Kesan Merkuri kepada Kesihatan Hingga Boleh Merosakkan Buah Pinggang

Keghairahan wanita untuk cantik kadangkala membuatkan mereka lupa tentang kandungan bahan dalam sesuatu produk. Wanita seharusnya berwaspada dan prihatin terhadap masalah ini kerana ada berbagai produk di pasaran yang mengandungi bahan kimia bahaya seperti merkuri, hidrokinon dan racun yang berjadual yang lain.

Menurut Pakar Estetik, Dr Riza Hartini Razali, katanya merkuri sangat bahaya kepada kesihatan yang boleh memberi kesan buruk terhadap buah pinggang, migraine dan saraf jika kandungan merkuri terlalu tinggi.

Menurut beliau lagi, kesan keracunan merkuri berlaku disebabkan oleh pengumpulan merkuri di dalam badan dalam jangka masa yang lama. Kesan jangkamasa panjang seperti masalah saraf terutamanya pada tangan. Selain itu, pesakit juga akan mudah lupa dan emosi tak stabil kesan daripada bahan tersebut.

Ciri-ciri Produk yang Mengandungi Merkuri

Penting untuk kita ketahui ciri-ciri produk yang mengandungi merkuri untuk mengelakkan dari tersalah memilih produk, antaranya ialah;

  • Warna krim agak terang
  • Bau kuat dan menyengat dan biasanya ditambah pewangi untuk menutup bau tersebut
  • Biasanya krim pemutih yang mengandungi merkuri membuatkan wajah menjadi berkilat
  • Krim bertekstur kasar, berbiji dan bergumpal
  • Kulit makin menipis
  • Kulit tidak timbul jerawat kerana lapisan melanin yang melindungi kulit dari matahari telah rosak
  • Pori-pori mengecil dan kulit halus mulus

Pulihkan Kulit Rosak dengan Nutrisi

Kesan Menggunakan Produk Merkuri Terhadap Kesihatan

1. Melambatkan pertumbuhan janin. Risiko mendapat anak terencat, cacat adalah tinggi.

2. Wajah menjadi lebih rosak. Lama-kelamaan wajah akan menajdi hitam dan berjeragat.

3. Kerosakan buah pinggang. Merkuri tidak dapat dinyahkan oleh ginjal dan akan berkumpul pada ginjal dan akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

4. Kerosakan saraf, gangguan emosi, pelupa, insomnia dan kemurungan.

5. Perubahan tingkah laku seperti cepat terasa, hilang keyakinan diri dan suka bersendirian.

Bagaimana Merkuri Boleh Putihkan Kulit?

Ia biasanya digunakan dalam krim pencerah atau pemutih untuk memberi kesan segera. Merkuri bertindak memutihkan kulit dengan melambatkan atau menghalang proses penghasilan melanin yang memberi warna gelap pada kulit.

Antara bahan lain yang biasanya dicampurkan dalam produk kosmetik ialah hidrokuinon dan tretinon. Ia biasanya terdapat dalam krim malam. Apabila ia digunakan, ia akan diserap ke dalam salur darah melalui kulit dan ia sukar untuk disingkir atau dikeluarkan.

Jadi, sebelum anda memilih produk kecantikan, sebaiknya membuat sedikit pembacaan atau kajian terlebih dahulu sama ada ia betul-betul selamat atau tidak. Pastikan ia menjalani kajian dan disahkan selamat oleh pakar.

Cara Pulihkan Kulit Kesan Keracunan Merkuri

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge