Cara Senang Hilangkan Sembelit Teruk Anak

Anak sembelit teruk sampai trauma nak ke tandas. Ramai sebenarnya ibu-ibu mengalami masalah ini terutamanya anak-anak berumur setahun keatas. Banyak punca terjadinya sembelit, salah satu puncanya adalah pemakanan. Kadangkala ia membuatkan ibu buntu bagaimana cara untuk mengatasinya?

Jangan risau ibu-ibu, ada cara senang untuk hilangkan sembelit teruk yang anak hadapi dengan beberapa cara yang akan dikongsikan di dalam perkongsian ini.

Punca Sembelit

Sebelum mengetahu cara untuk hilangkan sembelit teruk, perlu untuk kita ketahui apakah punca sebenar terjadinya sembelit teruk?. Antaranya ialah:

1.Tahan untuk Ketandas atau Membuang Air Besar. Ia boleh berlaku apabila anak-anak leka bermain dan enggan untuk berhenti untuk membuang air besar. Ia ini terjadi, najis akan tersumbat di dalam usus besar, dan membuatkan najis semakin mengeras dan lebih sukar untuk membuang.

2. Trauma. Ada juga dikalangan kanak-kanak trauma untuk membuang air besar, kesan daripada kesukaran untuk membuang sehingga mengalami pendarahan pada bahagian punggung. Mereka akan berasa sakit dan bimbang untuk membuang air besar seterusnya. Jika ia dibiarkan berlarutan, najis akan mengeras dan akan menyebabkan sembelit.

3. Kurang Makan Makanaan Serat Tinggi. Biasanya kanak-kanak kerap menolak sayuran dan buah-buahan. Serat merupakan sumber utama untuk membantu melancarkan proses membuang air besar. Sekiranya kandungan serat dalam badan kurang, ia menyukarkan pembuangan air besar.

4. Tidak Memberi Susu Yang Cukup. Jika berlaku pada kalangan bayi, sebenarnya ibu tidak memberikan susu dengan kerap kepada mereka. Umum tahu, makanan utama bayi ialah susu ibu bayi di bawah umur 6 bulan. Melalui susu ibu, akan disalurkan segala zat dan mineral yang diperlukan oleh badan. Jadi, ibu juga haruslah makan makanan yang berkhasiat untuk disalurkan kepada bayi anda. Ibu juga perlu mengambil sokongan dari suplemen untuk mengisi kelompongan nutrien yang diambil tidak mencukupi.

Tanda-tanda Anak Sembelit.

Ibu bapa haruslah peka terhadap perubahan yang dialami oleh anak-anak. Anda tidak perlu panik, kerana ada jalan penyelesaiannya. Antara gejala yang boleh mengenalpasti sembelit ialah:

  • Membuang air besar hanya 3 kali sahaja seminggu
  • Najis keras
  • Kesakitan membuang air besar
  • Sakit pada bahagian perut
  • Najis bercampur dengan darah

Cara Mengatasi Anak Sembelit

Setiap masalah ada cara penyelesaiannya. Begitu juga anak yang sembelit teruk. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini antaranya ialah:

a) Beri Makanan yang Berserat Tinggi

Hal ini adalah kerana serat merupakan sumber utama untuk melancarkan proses pembuangan najis dan melembutkan najis dan mencegah berlaku kesakitan semasa membuang najis.

b) Galakkan Anak Minum Banyak Air

Apabila anak leka bermain, mereka cenderung kepada lupa untuk amkan dan minum. Ibu bapa seharusnya sentiasa mengingatkan anak-anak untuk minum air terutamanya selepas makan untuk melembutkan najis dan membantu melancarkan proses pembuanagn air besar.

c) Pastikan Anak Tidak Menahan Najis.

Sebagai ibu bapa, kita haruslah sentiasa peka tentang anak-anak. Galakkan anak memberitahu kita jika mahu membuang air besar. Jika boleh dijadikan sebagai rutin, ibu bapa mengawasi anak-anak membuang air besar setiap hari. Khaskan satu masa untuk mereka membuang air besar. Dengan itu, mereka rasa lebih bersedia.

d) Kerapkan Menyusu

Bagi bayi pula, kerapkan menyusu bayi untuk membekalkan vitamin dan mineral kepada mereka untuk kesihatan yang baik dan mengelakkan sembelit.

e) Berikan Anak Vitamin

Pengambilan vitamin perlu jika anak mengalami masalah sebelit. Lebih-lebih lagi bagi anak yang sukar dan memilih makanan. Ada sesetengah kanak-kanak yang tidak makan buah dan sayur langsung. Jadi, bagaimana badan mereka mendapat sumber serat, vitamin dan mineral yang diperlukan untuk tubuh membesar?

Komplikasi Sembelit Kepada bayi dan Kanak-kanak

  • Menyebabkan kurang selera makan
  • Menyebabkan sakit kepala
  • Jangkitan pada pundi kencing bayi
  • Kesan Kekurangan Zat Kepada Kanak-kanak

Menurut Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia, Dr Tee E Siong, “Hampir 80% pertumbuhan otak pesat berlaku pada usia 2 tahun pertama kanak-kanak dan ketika itu, zat makanan diperlukan untuk tumbesaran yang optimum. Kanak-kanak memerlukan nutrien lebih banyak dari orang dewasa untuk tumbesaran yang sempurna.

Antara kesan kekurangan nutrien ialah:

  • Memiliki kualiti kebijaksanaan yang rendah
  • Memiliki tubuh yang lebih kecil berbanding rakan sebaya
  • Lambat belajar
  • Pertumbuhan terbantut
  • kekurang zat besi yang membawa kepada masalah anemia

Vitamin Shaklee Bantu Atasi Masalah Sembelit Anak Yang Teruk

anda juga boleh mengatasi sembelit anak anda dengan mengambil Mealshake shaklee. Ia bukan sahaja membantu masalah sembelit anak, malah membantu menguatkan imun badan mereka melawan virus yang bahaya di luar sana.

Antara kebaikan Melashake ialah:

Rendah lemak tetapi kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber, dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran anak-anak.

  • Memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun anak
  • Memberikan kecerdasan dan menguatkan imun badan
  • Memberikan kecerdasan dan menguatkan kesihatan
  • Mengatasi masalah ekzema kanak-kanak dan orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak-anak
  • Jika anak demam, lazimnya akan cepat sihat dan kembali aktif
  • Pilihan terbaik ibu-ibu yang anak susah untuk menelan tablet
  • Menangani masalah sembelit kanak-kanak

Rasa vanila mealshake menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa. Untuk anak-anak beerumur setahun ke atas, boleh mengambil Mealshake dan Omega sebagai pelengkap nutrisi mereka selain meningkatkan imun badan dan membantu tahap perkembangan otak  mereka.

Sebagai ibu bapa, kitaah yang bertanggungjawab untuk menyediakan pendidikan, pemakanan, dan pemilihan karekter anak-anak. Siapakah mereka di masa hadapan? Oleh itu, rancanglah pemakanan anak-anak seawal dari dalam kandungan lagi. Terserah kepada kita untuk menentukannya.

Testimoni Mealshake

Jadi, tunggu apa lagi? Hubungi saya sekarang untuk dapatkan Mealshake dan Omega untuk anak-nak kesayangan dan aset masa depan anda. anda boleh hubungi saya di talian 016-4225314.

Nida (KN)

ID NO: 987151

Whatsapp: 016-4225314

Instagram: shakleebangi_bynida

You may also like

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge