Punca dan Cara Atasi Kekejangan Otot (Muscle Cramp) dengan Berkesan

Kekejangan otot atau muscle cramp biasanya dialami dikalangan ahli sukan. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh otot pada tubuh badan kita mengalami pengecutan “contraction” langsung tidak terkawal dan tidak relaks. Apabila otot mengalami pengecutan, ia akan berasa sakit yang terlampau!. Ia berkemungkin besar tidak melakukan aktiviti warming-up sebelum aktiviti sukan dijalankan. Aktiviti memanaskan badan sangat penting dan perlu dilakukan setiap kali sebelum menjalankan aktiviti sukan supaya otot lebih longgar dan memberikan ruang untuknya melonggarkan dan juga mengecut.

 

Bersukan adalah amalan yang sihat untuk diamalkan. Namun, jangan pula biarkan ia bertukar kepada mimpi ngeri dek kerana tidak melakukan warming up. Jom ketahui punca dan cara atasi kekejangan otot (Muscle Cramp) dengan berkesan!

Punca Kekejangan Otot Berlaku

Tidak Melakukan Warming-up Sebelum Bersukan. Memanaskan badan sebelum bersukan membantu otot kita mengembang dan mengecut dengan sempurna untuk menyediakan badan melakukan aktiviti tersebut. Jika tidak melakukan aktiviti memanaskan badan, otot tidak dapat berkembang dan akan menyebabkan otot kecut dengan kesakitan yang melampau.

Otot Letih. Sesorang itu boleh mendapat kekejangan otot apabila otot letih. Hal ini berlaku disebabkan otot alami kesukaran untuk membuang toksin di dalamnya dan menyebabkan tindakbalas pengecutan otot berlaku. Jika dibiarkan berlarutan, ia akan menyebabkan rasa sakit secara berterusan.

Kurang Oksigen. Keletihan otot juga boleh menyebabkan kekurangan oksigen. Jika ia berterusan dalam masa yang lama, akan menyebabkan otot yang terlibat mengecut dan berasa sakit. Anggota badan akan sukar untuk digerakkan.

Kekurangan Air dalam Badan. Kekurangan oksigen berpunca daripada kekurangan air dalam badan membawa kepada kekejangan otot berlaku.

Kekurangan Mineral dalam Badan. Ia juga berpunca daripada kekurangan mineral dalam badan. Aktiviti bersukan akan mengeluarkan peluh dengan banyak. Peluh mengandungi bahan mineral seperti kalium, magnesium yang banyak dan sekiranya kita berpeluh, otot akan mengalami kekurangan mineral ini. Jika ia berlarutan, otot kekurangan mineral untuk berfungsi dengan baik.

Otot yang Kurang Aktif. Kurang menggunakan otot juga boleh menyebabkan otot menjadi kejang. Ia lebih ketara berlaku kepada ibu mengandung atau orang yang terlantar sakit. Ini kerana mereka memikul beban kandungan yang berat dan  berasa susah untuk bergerak apabila kandungan semakin membesar. Bagi orang yang sakit pula, kurang menggunakan otot boleh menyebabkan otot mengecut.

Gejala Kekejangan Otot

Gejala kekejangan otot perlu kita tahu untuk melihat gambaran sebenar kenapa kekejangan otot berlaku. Antaranya ialah:

  • Otot kejang
  • Rasa sakit yang melampau pada otot yang terlibat
  • Tidak dapat gerakkan badan pada anggota yang terlibat
  • Sakit melampau sehingga boleh demam

Rawatan Otot Kejang

Rawatan pertama akan diberikan jika otot kejang ialah meregangkan otot. Jika ia berlaku pada betis, maka ia dapat disembuhkan dengan memanjangkan kaki serta membengkokkan kaki ke arah badan dan menekannya.

Pada awalnya ia akan berasa sakit dan sakit akan berkurang selepas membuat regangan otot. Ia perlu dibantu oleh orang lain untuk meregangkan otot.

Cara Mencegah Otot Kejang

Pencegahan lebih baik daripada mengubati. antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan ialah:

Minum Air yang Cukup

Ia boleh dielak sekiranya badan kita mendapat air yang cukup. Hal ini adalah kerana air adalah sumber oksigen yang utama dalam badan. Dengam mengambil air yang cukup, otot kita akan mengembang dan mengecut dengan lebih baik.

Ambil Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Untuk memastikan mineral dalam badan kita mencukupi, supaya dapat digunakan untuk otot dan mencegah berlakunya kekejangan otot. Sumber vitamin dan mineral boleh di dapati daripada buah-buahan dan sayur sayuran.

Atasi Kekejangan Otot dengan Vitamin Shaklee

1.Vivix

  • Tinggi kandungan antioksidan
  • Meningkatkan daya ketahan badan
  • Sangat berkesan
  • Pulihkan kekejangan atau kecederaan otot dengan cepat

2. ESP

  • Protein yang berkualiti tinggi
  • Memelihara kepejalan dan kekuatan otot
  • Membantu meningkatkan keselesaan sendi
  • Memberi tenaga kepada otot dan sendi

3.B Kompleks

  • Membantu kesihatan fungsi saraf
  • Mengurangkan tekanan
  • Memberi tenaga kepada tubuh

4. Ostematrix

  • Membantu menguatkan otot dan tulang
  • Membaiki kebas-kebas atau kejang otot
  • Memberi kesan relax kepada otot, sendi dan juga tulang

Set vitamin shaklee sangat berkesan untuk meredakan kekejangan otot yang anda alami. Ia perlu dirawat supaya tidak bertambah teruk. Anda boleh hubungi saya di talian 016-4225314 untuk dapatkan set ini.

Nida (KN)

ID NO: 98751

Whatsapp: 016-4225314

Instagram: shakleebangi_bynida

Saya juga ada membuat servis COD di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Baru Bangi, UKM, Bangi Avenue, Sungai Kembong Hilir, Rinching Hilir, Bangi Lama, Semenyih, Nilai 3, Bukit Mahkota, KUIS dan kawasan sekitar.

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge