Sakit Pinggang Macam Nak Putus Masa Hamil?. Ketahui Punca dan Cara Atasi dengan Berkesan!

Sakit pinggang dengan wanita memang tak dapat dipisahkan. Bukan sahaja semasa hamil, malah semasa dating bulan juga ia kerap berlaku. Ia berlaku pada kawasan belakang pinggang hingga ke punggung yang disebabkan oleh saiz kandungan yang semakin membesar. Sakit pinggang semasa hamil bukan biasa-biasa. Bagaikan rasa nak putus pinggang!.

Ada juga sampai tak boleh bangun. Jangan risau ibu-ibu, jom ketahui punca dan cara atasi sakit pinggang ketika hamil dengan berkesan.

Risiko Sakit Pinggang Ketika Hamil

Risiko untuk mengalami sakit pinggang ketika hamil adalah lebih tinggi sekiranya anda;

  • Hamil kali kedua
  • Berusia 30 tahun dan keatas
  • Mempunyai berat badan yang berlebihan
  • Hamil anak kembar

Jenis-jenis Sakit Pinggang

Terdapat 3 jenis sakit pinggang semasa hamil, antaranya ialah;

  • Sakit ringan atau sederhana semasa bangun atau duduk
  • Sakit teruk pada bahagian pelvis dan punggung
  • Sakit pada bahagian belakang, terpaksa berbaring sentiasa

Punca-punca Sakit Pinggang Semasa Hamil

Antara punca-punca sakit pinggang semasa hamil ialah;

  • Perubahan hormone pada ibu– sendi pinggul melonggardan ligamen punggung juga melembut. Ketika hamil, banyak hormone akan dirembeskan. Salah satu hormone ialah hormone relaksin yang berfungsi untuk melenturkan ligamen untuk memudahkan proses kelahiran.
  • Berat badan bertambah. Berat badan ibu bertambah hjuga boleh menjadi penyebab kepada sakit pinggang. Pertambahan berat badan akan menambahkan tekanan pada belakang.
  • Postur Badan Berubah. Antara bahagian badan yang berubah ialah payudara dan Rahim yang semakin berkembang dan ia turut memberi tekanan kepada badan anda.
  • Mengangkat Benda Berat. Mengangkat benda-benda berat semasa hamil bukan sahaja memberi tekanan kepada bahagian belakang, malah ia amat tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan keguguran atau pendarahan. Elakkan mengangkat beban yang berlebihan semasa hamil dan sebaiknya minta pertolongan dari orang terdekat untuk melakukannya.
  • Sembelit. Sembelit merupakan masalah biasa yang dialami oleh ibu hamil. kesulitan membuang air besar juga boleh membuatkan rasa sakit pinggang dan mual-mual.

Cara Elakkan Sakit Pinggang

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Anda boleh mengambil langkah untuk elakkan sakit pinggang semasa hamil, iaitu;

  • Elakkan kerap menunduk. Elakkan menunduk, berdiri atau duduk terlalu lama. Ubah posisi pergerakan anda dari masa ke semasa untuk pergaliran darah yang lebih baik.
  • Pusing ke kiri dan ke kanan sebelum bangun dari tidur. Ia dapat membantu tulang pinggang longgar sedikit.
  • Elakkan mengangkat barang-barang berat.
  • Dapatkan tilam yang bersesuaian yang tidak terlalu keras atau nipis semasa tidur. Anda juga boleh meletakkan bantal lembut pada bahagian belakang untuk rasa lebih selesa semasa tidur.

Cara Atasi Sakit Pinggang Semasa Hamil

Antara cara untuk atasi sakit pinggang ialah dengan ubat tahan sakit. Namun ia dapat meredakan sakit hanya untuk seketika sahaja. Terdapat beberapa cara untuk mengatasi sakit pinggang ketika hamil antaranya ialah:

1) Urutan

Anda boleh lakukan urutan pada pinggang dengan menggunakan balm untuk melegakan sakit pada bahagian pinggang.

2) Tuam dengan Air Panas

Anda juga boleh meletakkan botol atau heating pad pada bahagian belakang untuk menyerap tekanan dan memberikan rasa lebih selesa.

3) Menggunakan “Maternity Belt”

Penggunaan Maternity Belt juga boleh menyokong postur badan sekaligus dapat mengurangkan rasa sakit pada bahagian pinggang.

4) Pilih Kasut yang Sesuai

Pilih kasut yang sesuai dan memberi keselesaan terutamanya pada tapak kaki anda. Elakkan memakai kasut tumit tinggi kerana ia akan memberi banyak lagi tekanan bukan sahaja pada badan, malah pada kaki juga. Memakai kasut yang tidak sesuai dan tapak yang keras juga boleh menyebabkan kejang kaki.

5) Ambil Nutrisi yang Cukup

Kekurangan nutrisi penting juga boleh memburukkan lagi rasa sakit pinggang. Nutrien-nutrien seperti kalsium, boron, magnesium, vitamin D, kuprum, mangan dan zink sangat diperlukan untuk tulang yang kuat dan sihat. Manakala vitamin C, E dan minyak ikan omega 3 terbukti dapat membantu meringankan rasa sakit pinggang dan menguatkan tulang rawan.

20 Kebaikan Omega 3

Umumnya sakit pinggang semasa hamil akan hilang selepas bersalin. Namun, jika ia berlarutan, anda dinasihatkan terus dapatkan rawatan daripada doctor untuk pemeriksaan selanjutnya.

Baca Juga:

Nutrisi Terbaik Ketika Hamil

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge