasa memilih produk penjagaan kulit supaya dapat hindarkan masalah yang buruk berlaku.

Tanda-tanda Produk Kosmetik Berbahaya

  • Mampu putihkan kulit dengan singkat
  • Liang pori dan kulit licin dalam masa yang singkat
  • Bila sapu di tangan, akan berasa gatal dan panas
  • Bau kuat dan menyengat kesan dari bau merkuri
  • Bahagian luar kulit akan menggelupas

Cara Rawat Kulit Muka Rosak

1. Jangan Abaikan Mencuci Muka Sebelum Tidur!

Pastikan kulit dalam keadaan bersih sebelum masuk tidur. Tidur dengan kesan makeup akan menyebabkan liang pori tersumbat dan kulit sukar bernafas. Pori yang tersumbat juga akan menyebabkan masalah whitehead dan blackhead serta jerawat.

2. Gunakan Pembersih Muka yang Sesuai

Pilih pencuci muka yang disahkan selamat oleh pakar bukan sahaja untuk membersihkan kulit. Malah untuk melindungi dan membaiki kulit yang rosak. Pencuci muka yang bebas bahan kimia tidak merengsakan kulit apabila dipakai.

3. Pakai Krim Malam

Penting untuk kulit wajah yang rosak dirawat dengan krim malam  pada sebelah malam. Krim malam akan merawat kulit sewaktu tidur dengan bahan aktif yang terkandung di dalamnya.

Pencuci Muka 100% Semulajadi

4. Banyakkan Ambil Antioksidan

Antara antioksidan yang sangat bagus untuk kulit ialah vitamin C, vitamin E dan vitamin A. Fungsi antioksidan adalah untuk menguatkan sel kulit serta memerangi radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.

5. Amalkan Vitamin C

Mengamalkan vitamin C semasa proses pemulihan kulit wajah adalah sangat penting. Ia berfungsi untuk menguatkan sel kulit, meningkatkan imun badan, menggalakkan penghasilan kolagen dan sekaligus dapat membantu kulit lebih sihat. Namun, anda perlu bijak memilih vitamin C kerana tanpa kebanyakan vitamin C dipasaran hanya dapat diserap dalam kuantiti sedikit oleh badan dan selebihnya dikeluarkan melalui air kencing. Dan lebih teruk lagi, ia membentuk Kristal batu karang dan merosakkan buah pinggang jika tersalah memilih.

6. Memakai Sunblock

Memakai sunblock adalah satu langkah wajib untuk mengelakkan kulit muka rosak secara berterusan. Fungsi sunblock ialah menyekat sinaran UVA dan UVB dari terus musnahkan sel kulit. Bukan itu sahaja, pendedahan kulit secara langsung di bawah matahari boleh menyebabkan kanser kulit juga.

Sunblock Tak Menyumbat Pori

7. Ambik Zink

Zink juga penting sama seperti vitamin C dalam memulihkan wajah yang rosak. Apabila kulit rosak atau luka, zink bertindak sebagai melawan dan menghalang kulit dari terus rosak. Semasa jerawat timbul, zink berfungsi untuk mengawal keradangan pada jerawat dan memulihkan kulit supaya lebih sihat.

Jadi, berhati-hatilah sebelum menggunakan sesuatu produk kecantikan untuk mengelakkan kulit terus menjadi rosak teruk, kerana jika kulit rosak, bukan sahaja kita mempertaruhkan nyawa malah duit juga banyak habis untuk proses rawatan.

Nutrisi Penting Untuk Pulihkan Keracunan Merkuri

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge