Rawatan Alternatif Kanser Perut Secara Semulajadi

Ramai yang mengambil remeh apabila mengalami sakit perut. Ia biasanya dikaitkan dengan keracunan makanan, cirit birit, perut memulas, senggugut dan sebagainya. Sakit perut berkemungkinan tanda awal penyakit kanser. Statistik mendedahkan, golongan lelaki lebih ramai mendapat kanser perut berbanding wanita mungkin kerana tabiat merokok atau minum minuman keras. Di Malaysia, angka pesakit yang mengalami kanser perut adalah semakin meningkat setiap tahun. Sehingga tahun 2007, terdapat lebih 1400 kes yang dilaporkan.

Dimana 10% daripada jumlah kes melibatkan kematian. Jadi, sebagai mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku, disamping dapatkan rawatan doktor, rawatan alternatif kanser perut secara semualajadi juga dapat membantu pesakit supaya kembali sihat.

Apakah Itu Kanser Perut?

Kanser perut atau gastric cancer adalah salah satu kanser yang popular di Malaysia. Ia adalah kanser yang ke-6 yang biasa menyerang kaum lelaki dan kanser yang ke-10 menyerang wanita. Menurut statistik pula, kanser perut menyumbang kepada tangga ke 2 penyebab kematian di Malaysia. Antara punca ia berlaku ialah kesukaran untuk mengenalpasti kanser perut ini pada peringkat awal, sehingga ia berlarutan kepada peringkat yang sukar untuk dirawat.

Apakah Punca Kanser Perut?

Kanser perut berlaku apabila sel-sel di bahagian dinding perut tumbuh dan berkembang dengan keadaanyang tidak terkawal sehingga menyebabkan ketumbuhan berlaku. Berbagai risiko atau faktor yang membuatkan sel-sel ini tumbuh dengan tidak normal. Sekiranya ia dapat dielakkan, risiko untuk mendapat kanser perut boleh dikurangkan atau dihilangkan.

Siapakah yang Berisiko Mendapat Kanser Perut?

1.Jantina. Lelaki lebih berisiko mendapat kanser perut berbanding wanita

2.Usia. Mereka yang berusia 60 tahun dan keatas lebih berisiko mendapat kanser usus.

3.Keturunan atau genetik. Sekiranya terdapat pengidap kanser perut dikalangan keluarga terdekat, risiko seseorang itu mendapat kanser yang sama adalah tinggi.

3.Kaum. kaum Cina lebih ramai mengidap kasner perut di Malaysia (61.7%), Melayu(25.9%) dan Melayu (12.4%).

4.Merokok. Berisiko tinggi kerana kandungan karsigonik yang tinggi dalam rokok.

5.Diet. Pengambilan makanan yang telah dijeruk, disalai, boleh menyebabkan risiko menghidap kanser perut.

6.Jangkitan Helicobacter Pylori. Ia sejenis bakteria yang ditemui pada seseorang yang mengidap penyakit gastrik. Jika tidak dirawat dan dikawal berisiko untuk mendapat kasner perut.

Apakah Tanda-tanda Kanser Perut?

Kanser perut sukar untuk dikenalpasti pada peringkat awal kerana tanda-tandanya yang kurang jelas dan mengambil masa yang lama untuk diagnosis benar-benar disahkan.

Antara tanda-tandanya ialah:

  • Hilang selera makan
  • Turun berat badan
  • Cepat rasa letih
  • Ketidakhadaman
  • Kembung perut
  • sakit perut
  • Pedih ulu hati
  • Muntah darah
  • Najis berwarna hitam
  • Bengkak di bahagian perut
  • Sukar menelan makanan
  • Bengkak di bahagian kelenjar limfa

Apakah Ujian yang boleh dijalankan Untuk Mengesan Kanser Perut?

Ujian dijalankan keatas seseorang yang disyaki mengidap kasner perut ialah untuk mengenalpasti tahap kanser samada tahap 1 hingga tahap 4 dan untuk menentukan rawatan yang terbaik. antara prosedur yang akan dijalankan ialah ujian imbasan, endoskopi dan biopsi.

Prosedur Endoskopi dan Biopsi

Caranya, kamera kecil yang berwayar akan dimasukkan kedalam mulut pesakit sehingga sampai ke bahagian perut dan usus kecil. Ia dapat membantu para doktor melihat bahagian dinding perut yang terlibat dengan kanser. Ia juga membolehkan doktor mengambil sampel tisu untuk mengesan kehadiran sel yang tidak normal. sel-sel ini kemudian aka dilihat melalui microscop.

Rawatan Kanser Perut.

Rawatan kanser perut terbahagi kepada 3 iaitu bergantng kepada tahap kanser, doktor akan memilih salah satu atau menggabungkan ketiga-tiga kaedah untuk memberi kesan yang terbaik kepada pesakit. Rawatan tersebut ialah:

  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi

Rawatan Pembedahan

Pembedahan akan dilakukan jika kanser perut berada di peringkat awal iai tu kanser masih kecil dan belum merebak. Pembedahan yang dilakukan ialah ” pembedahan mukosa secara endoskopik). Jika ia telah membesar dan merebak, doktor akan mencadangkan pembedahan bagi membuang sebahagian atau keseluruhan organ perut  termasuk tisu yang berada di sekitarnya.

Rawatan Radioterapi

Ia diberiakn kepada pesakit sebelum atau selepas pembedahan. Sebelum pembedahan, radioterapi dijalankan untuk mengurangkan saiz kanser. Sinar radiasi yang berkuasa tinggi akan dipancarkan pada sel-sel kanser yang tidak normal. Selepas pembedahan, radioterapi akan diguanakan untuk menghilangkan sel-sel yang berbaki.

Rawatan Kimoterapi

Kaedah ini adalah menggunakan ubat-ubatan untuk membunuh sel-sel kanser. Ia boleh dilakukan sebelum atau selepas pembedahan.

Apakah Kesan Sampingan Rawatan Ini?

Ubatan kimoterapi dicipta untuk membunuh sel-sel kanser yang tumbuh dengan pantas. ia bertindak dengan baik terhadap sel-sel yang berkembang cepat. Terdapat juga sel-sel lain yang tumbuh dengan cepat seperti sel rambut, saluran makanan, tulang sumsum yang menghasilkan sel darah.

Sel-sel yang normal juga kaan turut menerima kesan sampingan ubatan kimoterapi. Antara kesannya ialah:

  • Berisiko mendapat jangkitan(kurang sel darah putih)
  • Letih atau sesak nafas (kurang sel darah merah)
  • Mudah lebam
  • Keguguran rambut
  • Loya
  • Cirit Birit

Langkah-langkah Pencegahan Kanser perut

  • Terus berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami gejala-gejala seperti di atas
  • Elak makan makanan yang berisiko kanser
  • Amalkan buah-buahan dan sayuran
  • Amalkan supelement
  • Berhenti merokok

Rawatan Alternatif Kanser Perut Secara Semulajadi

Pengambilan nutrien yang diperlukan oleh badan untuk meningkatkan imun badan supaya dapat melawan sel kanser dari terus merebak. Antara suplement yang dicadangkan ialah:

1.Vivix.

  • Meningkatkan imun badan
  • Memelihara sel sihat dari rosak selepas rawatan kimoterapi
  • Memberi tenaga kepada pesakit
  • Menggalakkan membunuh sel-sel yang tidak normal dalam badan.

Kandungan anggur muscadine dalam vivix dapat merencatkan perkembangan sel kanser, menurut kajian yang dilakukan oleh American Institute.

2.Vitamin C

  • Bertindak sebagai antioksida
  • Meningkatkan sistem imun
  • Melawan bakteria

Testimoni

Sel kanser sangat cepat merebak. Jadi, jangan berlengah lagi untuk dapatkan rawatan dari doktor dan sokong dengan vitamin Shaklee untuk menguatkan imun badan, memberikan tenaga dan menggalakkan pertumbuhan yang sihat. Langkah awal anda boleh menyelamatkan nyawa. Hubungi saya seperti di bawah untuk dapatkan produk ini.

Nida (KN)

ID NO: 987151

Whatsapp: 016-4225314

Instagram: shakleebangi_bynida

 

 

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge