Penyebab Keguguran Kandungan di Awal Kehamilan yang Perlu Anda Tahu

Keguguran di awal kehamilan. Baru dapat berita yang menggembirakan bagi pasangan yang baru berkahwin, keguguran pula berlaku. Kadangkala ia berlaku secara berulangkali. Walaupun ia dianggap sebagai ujian dari Allah dan belum ada rezeki lagi, kita juga perlu tahu, apakah punca atau penyebab keguguran kandungan di awal kehamilan. Didalam artikel ini, saya akan kongsikan apakah penyebab sebenar berlaku keguguran di kalangan ibu hamil.

Penyebab Berlaku Keguguran

Terdapat banyak sebab keguguran di awal kehamilan berlaku. Walaupun penyebab utamanya tidak dapat dipastikan, ramai doctor dan pakar sakit puan bersetuju, penyebab berlakunya keguguran semasa di awal kehamilan ialah disebabkan oleh keadaan kromosom dan embrio yang tidak normal.

Secara positifnya, ia adalah untuk mengelakkan anak yang cacat dilahirkan. Apabila terdapat tanda abnormal berlaku pada janin, badan kita sebenarnya telah memberi tanda dan menyingkirkan janin tersebut dari dilahirkan. Dalam kata lain, hanya janin yang betul-betul sihat dan sempurna sahaja yang boleh terus hidup di dalam Rahim. Hebat kan perancangan Tuhan?

Sebab Lain Berlaku Keguguran.

Bukan itu sahaja, penyebab lain berlakunya keguguran ialah;

  • Masalah ketidak seimbangan hormone pada ibu. Contohnya hormone progresteron.
  • Masalah kesihatan seperti diabetis, tiroid atau SLE.
  • Stress yang terlampau
  • Minum alcohol, merokok secara berlebihan dan diluar kawalan
  • Membuat kerja-kerja berat
  • Senaman atau gerakan fizikal yang berat
  • Kekurangan vitamin dan mineral penting di awal kehamilan

Tanda-tanda Keguguran

Terdapat tanda-tanda atau gejala apabila keguguran terjadi. Antaranya ialah;

  • Pendaran dari faraj
  • Keluar mucus atau lender berwarna merah keputihan
  • Berlaku kekejangan terlampau pada bahagian perut
  • Keluar darah beku

Sekiranya terdapat tanda-tanda tersebut berlaku, perlu diingatkan untuk segera mendapatkan rawatan daripada doctor. Walaupun keguguran tidak boleh dihentikan, doctor akan memberikan rawatan lanjut untuk mengelakkan nyawa ibu di dalam bahaya.

Jangan Bersedih! Rezeki Anda akan Tiba Jua

Sekiranya anda mengalami keguguran di awal kehamilan, jangan bersedih dan menyalahkan diri sendiri. Rezeki anda pasti tiba jua.

Menurut statistik, terdapat 80 hingga 95% wanita yang mengalami keguguran akan kembali merasai saat kehamilan yang sihat dan sempurna.Tentu ia memberi harapan dan menggembirakan. Jadi, kongsikan statistic ini dengan ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang baru mengalami keguguran. Pasti mereka tersenyum kembali.

BACA JUGA:

Cara Kuatkan Rahim Selepas Keguguran

Cara Bantu Agar Sihatkan Rahim dengan Lebih Cepat

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge