7 Petua Hilangkan Eye Bag dan Lingkaran Bawah Mata Gelap

“Alamak!. Makin hari makin nampak pula eyebag bawah mata ni. Nak jumpa orang pun segan.”

Adakah anda pernah alami situasi di atas?. Buruk sangat ek eye bag ni?. Eye bag atau mata panda sebenarnya secara automatic membuatkan seseorang itu kelihatan lebih tua dari usia. Bawah mata kelihatan sembap dan gelap serta Nampak bengkak. Bagaimana nak hilangkan?.

Jangan risau, anda boleh mencuba 7 petua hilangkan eye bag dan lingkaran bawah mata gelap dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur anda.

Punca Eye Bag dan Lingkaran Bawah Mata Menjadi Gelap

Mesti anda ingin tahu, apakah punca sebenar menyebabkan terjadinya eye bag dan lingkaran bawah mata menjadi gelap ni?. Antara punca-puncanya ialah;

1.Genetik atau Keturunan

Cuba perhatikan mak atau ayah anda ada tak eye bag atau lingkaran bawah mata gelap?. Biasanya ia akan diwariskan kepada kita. Tetapi, ia berhgantung juga pada jenis kulit seseorang. Jika berkulit nipis, maka ia akan kelihatan lebih jelas lagi.

2. Umur

Apabila umur menjangkau 30 dan keatas, kulit akan mula kurang anjal lebih-lebih lagi di bawah mata kerana kekurangan kolagen. Kulit akan mudak kelihatan lebam bawah mata dan lebih gelap.

3. Kurang Tidur

Maasalah kurang tidur mudah sangat untuk membuatkan mata bengkak dan Nampak Lebam. Ia disebabkan oleh pembuluh darah terpaksa bekerja keras dari masa biasa.

4. Kurang Vitamin K dan B12.

Masalah eye bag sering dikaitan dengan kekurangan pengambilan vitamin K dan B12.

5. Merokok

Merokok bukan sahaja menyebabkan masalah eyebag, ia juga termasuk masalah kulit yag lain dan kelihatan lebih tua.

Krim mata terbaik Malaysia yang sangat berkesan

Jadi, anda boleh cek, punca sebenar kenapa anda mengalami masalah eye bag dan lingkaran bawah mata gelap.

Untuk mengatasi masalah tersebut, anda boleh mengamalkan beberapa petua dari bahan semualajadi yang biasa ada di dapur anda.

Skincare sesuai dengan semua jenis kulit 100% semulajadi dan berkesan

Petua Hilangkan Eye Bag dan Lingkaran Bawah Mata Gelap

1.Uncang Teh

Teh bagus untuk memperbaiki perderan darah di bawah mata menjadi lancar. Selain itu ia membantu masalah pigmentasi dan mata letih.

2. Hirisan Timun

Timun mempunyai kandungan air yang tinggi. Apabila kita letak hirisan timun pada mata, ia akan menyaman dan menyegarkan mata anda. Ia jug aboleh menghilangkan mata letih.

3. Baking Soda

Anda boleh ambik sedikit baking soda dan campurkan dengan air. Kemudian ambil kapas muka dan lembapkan kemudian tempek pada bawah mata dalam 10 hingga 15 minit. Lakukan dengan konsisten dalam 2 hingga 3 minggu untuk kesan yang terbaik.

4. Minum Air Kosong

Air sangat penting untuk memastikan aliran darah dalam badan menjadi lancar. Kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan kulit kering dan berkedut.

5. Minyak Badam

Minyak badam mengandungi kandungan vitamin E yang tinggi. Anda boleh sapukan minyak badam pada bawah mata dan masuk tidur seperti biasa. Ia dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata dengan berkesan.

6. Ubi Kentang

Anda juga boleh menggunakan ubi kentang untuk hilangkan eye bag. Caranya, anda simpan ubi kentang di dalam peti sejuk untuk semalam, kemudian hiris kemudian letakkan pada atas mata. Biarkan selama 5 hingga 10 minit. Ubi kentang bagus untuk meredakan bengkak dan lingkaran bawah mata gelap.

7. Putih Telur

Sapukan putih telur pada bawah mata anda dan biarkan sehingga kering. Memang anda akan rasa tegang sedikit, tetapi ia petanda baik sebenarnya.

Kini anda dah tahu 7 Petua Hilangkan Masalah Eye Bag yang murah dan senang. Dan anda boleh amalkannya untuk mengatasi masalah tersebut.

Baca juga;

Cara Hilangkan Eye Bag dengan Berkesan

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge