Rawatan Melegakan Penyakit Kencing Tikus Supaya Tidak Membawa Maut

Penyakit Leptospirosis atau virus kencing tikus biasanya tersebar melalui air yang tercemar oleh kencing tikus. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda mengalami virus ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana ia boleh meragut nyawa!. Sebanyak 2,234 kes telah dilaporkan dalam lima bulan pertama tahun ini. Statistik menunjukkan, jumlah kematian yang paling ramai direkodkan pada tahun 2014 iaitu 92 orang, diikuti 78 orang pada tahun 2015, 71 orang pada tahun 2013 dan 48 orang pada tahun 2012.

Kelewatan mendapatkan rawatan yang ramai orang menggap ia adalah demam biasa menjadi punca utama kematian. Jadi, penting untuk mendapatkan rawatan melegakan penyakit kencing tikus supaya tidak membawa maut!

Apakah Itu Penyakit Leptospirosis?

Ia juga dikenali sebagai (penyakit weil grippotyphosa, dan canicola) penyakit yang disebabkan oleh bakteria (Leptospira Interrogans) yang menghasilkan gejala yang mungkin berlaku dalam 2 fasa. Pesakit mungkin mengalami kegagalan buah pinggang, hati, atau kegagalan pernafasan, meningitis atau kematian.

Tahukah anda, penyakit kencing tikus adalah bukan sahaja berpunca dari tikus sebagaimana ramai orang faham. Tetapi ia juga berpunca daripada air kencing haiwan dari banyak spesies seperti anjing, kuda, babi dan lain-lain. Bakteria mampu bertahan berbulan-bulan lamanya di dalam tanah dan juga air tawar.

Apakah Punca penyakit Leptospirosis?

Punca penyakit ini ialah jangkitan bakteria (genus leptospira dan spesis interrogans) yan merupakan bakteria yang berbentuk spiral.

Bakteria leptospira menjangkiti perbagai jenis haiwan seperti lembu, anjing, tikus, babi, kuda yang kemudian mencemari air sungai, tasik, tanah atau tanaman yang dicemari oleh bakteria tersebut. Ia terkandung di dalam air kencing haiwan yang dijangkiti oleh bakteria leptosis. Kemudian, bakteria tersebut akan menjangkiti manusia dengan memasuki aliran darah melalui kulit atau membran mukus atau ketika makan atau minum bahan yang telah dicemari oleh bakteria tersebut.

Siapakah yang Terdedah Kepada Penyakit ini?

Antara golongan yang berisiko tinggi dijangkiti oleh penyakit ini ialah:

  • Petani
  • Doktor haiwan
  • Pekerja di pusat penyembelihan
  • Pekerja bawah tanah(lombong atau paip)
  • Tentera
  • Berakit atau beraktviti berhampiran kolam, tasik atau sungai yang dicemari oleh bakteria ini.

Apakah Tanda-tanda Penyakit Leptospirosis?

Tanda-tanda atau gejala Leptospirosis adalah berbeza dengan gejala penyakit lain. Gejala boleh timbul selepas 2 hari hingga 4 minggu terdedah kepada bakteria. Antaraya ialah:

  • Demam panas
  • Menggigil
  • Sakit Kepala
  • Sakit Otot
  • Keletihan
  • Sakit tekak
  • Sakit perut
  • Cirit birit
  • Keletihan
  • Jaundis
  • Ruam
  • Mata Merah

Ia biasanya berlaku dalam fasa yang pertama terkena jangkitan. Ada sesetengah pesakit boleh sembuh, dan ada juga maju ke fasa yang kedua. Ada juga yang dijangkiti secara berulang hingga menyebabkan kerosakan organ.

Gejala fasa yang kedua, adalah lebih serius dimana pesakit:

  • Jaundis
  • Kegagalan Buah Pinggang
  • Pendarahan Paru-paru
  • Kejutan septic

Ia adalah fasa yang kedua gejala Leptospirosis. Ia dikenali sebagai penyakit wei. Jika tidak ditangani mungkin tidak boleh diplihkan selama berbulan-bulan. Dan pesakit mungkin mengalami gejala kerosakan buah pinggang dan paru-paru. Gejala kematian fasa kedua ialah 1-5%.

Apakah Penyakit Weil?

Ia adalah satu tahap di mana penyakit leptospirosis menjadi lebih teruk. Gejala penyakit weil biasanya selsema, sakit kepala dan menggigil. Jika ia menjangkiti organ, ia kaan bertambah teruk. Organ-organ termasuklah:

  • Hati
  • Buah Pinggang
  • Paru-paru
  • Jantung
  • Otak

Rawatan Bagi Penyakit Kencing Tikus

Antara rawatan yang akan diberikan ialah antibiotik seperti penicilin dan doxycycline. Doktor juga akan turut mengesyorkan “ibuprofen” untuk demam dan sakit otot.

Apakah Cara Mencegah Kencing Tikus?

Langkah pencegahan adalah kunci utama untuk mengelakkan kencing tikus. Anda langkah yang boleh di amalkan ialah:

1.Elakkan Air yang Tercemar. Elakkan minum air yang tercemar. Ia juga boleh memasuki kawasan kulit yang terluka. Elakkan aktiviti seperti berenang, mandi atau ada sentuhan secara langsung dengan air tawar.

2.Jauhi Haiwan yang Berpenyakit Terutamanya Tikus Liar. Tikus merupakan ajen utama yang menyebarkan virus ini. Elakkan bersentuhan secara langsung dengan tikus liar.

3.Berhati-hati dengan Persekitaran Anda, Terutamnya Ketika Melancong. Di negara-negara yang berisiko, yang taraf kebersihan yang kurang memuaskan adalah lebih sukar untuk dielakkan. Jadi, anda hendaklah sentiasa peka dengan tahap kesihatan anda.

4.Gunakan alat Perlindungan. Jika pekerjaan anda leih terdedah kepada virus ini, gunakan alat perlindungan seperti googles, kasut bot dan sebagainya.

Rawatan Kencing Tikus dengan Berkesan dengan Shaklee

Bagaimana suplement bertindak sebagai meningkatkan sistem imun tubuh untuk melawan bakteria ini?. Antaranya ialah:

1.Vivix

  • Membantu meningkatkan sistem imun badan
  • Menggalakkan fungsi kesihatan seluruh badan
  • Membaikpulih dan memelihara DNA supaya sistem badan dapat berfungsi dengan baik

2.Nutriferon

  • Penggalak sistem imun yang sangat hebat, hasil 40 tahun kajian yang dijalankan oleh ahli imunologi Jepun.
  • Ia akan mengaktifkan sistem pertahanan badan dan menggerakkan pasukan cari dan musnah dalam sistem imun badan kita.

3.Vitamin C

  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Melawan bakteria
  • Membersihakan salur darah.

TESTIMONI KENCING TIKUS ATAU LEPTOSPIROSI SEMBUH DENGAN SHAKLEE

[SAKIT KENCING TIKUS BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN VIVIX DAN NUTRIFERON]

Sebelum ni saya hanya pernah dengar tentang kencing tikus di berita dan saya tak sangka saya akan menjadi salah seorang yang mengalaminya. Kisah ni pada tahun lepas sekitar Ogos.

Tanda-Tanda

Pada mulanya saya berak darah lebih kurang dalam seminggu. Saya tak fikir ia sesuatu yang serius. Sebab saya tak ada sakit apa-apa. Kemudian lepas seminggu baru datang gatal-gatal badan, badan rasa lemah dan sakit kuat sangat di bahagian belakang. Rasa bisa-bisa badan.

Kritikal dan Masuk ICU

Saya mula demam kebah, demam kebah dan saya cuba bertahan dua hari. Hari ketiga saya dah tak mampu tahan sakit sangat. Masa tu jam 4 pagi Subuh saya beritahu isteri dan isteri saya bawa saya ke hospital bahagian kecemasan. Saya diletakkan di katil kritikal dan dimasukkan air 8 botol. Masa tu tekanan darah terlalu rendah. Saya diletakkan di bahagian kecemasan lebih kurang 5 jam. Kemudian saya terus dihantar ke wad ICU.

“Confirm” Virus Kencing Tikus

Di sini saya diberitahu saya kena virus KENCING TIKUS. Ahli keluarga semua risau, yela kan KENCING TIKUS ni orang cakap PEMBUNUH SENYAP. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Mau tak risaunya. Semua risau terutama mak saya.

Di sini ICU saya dipantau rapi. Masa ni saya rasa sakit dada, muka bengkak, nak tidur pun tak selesa dan memang tak berdaya rasanya. Hati terubat bila ramai ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat.

Cuba Vivix dan Nutriferon

Saya ditahan di ICU selama dua hari. Masa hari kedua tu kakak saya datang dari Tanjung Malim hantarkan Vivix dan Nutriferon. Kali pertama dia bagi saya minum Vivix di katil ICU, dia bancuhkan ke dalam air botol. Merah. Pekat. Macam air sirap. Kakak saya pesan makan jugak Nutriferon yang diberi dalam bentuk sachet tu. Saya tuangkan je ke dalam mulut.

Konsisten consume Shaklee hari ke 7 dan start kerja

Selepas keluar dari ICU saya diletakkan di wad biasa selama 6 hari. Isteri saya terus berikan vitamin setiap hari. Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu.

Bagaimana Vivix dan Nutriferon berfungsi

Kakak saya beritahu vitamin yang diberi tu dapat membantu menguatkan imun badan saya melawan jangkitan virus dan bakteria dan memberi tenaga pada sel badan saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan. Terima kasih Shaklee.

Anda masih ingat Allahyarham Izwan Pilus dan Din Beramboi di mana mereka adalah selebriti yang dijangkiti virus kencing tikus. Jadi, segeralah ikhtiar jika anda atau ahli keluarga yang diserang virus ini. Kuasa penyembuhan hanya pada Allah, kitalah yang perlu berusaha. Anda boleh hhubungi saya seperti di bawah untuk dapatkan produk shaklee.

Nida (KN)

NO ID: 987151

Whatsapp: 016-4225314

Instagram: shakleebangi_bynida

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge