Pengedar Shaklee Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra

Hai, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Nida (KN) pengedar shaklee Bandar Seri Putra, Bandar Baru Bangi, Impian Putra, UKM, Hospital Serdang, KUIS, Bangi Avenue dan kawasan sekitar. Kini anda boleh terus dapatkan produk Shaklee terus melalui saya tanpa perlu order melalui pos. Dan jika anda di luar kawasan, jangan risau kerana saya akan pos kepada anda dengan segera.

Pakej Konsultasi akan diberikan terbaik untuk anda selepas membuat pembelian produk dengan saya. Dan saya merupakan Pengedar Shaklee yang berpengalaman.

Saya adalah pengedar dan salah seorang pengguna Shaklee yang setia.

Bagaimana Saya Bermula dengan Shaklee?

Saya mengalami alergi terhadap makanan yang sangat teruk. Ia bermula seawal umur 13 tahun semasa saya tinggal di asrama. Berbagai rawatan moden dan tradisional saya telah jalani tetapi ia tidak berhasil. Sehinggalah saya konsisten mengambil vitamin shaklee dan tanpa saya sedari alergi saya beransur hilang. Rupanya selama ini imun badan saya sangat rendah. Sebab itulah ia tidak boleh melawan virus dan mudah alergi. Badan kita sebenarnya sangat perlukan vitamin untuk menjalani proses dengan baik. Dan akan terganggu jika vitamin dalam badan kurang. Biasanya kita akan dapat zat atau vitamin dari pemakanan kita seharian seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam dan banyak lagi. Namun, saya percaya tidak semua mengambil makanan yang seimbang setiap hari. Dan vitamin boleh rosak dengan cara penyediaan yang salah dan sebagainya.

Jadi, jika anda mengalami masalah kesihatan jangan ragu-ragu untuk mencuba produk shaklee. Ia adalah rangkaian produk kesihatan yang sesuai diambil dari umur setahun hingga warga emas, selamat dan semulajadi.

Yang paling best lagi, produk shaklee adalah satu-satunya produk yang ada Landmark study. Apa itu landmark study?. Iaitu kajian jangkamasa panjang (20 tahun) terhadap pengambilan vitamin samada ia merosakkan kesihatan atau tidak. Ia diketuai oleh Dr Glady’s Block iaitu salah seorang panel yang mencipta piramid makanan yang kita guna sampai hari ini. Ya, terlalu banyak produk kesihatan dan kecantikan yang muncul kebelakangan ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Yang kita tidak tahu dari mana ia muncul, dan paling membimbangkan ia mendatangkan banyak risiko kesihatan seperti kerosakan buah pinggang, kanser dan penyakit kronik yang lain. Dek kerana mahu mengaut keuntungan, pengguna dijadikan sasaran tanpa memikirkan kerosakan kesihatan yang bakal ditanggung.

Sebab itulah kita perlu pastikan produk yang kita amalkan bukan sahaja berkesan, malah selamat untuk jangkamasa panjang!. Dan saya tidak silap lagi untuk memilih shaklee sebagai produk kesihatan untuk lebih sihat dan kekal sihat.

Selepas mendapat kebaikan shaklee untuk diri sendiri, saya mengambil keputusan untuk membantu orang-orang di luar sana yang mengalami masalah kesihatan yang sama. Saya yakin, ramai orang di luar sana yang tercari-cari produk yang bagus untuk menambah baik kesihatan mereka. Dan saya akan terus berkongsi shaklee, sebagai  vitamin semulajadi yang selamat dan berkesan untuk anda semua!

Jadi, saya cadangkan supaya anda semua mula ambil vitamin shaklee secara konsisten untuk kesihatan anda.

Siapa Saya?

Saya adalah salah seorang “work at home mother” (WAHM) yang bercita-cita tinggi yang mensasarkan pendapatan sehingga 6 angka dengan hanya bekerja dari rumah sahaja yang mendapat bimbingan secara eksklusif daripada mentor hebat saya yang telah menggapai impian mereka. Saya juga pernah bekerja di sektor swasta suatu ketika dahulu, namun masa saya bersama keluarga adalah amat terhad. Jadi, dengan menjalankan bisness dari rumah, saya dapat menjaga sendiri anak-anak, menguruskan hal keluarga yang lain dengan lebih baik. Kerana pada saya, keluarga adalah segalanya, jika saya boleh dapatkan income seperti bekerja dulu malah lebih lagi kenapa tidak anda?

Keputusan hanya di tangan anda. Jika anda mahu, Allah akan tunjukkan jalan. Percayalah.

Kenapa Anda Perlu Sertai Team Saya?

Team saya adalah team shaklee yang aktif dan sangat komited untuk berjaya bersama-sama dalam bisness kami. Disamping mempunyai class di whatsaap group, fb group, telegram dan sebagainya, kami juga giat aktif menganjurkan program-program bisness skill, product party dan sebagainya. Ini adalah untuk memastikan setiap orang berjaya menggapai impian dengan jalan sama dan terbukti telah berjaya oleh mentor kami. Jika ada jalan pintas kenapa nak ikut jalan jauh kan?

Jadi, hubungilah saya di talian 016-4225314 untuk dapatkan produk shaklee atau untuk mulakan bisness bersama kami.

Nida(KN)

ID NO: 987151

Instagram: shakleebangi_bynida

 

 

You may also like

5 Comments

Leave a Reply to zara Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge