Rawatan Ekzema Secara Semulajadi Bagi Dewasa

Salah satu penyakit kulit yang biasa kita dengar ialah ekzema. Pengidap ekzema akan mengalami kegatalan yang terlampau, merah-merah, bersisik, lepuh dan kulit kering mahupun berair. Terdapat banyak jenis ekzema, namun yang paling biasa dialami oleh kebanyakan kanak-kanak mahupun orang dewasa ialah ekzema jenis “Atopic”.

Ia bermaksud, terjadi disebabkan alergi. Ia bukanlah penyakit yang berjangkit, tetapi dapat dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Jenis-jenis Ekzema

Terdapat beberapa jenis ekzema yang biasa dialami iaitu:

1)Seborrheic Ekzema

Biasanya pensakit yang mengalami ekzema jenis ini ialah kulit kepala berkelemumur dan tompokan merah serta beriair. Ia banyak terjadi dikalanagn bayi.

2)Atopic Ekzema

Berlaku pada bahagian lipatan, siku, tangan, lutut, peha dan sebagainya.

3)Dehydrotic Ekzema

Muncul gelembung air di bawah permukaan kulit pesakit. Biasanya muncul pada kaki dan tangan.

Pada bahagian lengan pula, terbentuk plak besar bulat yang tebal, gatal dan berair.

4)Static Ekzema

Terjadi pada bahagian kaki pesakit yang mengalami saluran vena timbul pada kaki.

5)Allergi Contact Dermatitis

Berlaku pada bahagian yang sensitif, bersentuhan dengan penyebab alahan. Contohnya alah pada jam tangan, emas, besi dan sebagainya.

6)Juvenille Plantar Dermatoses

Pesakit akan mengalami kulit kering, sakit dan merekah semenjak kanak-kanak dan boleh jadi sehingga umur dewasa.

Gelaja Berlaku Ekzema

  • Tompok-tomok yang gatal, pada leher, tangan dan seluruh badan.
  • Kemerahan, kulit bersisik, warna kulit bertukar.
  • Kulit berair dan bengkak kecil
  • Muncul gatal-gatal sebelum ruam muncul

Punca-punca Ekzema

Walaupun punca sebenar ekzema tidak diketahui, tetapi berdasarkan pemerhatian dan kebanyakan kes ekzema ia berisiko sekiranya :

  • Genetik. Jika ada ahli keluarga yang mengalami ekzema/resdung, kemungkinan untuk ahli keluarga lain mengalami masalah yang sama adalah tinggi.
  • Tindak Balas Bahan Tertentu. Seperti tindak balas habuk, cuaca panas, minyak wangi, terlalu sejuk atau panas, pencuci yang merengsakan kulit dan sebagainya.
  • Alahan Pada Kosmetik. Jauhi produk ayng tinggi kimia.
  • Stress. Stress menyebabkan daya ketahahanan badan dan sistem tubuh keseluruhannya akan menurun.
  • Alahan kepada jenis fabrik tertentu
  • Alahan kepada Serbuk Pencuci yang biasa digunakan unutk mencuci baju, cadar dan fabrik lain.
  • Kuat berpeluh.
  • Alah kepada makanan yang diperam contohnya kicap, budu, belacan dan sebagainya.
  • Alah pada makana laut seperti udang, sotong, ketam dll.
  • Alah kepada ayam bukan organik (ayam cucuk), telur dll.
  • Alah pada air klorin

Langkah Pencegahan Ekzema

Untuk mengelakkan ekzema menjadi lebih kronik, antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan ialah:

  • Elakkan stress. Semakin anda stress, ekzema akan mudah menyerang.
  • Bilas badan anda dengan air bersih selepas mandi kolam, kerana ia mengandungi banyak klorin.
  • Elakkan makan makanaan yang boleh menyebabkan rasa gatal.
  • Amalkan vitamin c untuk meningkatkan daya tahan badan.
  • Amalkan vitamin B untuk menstbilkan emosi dan elak stress.
  • Jika menjalani aktiviti yang berpeluh, segera bersihkan badan.
  • Pakai pakaian yang menyerap peluh dan selesa.
  • Elakkan menggunakan sabun (yang mengandungi bahan kimia) untuk membasuh baju, cadar, tuala, pinggan mangkuk dan sebagainya.

Rawatan Hilangkan Ekzema Secara Semulajadi

Ekzema tidak pulih secara 100% menurut pakar kulit. Namun, bukan bermakna seseorang itu perlu berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja. Rawatan yang sistematik dan pengambilan nutrien yang mencukupi dapat membantu megurangkan gejala ekzema dari terus merebak dan menjadi lebih kronik.

Rawatan untuk ekzema bukan sahaja penting pada luaran sahaja, malah rawatan untuk dalaman sangat penting untuk membaikpulih sel yang rosak dan tidak sihat. Jadi, pengambilan makanan dan zat yang betul boleh mengelakkan ia dari terus menjadi lebih kronik.

Antara cadangan pemakanan untuk dalaman ialah dengan mengamalkan SET EKZEMA SHAKLEE. Ia adalah hasil kajian saintis di peringkat antarabangsa. Jadi, anda tdak perlu risau kerana ia bebas bahan kimia dan steroid.

Antara vitamin yang boleh diambil ialah:

1)ESP. ESP adalah sumber protin yang sangat penting untuk pemulihan luka dan sel kulit selepas diserang ekzema. Dengan mengambil protin yang cukup, sel badan akan lebih sihat dan kulit akan mudah untuk menyerap segala nutrien yang diperlukan oleh tubuh dan ekzema akan cepat baik. Dengan pengambilan esp secara konsisten, ia sangat membantu kulit lebih sihat.

2)Omega Guard. Ia berfungsi untuk mengekalkan kelembapan pada kulit ekzema. Omega mencegah kegatalan dan keradangan yang berlaku pada kulit kerana kulit pesakit ekzema sangat sensitif.

3)Vitamin C. Ia berfungsi untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan memulihkan sel tisu yang rosak.Vitamin C juga membantu mengawal penghasilan histamine dalam badan kerana ia antihistamin.

4)Alfafa Kompleks. Alfafa adalah tumbuhan yang kaya dengan kloroil yang sangat membantu pesakit ekzema. Ia sangat membantu meningkatkan imun dan menyahtoksin dalam badan.

5)Herbal Blend. Ia adalah sejenis krim serbaguna yang melegakan gatal-gatal disebabkan oleh ekzema. Ia sangat disyorkan untuk disapu pada ekzema jenis kering dan kulit kasar. (Ia tidak disyorkan bagi ekzema yang berair).

Testimoni Ekzema

Jadi, ekzema sebenarnya boleh dikawal dengan pemakanan yang betul. Jika anda berminat unutk oder set ekzema shaklee, anda boleh terus hubungi saya hanya dengan klik pada butang merah sebelah kanan. Saya sedia membantu anda.

Nida (KN)

ID No: 987151

Whatssapp: 016-4225314

Ig: shakleebangi_bynida

Datar Keahlian Satu Kelebihan

Dapatkan diskaun produk sebanyak 15-20% setiap kali pembelian. Ia sangat menjimatkan!

Pengedar Shaklee Bangi, Pengedar Shaklee Impian Putra, Pengedar Shaklee Bandar Seri Putra, Pengedar Shaklee Bukit Mahkota, Pengedar Shaklee UKM, Pengedar Shaklee Bangi Avenue. Pos seluruh Malaysia setiap hari.

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge